TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Thursday, September 27, 2012

Mengimbau Jeman Kekanak GIMNASTIK Part (2)


Assalammualaikum... :)

Ya, masih di dalam topik Jeman Kekanak... jeman dulu kala walaupun i bukan di lahirkan zaman purba tetapi kenangan manis suatu ketika dulu ada banyak... malah kalau di jadikan buku agaknya boleh bersambung 10 buku! ;))

Okay masih mood kisah jeman kekanak kat tepi laut tu lah yerk...

Okay ramai yang tak tahu bahawa sa nya.. i ni tahu bergimnastik!
tahukan apa itu gimnastik?

Yaa.. pandai.. sukan yang berdiri atas palang kayu kecik.. tangan di depangkan dan berjalan atas tuuu...

ala-ala balanced kan badan gitewww kononnya..

kisahnya begini.... 


dulu masa i kecik tu kan.. Arwah ayah selalu ke sana boleh di katakan setiap hari *jika ada masa terluang* Arwah ayah rajin memancing ikan atau pun menyondong udang pepai atau anak-anak udang.. so i yang suka benor meneman tu akan duduk kat tepi pantai.. menanti Arwah ayah dengan aktivitinya tu lah kan...

dalam dok berlari kat atas pasir pantai ke hulu-ke hilir tu..
memacam ler yang i buat..



contohnyalah kan.. nampak tak akar kayu *gambar atas* hah! i akan berjalan atas tu.. ala-ala atlit gimnastik tu lah.... kalau tergelincir dan jatuh.. i akan bangun dan mula dari awal.. sampailah i dapat lepasi akar kayu yang berselirat tu sampai hujung... ya gitewww....

memula i test berjalan atas akar yang rendah aje... bila dah pakar dan tak tergelincir lagi tu kan...

Hmmm calar balar okeh! tak peduli! buat jugak sebab suka!
i ni sukakan benda yang mencabar.. kalau tak boleh i akan buat sampai boleh!

ya gitew...


lama-kelamaan tu bila nampak ada dahan ke batang kayu ke.. janji yang panjang terjalar cenggitu guper i akan jalan atas tu... tangan tu depangkan kang jatuh tergolek! pehhh.. siapa yang susah! :))

i jugak.... :D

lama-kelamaan i jadi gian!

so i cuba angkat kaki i sebelah dan lama berdiri atas tu... kiranya praktis membalancedkan badan ler ni...
lama..... boleh! tak jatuh!
so i cuba pulak berjalan dengan tapak tangan satu di bawah dan kaki i angkat! kepala di bawah!

korang paham ke tak ni?

wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh banyak kali tergolek!
i buat lagi dan lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dan akhirnya i boleh berdiri dengan kedua tapak tangan i.. kepala di bawah terjunam.. kaki keduanya di atas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ala-ala atlit gimnastik!!!

serius ini kisah benar!! tak tipu punya!!!!!!

dan lepas dah teror sangat tu kan... *makan masa berbulan jugak nak mahirkan tu tau..* :))

i boleh buat aksi atlit gimnastik! macam acara Olimpik tu!

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

hebat betullah! pada i lah masa tu.. i cukup hebat!

tapi pada bonda i...

'NAKAL MACAM JANTAN!'

statement di atas i memang tak puas hati dari dulu..

sebab kengkawan jantan i pun tak boleh buat macam i buat!

ko ada!

sekian...

cakap sini habis sini :D

Assalammualaikum!

TATA!!!