TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Showing posts with label HASIL TANAMANKU. Show all posts
Showing posts with label HASIL TANAMANKU. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar TAMAT ya, giteew


Assalammualaikum... :D Wahh berjeman nak menghabiskan kisah lagenda buah rambutan terbakar i ni kan.. :)) Tu belum lagi sambungan kisah kenangan di gelanggang Masterchef.. rasanya kisah yang tu makan tahun kot :))

Okay ini kisah penamat.. jangan ko tanya-tanya sambungan kisah rambutan terbakor ni yerk..

Yang mana baru nak mengikuti... cecewahh ayat kemain lagik! :D
Yang mana baru nak membaca kisah rambutan terbakor tu.. baca dulu yang ini >>



dah siap sedia? hakak nak nyambung kisah lagenda ni :D


dah kena marah dengan Pak Habibi sebab nangkap gambar dia kat selah pokok rambutan tu kan.. i pun berjalanlah lagi ke dalam kebun sana tu hah.. wahhh ada banyak buah cempedak berjuntai-juntai.. walaupun dalam gambar tu cuma ada sebiji aje yang terjuntai.. percayalah memang banyak dan i terjakon seketika cecewaahhh... ya giteeww :D


dak kerempeng dah tergaru-garu!
banyak nyamuk dan gatal kena lalang kering.. wahh masa tu tangan gatal aje nak membuat unggun lagi :))


tetiba Nellysha menjerit!
"Momma! ada asap! ada asap!"

masa tu i cool aje.. 

"Nelly ni asap pun jakon!"

wahhh giteeww sekali i berbunyi.. tangan dok snap gambar buah cempedak tu yerk..:)


tetiba bunyi kertis-kertis...
macam bunyi lalang terbakor!!!


Gulp!


GULP!!!! GULP!!!!


masa ni i dah panic giler!!
terus jerit panggil BOMBA! Pak Habibi!!!
nak pitam pun ada masa tu..
muka i sure kalau you all tengok.. sure biru keler! :D


"Jangan sampai terbakar pokok durian tu dah lah yaa.."

Cool aje ngko suara Pak Habibi masa tu...

GULP!!!


alamakkkk!!!! TolOoonGGgggggggggggggggggggggg!!!

nampak tak pokok durian yang besar kat hujung tu?
hadoii masa tu tak sampai 5 minit api marak!
di tiup angin!
masa tu memacam i rasa....

"Habislah aku...."

*Cakap dalam hati masa tu* :D


masa ni... i, nellysha, pak habibi dan abang aemir..
ambik batang ubi yang ada daun sekali tu dan tepuk-tepukkan atas lalang kering yang masih marak menyala tu... ehh korang paham tak??
alaaa yang macam dalam discovery channel tu hehehehe :D


api berjaya di kawal...
i bimbang api tu sampai ke tanah jiran sebelah.. habislah kalau terbakar..
confirm i masuk suratkhabar sebab jiran i laporkan pada jabatan BOMBA! :))


sekelip mata tak sampai 10 minit... rentung!
kalau ada ubi kan best :D


nampak tak apa yang ada kat celah dahan kering tu???


rambutan terbakar :D
dan bukan itu sahaja...


durian terbakor ngko aiii!!!
masa ni.. mata jeling2 pandang2 pak habibi...

"Nelly cepat tutup dengan daun kering durian terbakor tu!"

ngko aii Nelly cakap macam ni..

"Alaaa Papa dah nampak dah..."

@__________#

Ohh.. kisahnya <<< suara ala-ala batery low...
tettt... tetettt... tett... :))


"Momma yang ini selamat! lega Nelly!"

ngko lega durian sebiji selamat yerk?

Emak ngko ni dah tak tercakap apa dah.. SENYAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

sampai hati Pak Habibi.. bukan dia nak hulur air kelapa seteguk dua buat hilangkan panik bini dia tu kan kan..


sebiji lagi selamat... terselit celah pokok durian...:)
pheww lega..:)


lepas tu dalam hati cuak tak sudah.. muka pucat lesi.. nak jeling Pak Habibi pun tak sudi :))
 balik tu menonong aje... ehhh... ternampak pulak pokok pandan.... :D


hasil sepanjang berada di kebun rambutan terbakar...
Pak Habibi mengomel tak sudah.. kerja dia terbantut sebab i dah bakar setengah kebun..

i jawab kontot aje..

"Tak sengajalah cayanggg..nak halau nyamuk je... bukan nak bakar pun.... aduyai ponnya..." pasti menyengih macam ni >>> :D :D :D


padang jarak padang terkukur :D

ehh tetiba Pak Habibi berbunyi..

"Tanam ubi dengan pisang elok benar ni..dah lapang dah..."

Cehh.. tak sia-sia i TER.... bakarkan kan kan :D


sekian sahaja kisah rambutan TERBAKAR..
sebarang persoalan yang bermain di minda anda semua.. silalah turunkan di bawah kotak komen..
pujian sangat di alu-alukan muahahahahhaa :D


Moral of the story...
ada rumput kering di rumah?
tiada tukang mesin rumput?
buntu dengan semak-samun?
call me! hanya dengan sebatang mancis sahaja.. sambil mengambil gambar buah cempedak... kebun anda atau laman anda akan lapang..:))

sila jangan ikut kisah di atas tu yerk.. jangan sekali-kali bermain dengan api.. serik giler dah ni :D
dalam kurungan setakat ini.. tak janji :D



Jumpa lagi.. 

Assalammualaikum...

TATA!!

Thursday, July 19, 2012

Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar? Part~2


Assalammualaikum.. :) ya, kisah bersambung yerk :D


Ya... ini pokok buah rambutan yang kedua.. buahnya lebih lebat dan terjuntai-juntai ke tanah... mudah aje dak Nellysha nak petik.. tinggal bongkok tak perlu tonjet! :))


Flash back balik ler ni ekk... asalnya kan nak buat unggun api kecik je.. tak de lah niat sampai nak bakar satu kebun.. cuma nak halau nyamuk aje :D


ini pulak laluan nak ke pokok rambutan yang ketiga.. paling belakang sekali ler ni kononnya.. lalang kering geram aje masa ni.. niat tu ada jugak nak buat unggun lagi :))


wahh nampak tak? Pak Habibi i dan Abang Aemir dah sampai dulu ke pokok buah rambutan yang ketiga.. tengah sibuk menebas tu.. rajin kan :D ya setahun sekali punya tebas! baik punyer :))
nelly kelihatan cukup jakon! :D


tu dia pokok buah rambutan yang ketiga.. buahnya lebat tapi sayang tinggi-tinggi.. masa ni i dok fikir macam mana Pak Habibi nak petik?
guna galah? galah pun elek :))
dah tu kalau nak di cantas pun tinggi pokok tu..:))


masa i tengah snap gambar sana-sini.. i dengar antara tidak aje Pak Habibi bagi arahan kat Abang Aemir macam mana nak ambil buah rambutan tu...
tetapi i yakin Pak Habibi boleh selesaikan masaalah itu :))


Ehh..??? ini ke arahan dan perbincangan Pak Habibi dan Abang Aemir tadi?
pakai ragut dan rentap??
Ishh.. ishhh... Nelly dah jakon dah tu.. mata sempat pulak jeling camera ekk :))


Kisahnya... :))
berdua lebih baik!!!! :)) :)) :))
masa ni i tak gelak tetapi mulut TERLOPONG!! hokey!


Nelly jerit macam ni..

"Tarik Abang Aemir! Tarikkk!!"

dan i masa tu.. dah gelak macam nak rak!!!!!
:))
:))
:))

sayangnya you all tak dengar i gelak cemana :D


halamak!!!! Abang Aemir perasanlah!!!
GRRrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

dia garang hokey! :D


berdua tarik lebih baik! :D

Pak Habibi geram kat i... cam ni..

"Boleh jangan amik gambar boleh tak???????"

perghh garang jugak :))

pastu nak cover seeh i cakap cam ni..

"Nelly tu ada lagi rambutan tercicir.."

:D


geram dengan Pak Habibi i tangkap gambar kasut kebun dia yang dah berkeladak tu :))
hairan.. mana kebun i ada lumpur??
apasal cenggitu guper boot tu?
:))



selipar i awww :D


Nelly pulak :D


Abang Aemir garang punye :D


buah cempedak yang ada kat atas pokok..


bunga senduduk yang dah naik sekebun :D
masa ni snap apa aje gambar sebab takut nak snap gambar mereka berdua yang dok ler.... :))


"You jangan masukkan dalam blogs ekk.."

suara Pak Habibi garang ngko aii... jarang dia macam tu.. semenjak kerja bergayut celah rambutan :))

i jawab..

"Tak lah...."

Ya, ALLAH.. Ya, TUHAN ku.. moga Pak Habibi tak nampak N3 ku ini... syyy :D


Rajinkan Nellysha.. kutip semua rambutan yang Papa dan Abang dia susah payah bergayut tadi tu... :D banyak ngko aii.... :))
i bukan tak nak tolong.. tapi Nelly tak bagi..

"Momma tak payah tolong.. Momma amik gambar aje."

:D memang syurga tempatmu nak.. aminnn :D


banyak sebenarnya yang dapat... tapi masa tu i dah sibuk... erkkkkkkkkkkkkkkkk


api kian marak!!!!!!
i panik sangat masa ni..
muka pucat lesi :D
dada berdegup kencang!!!
hampir nak pengsan *TIPU* :D


kisah bersambung :D


Di harap sabar menanti episod seterusnya..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
bersedia dengan soalan kuiz terkumpul yang Ke~7??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
SOALAN YANG KETUJUH...






:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:

Assalammualaikum....:)

TATA!!


Thursday, July 12, 2012

Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar? Part~1


Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar? Part~1

Assalammualaikum.. apa khabar semua? :D

i tahu ramai yang ternanti-nanti kisah sepanjang i di gelanggang MasterChef Malaysia.. nanti yaa.. kita bagi laluan dulu kisah segar dan masih baru lagi... :)

Sekarang ni kan musim buah-buahan.. so i nak share ler cerita kisah pokok-pokok buah-buahan yang ada di kebun belakang dan tepi rumah tu.. adalah dalam 2 ekar ko bayangkan..
setiap masa ada sahaja pokok yang akan menghasilkan buahnya.. dan i sebagai anak jati kampung ni.. :D hanya setahun sekali sahaja keluar atau melangkah dari pintu dapur i tu.. selebihnya memerap kat dalam opis i.. :))

Sila betulkan duduk anda semua.. kerana kisah kali ini sangat banyak sambungannya... :D

Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar? Part~1

so kita mulakan misi i ke kebun setahun sekali tu :))

SUSPEN!! OKEHHH... :D


yang ini pokok buah nam-nam kat Kelantan mereka panggil katak puru perghhh :D

tempat lain i tak tahu :)) sebab akak ipar orang kelantan dan dia cakap camtu bukan i memandai-mandai :))

pokok buah nam-nam ni dah berusia lebih 40 tahun!! kobayangkan.. kisah pokok nam-nam dan rupa buahnya tu lain N3 i cerita :D


sekarang ni tengah musim buah rambutan di kebun belakang rumah i tu.. isinya macam gambar di atas tu.. sangat besar! sebesar telur ayam :))

isinya manis dan tidak berair, ada rasa macam laici pun yaa.. apa jenis pokok rambutan tu tolong jangan tanya i.. :))

buah rambutan di atas yang menyeringai :D cenggitu rupa telah dipetik oleh Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. i tukang makan :))

so masa dia nak ke kebun selepas balik dari opis i dah siap sedia nak ikut sekali...

"Nak ikut boleh, kang jangan bising banyak nyamuk!"

wahhh.. ngko tengok! sape orang kampung sebenarnya? i atau dia muaahaa... :))


Peace yo! i ajak dak kerempeng sekali... ini first time dia ikut petik buah rambutan.. sebelum ni i pun tak tahu kenapa dia tak pernah ikut :)) menyebuk aje kang bising kena gigit nyamuk! << wahh ayat Pak Habibi nampaknya ;))

"Nelly pakai seluar panjang, baju lengan panjang dan topi.."

itu pesan i...


ini yang dia pakai!
senglet cover aje dengan sweater, pakai seluar pendek cuma sarungkan..
seluar panjang *tapi dah senteng sebab dah tinggi* muahahaa :))
dan sandal hello kitty!

hellOoooo ini nak ke mana? kebun ke? :))


sampai je Nelly dah jakon bagai nak haper!
macam ternampak pokok buah ceri :))

dan ini pokok rambutan yang pertama kami singgah ada tiga pokok.. sabor cerita yang ni dulu :D


pokok rambutan tu tinggi dan besar.. tapi buah dia bergayut dan terjuntai-juntai ke bawah.. senang aje Nelly petik!

bukan petik! ragut! muahahaaa :))


makan tak ajak orang.. hah! dah terkulat-kulat!
kelat sebab kopek kulit rambutan guna gigi.. i pun macam tu jugak.. masa kecik :D


"Wahh makan sorang.. nak ler sikit."


"Momma nak ke?"

perghhh dah tu.. ko ingat mak ko ni pelancong? dok jakon ngambik gambor pokok dengan ko aje nak? perghhhh... *cakap dalam hati je :D*


hah... camtu laa....


ya ragut! bukan petik! :))


perghh hulur dari jauh tangan kiri pulak tu cett!!

"Momma amiklah tangan kanan Nelly kotor."

kisahnya :)) anggornya melelas dok meragut rambutan dan bukan petik :))


Masa ni.. Pak Habibi dan Abang Aemir dah jauh ke belakang sana.. ke pokok rambutan yang ketiga.. 

nampak tak lalang yang dah kering? sama tinggi dengan i okeh..

nampak sangat.. kami semua hanya datang untuk jengah buah yang perlu di petik :)) habis buah tahun depan kami redah lagi :D

gatal ngko aii... naik calar balar kaki.. miang pun yerk terkena lalang kering tu...


Mintak Pak Habibi mancis.. so i pun nyalakanlah api...
wah menyala!!

masa ni you all tak nampak.. i dan nelly macam buat unggun api..

alahhh yang macam perkemahan kat hutan tu awww... :))

Pak Habibi menjerit dari jauh..

"Jangan hidupkan api, nanti merebak sebab banyak lalang kering sebab baru upah orang racun. Lagi pun angin kuat."

Alamak! dah terhiduplah....

tak pulak ku padam.. ku biorkan aje..:D

dengan motto... nak halau nyamuk! lepas tu mata pedih kena asap tebal! muahahhaa :))


Ini pokok rambutan yang kedua..

lebih banyak berbuah dan melimpah sampai ke tanah.. Nelly jakon sangat masa tu.. kali ni petik tak ragut muahahaaa... sebab tangan dia dah melelas.. :))


petik.. ragut tidak lagi :))


still kopek kulit guna gigi.. :))


macam anak orang kampuchea pun yerk :))


garu kaki dan segalanya.. kena gigit nyamuk.. hah! dah mulalah tu.. ni yang lemah aje ni.. alahai.. 
tu topi Nelly.. :D


topi mak nellys awww :D


rewind sikit...

lalang kering... :D


i nyalakan sebab nak halau nyamuk.. serius tanpa niat terselindung pun :D


selang beberapa minit.. angin kuat dan...................


kisah bersambung... lambat sikit sebab tunggu i balik dari Outstations.. :D

jangan marah haaa.. ;)


Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar? Part~2

Tungguuuuuuu :D

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
SOALAN YANG KETUJUH!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
TATA!!