TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Tuesday, November 23, 2010

My 'HandBags'

My 'Handbags'

Bismillah....
Assalammualaikum! Semua... Moga ALLAH SWT kekal dan panjangkan jodoh kita bersama yang tersayang... Bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat... Amin... Amin... Yarabbalalamin...














MY 'Handbags'

Heeehee... My Handbags???? Handbags bukan sebarangan Handbags ekk.. Handbags yang Shasha maksudkan tu... adalah Seorang Insan yang sangat penting, sangat-sangat Shasha kasihi, sangat Shasha hormati di dunia ini ekk, selain kedua orang tua. Mesti ada yang tertanya-tanya ekk.. kenapalah si Shasha ni pergi letak nama gelaran 'Handbags' kat suami dia ekk... hehehe... nak tahu kenapa??? sebab... kitakan wanita... ke mana sahaja kita pergi, Handbags mana pernah tertinggal betul tak? mana pergi mesti akan di bawa. Macam-macam kita isi dalam handbag kita tu ekk... semuanya penting... betul tak? sebab tulah Shasha buh nama gelaran 'Handbags' buat suami tersayang I tu ekk... ke mana pergi, dia mesti ada... tak pernah tak adalah... So nak ler share sikit... sikit aje ekk... tentang 'HANDBAGS' Shasha yang sangat SPECIAL buat Shasha dan anak-anak... Okaylah Shasha sebut nama insan yang Shasha kasihi dan hormati dengan panggilan Pak Habibilah ekk.. di FB rasanya ramai yang dah tahu ekk.. boleh tahan jugak popular Pak Habibi I ni hehee...




"KENA AMBIL TAHU WALAUPUN..."
Awal pertemuan dulu-dulu... yerlah masa mula-mula berdating. Macam-macam perkara yang kami bualkan ekk... sama macam pasangan bercinta di luar sana tu. Tanyalah... apa hobi? berapa usia? kerja apa? adik-beradik berapa orang? gaji berapa? ish... mana boleh tanya, soalan mintak putus tu namanya hehehe... okay bila di ingat-ingat kisah dulu-dulu tu... ada satu perkara yang Shasha masih ingat sampai sekarang ekk.... soalan dan jawapan yang sampai laa ni akan jadi bahan gurauan merangkap 'sindiran' buat Shasha kepada Pak Habibi. Nak tahu apa? okay masa tu... masa berdatinglah tu... kat kedai makan ekk... masa tu tengah masuk topik bab makanan kegemaran dan makanan yang tidak di gemari lah ekk... Shasha pun cakaplah pada Pak Habibi... sayur yang paling Shasha tak suka ialah Terung. Masa tu punyalah kembangnya hati ni, rupa-rupanya kami berkongsi perkara yang sama, Pak Habibi pun tak suka makan sayur 'TERUNG'. Haah nak tahu rupa terung macam mana? hah tu ada di bawah sana tu ekk... angkat tangan sekali siapa tak suka sayur TERUNG? eh, kita samalah... "Pak Habibi, kita ada kawanlah ekk.." hehehe....
Nanti dulu... belum lagi habis cerita ekk... Dan selepas bernikah... dah duduk sebumbung ler ni ekk ceritanya... Shasha pun masaklah untuk hidangan tengahari. Kononnya masak untuk suami ler tu ekk... dah bergelar isteri ler katakan hehehe... gatey. Bila siap aje memasak, hidangkan dan makanlah kami berdua. Masa tu berdua aje ekk... siapa cakap berdua lebih baik? hehee... Shasha perhatikan aje ekk.. dari mula menyuap nasi, Pak Habibi langsung tak cuit sayur yang Shasha masak. "Pak Habibi (bukan panggilan sebenar, ada lagi manje hehee.. rahsia ekk..) kenapa tak makan sayur tu?" Shasha bertanya. Pak Habibi cool aje ekk... sambil dia menjawab... "Tak berapa suka makan taugeh." Ohh... kata hatiku ekk. Esoknya dan seterusnya masak lagi sayur, pun dia tak makan ekk... satu hari tu Ibu mertua kesayanganku ajak makan di rumah dia ekk. Ibu mertuaku masak sayur taugeh goreng jugak heee... sebab taugeh murah kot hee... "Mak, tak ada sayur lain ke?" Shasha pun bertanya ekk... "Tak ada kenapa? Sha tak makan sayur taugeh ke?"Ibu mertua kesayanganku pulak menyoal ekk... "Sha makan, cuma Pak habibi tak berapa suka sayur taugeh..." dengan telus Shasha berterus-terang ekk... dari dulu memang cool dengan Ibu mertuaku hehee... "Pak Habibi tu, bukan taugeh aje dia tak suka, semua sayur dia tak makan seumur hidup dia." WHAT???? heheheee.... So... sampai sekaranglah.. kisah dan tauladan tentang 'TERUNG' itu sentiasa menjadi bahan 'GURAUAN' merangkap 'SINDIRAN' buat Pak Habibiku sayang tu ekk...


"I SUKA, DIA KENA SUKA, DIA SUKA I PUN SUKA."
Apa punya tajuklah tu ekk? berbelit betullah Shasha ni ekk... maksudnya.. masa awal-awal berkawan dulu tu, zaman cintan-cintun tuu... buat apa pun boleh buat sama-sama. Pak Habibi tak suka shoppping, Shasha suka, dia terpaksalah ikut jugak ekk, maklumlah.. tengah hangat bercinta agaknya... Pak Habibi suka main gitar, Shasha tak ler berapa gemar menjadi pendengar dan terpaksa pura-pura teruja mendengar dan lihat Pak Habibi petik gitar, Hahahaa... cinta punya pasal agaknya masa tu dengarkan ajelah... walaupun mulut tu nakal betul, asyik nak menguap aje heheee... Di pendekkan cerita... agaknya kami berdua ni memang 'SPORTING' heehhee... apa hobi Shasha, Pak Habibi akan ikut, contohnya shopping, swimming, sukakan pantai... dia ikut aje Shasha ekk, hah, sebab tu ler Shasha buh gelaran Pak Habibi 'HANDBAGS' hehee... Shasha pun sama jugak ler, Pak Habibi main bola di padang, Shasha ikut layankan hobi dia tu ekk... Lama-kelamaan... kami berdua macam dah terbiasa. Pak Habibi hormati apa yang Shasha suka dan Shasha pun hormati apa yang dia suka. So akhirnya... bila dah bernikah dan beranak-pinak... kami masih berkongsi apa sahaja... baik hobi atau apa jua akan kami lakukan bersama-sama, bukan lagi berdua ekk... tetapi anak-beranak ler... Syukur Alhamdulillah.... apa yang penting di sini, saling memahami, hormati pendapat pihak yang satu lagi, berbincang dan spoting itu paling penting sekali... "I SUKA, DIA KENA SUKA, DIA SUKA I PUN SUKA."
"IKAT PERUT SUAMI DENGAN MASAKAN KEGEMARANNYA"
Awal-awal lagi Shasha dah belajar apa masakan kegemaran Pak Habibi dari Ibu mertua kesayanganku.... Pak Habibi suka lauk 'GULAI PERAH'... perghh.. kalau nak tahu Shasha ni palinglah 'FOBIA' nak pegang atau potong cili kering, cili padi atau apa sahaja yang namanya cili ekk... pulak tu Pak Habibi suka makan 'GULAI PERAH' resipe keluarga dia ekk... so kenalah jugak belajar.. kena perah bahan-bahan yang dah di kisar tu dengan tangan tahu tak... aduhaii... pertama kali belajar... pijar tangan, muka segalanyalah panas dek kena cili hehee.. tetapi sekarang ni... hmm dah 'MASTER' dah... Shasha tak perah guna tangan ekk.. tapi guna tapis. Taklah pijar lagi tangan tu ekk.. dan yang paling best sekali... Apa jua lauk kegemaran Pak Habibi semuanya Shasha dah tahu... segala resipe air tangan Ibu mertuaku telah 100% di turunkan pada Shasha ekk... "IKAT PERUT SUAMI DENGAN MASAKAN KEGEMARANNYA"

"MAKAN DAMAI"
Makan damai???? ye... makan damai... kenapa dah berbelas tahun tak boleh makan damai ke? Kami berdua masih lagi makan damai sampailah ke hari ini, walaupun anak dah besar panjang ekk... demi mengeratkan hubungan yang terjalin. Jangan masa majlis kahwin dulu aje yang boleh makan damai... amalkan makan damai bersama suami tersayang ekk... makan suap-suap... bersilang tangan.. ingat lagi dulu-dulu... dan sekarang ni pun masih bersilang tangan tauu... kekadang tu sampai tersalah suap.. terkena hidung Pak Habibi yang mancung tu hehehee.. apa pun.. amalkan apa jua saat indah sewaktu masa awal bercinta dan bersanding dulu tu... semua kami masih amalkan.. cuma... heeee... bersanding aje kami tak buat ekk... takut anak-anak cakap... "Dah tebiat ke Momma dengan Poppa???" hahahaa.. bayangkan kalau kami berdua duduk atas kerusi, olok-olok bersanding.. tapak tangan buh atas peha.. dan pandang-pandang... jeling-jeling... mak Aii... pak Aii... (tolong jangan buat macam tu ekk... hehehe...)

"MY HANDBAGS DAH PENUH"

Tu dia... My Handbags dah penuh.. hehee.... maksudnya... dulu-dulu masa baru kahwinkan.. berat fizikal Pak Habibi I tu cuma 55KG aje.. berat bersih tau.... but after..... 17tahun usia perkahwinan kami... hah... tu dia... berat bersih Pak Habibi I.... My Handbags tu dah berubah keadaan fizikalnya... mencecah ke 76KG...berat bersih tu ekk... hahaha.... Apa pun Syukur Alhamdulillah... usahaku 'menampakkan hasilnya' HEHEEE... kalau Shasha boleh.. You all mesti boleh ekk... "UTAMAKAN KELUARGA, SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG, FAHAMI JIWANYA, SAYANGI DIRINYA, SEPERTI KALI PERTAMA ANDA JATUH HATI PADANYA..." aduhaiii... jiwang betul tu ekk... apa pun... itulah hakikatnya... semai kasih sayang setiap saat, moga kasih kita berkekalan sehingga ke akhir hayat... amin... yarabbalamin....


"SETIAP MANUSIA DICIPTAKAN BERPASANG-PASANGAN... CINTAI ALLAH, HORMATI SUAMI DAN KASIHI KELUARGA KITA, MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HUBUNGAN KITA SESAMA INSAN.... AMIN... YARABALALAMIN.." ~sHAHRIAH aBDULLAH nOVElis~



Monday, November 22, 2010

My cANDy'S





















My CanDY's


Bismillah... Assalammualaikum! Semua... Doaku moga perjalanan hidup kita di permudahkan oleh ALLAH SWT... Amin... Amin... Yarabbalamin..

My CanDY's

My Candy's...
Azellea Nellysha ~ 7 tahun. My Candy's My Princess Nellysha... Seorang yang lincah, kaya dengan idea, periang, manja, kuat merajuk dan suka membaca buku cerita, penuh dengan dunia Fantasi... sama macam Mommanya heheee... Kehadirannya benar-benar menghiburkan hati kami sekeluarga. Sejak dulu lagi Shasha memang teringin sangat nakkan anak perempuan... maklumlah anak yang Pertama dan kedua tu semuanya HERO... lasak dan berdikari. Bezanya anak perempuan dengan lelaki ni, yang perempuan boleh pakai skirt dan boleh main Barbie Dolls. Kalau anak lelaki main bola dan gasak-gasak aje manjang heheee... apa pun Shasha sayangkan mereka semua, langsung tidak membeza-bezakan kasih sayang yang diberikan. Cara didikan mereka juga lebih kurang sama, berlembut dan banyak berkomunikasi dengan mereka. Dengan cara itu hubungan dengan anak-anak akan bertambah mesra dan Shashalah tempat mereka mengadu segalanya.

'Dunia Kanak-Kanak Saat Yang Paling Membahagiakan'
Shasha akan pastikan Princess Nellysha dan anak-anak yang dua lagi tu menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan penuh ceria, berwarna-warni dan segalanya cukup istimewa buat mereka layari sepanjang usia kanak-kanak mereka. Agar segala kenangan manis sepanjang zaman kanak-kanak mereka akan menjadi suatu cerita dan kenangan yang paling manis dan terindah. Bermacam-macam cara boleh kita aturkan buat mereka. Antaranya, sentiasa ikuti perkembangan anak kita. Mereka akan membesar dan kehendak mereka akan berubah mengikut usia. Berperingkat... dari sukakan permainan yang gebu dan lembut, mereka akan beralih ke permainan yang lebih mencabar, contohnya puzzle, legos dan macam-macam lagi. Sebagai seorang Ibu Shasha sentiasa menyokong apa sahaja kehendak mereka (bukanlah melampau-mengikut kemampuan). Tidak perlu mainan yang mahal-mahal atau berjenama. Berbagai mainan yang murah sekarang boleh di dapati di kedai-kedai, kenalah berjimat dan bijak ketika membeli 'TOYS' sebab mereka akan mudah jemu dan akhirnya terbiar begitu sahaja. Jangan membazir dan kenalah pandai memilih dan budget ekk... Bila ada masa lapang, Shasha akan turun padang sekali, bermain sekali ekkk... main 'Mak-Mak' hehehe... masa bermain dengan anak kita tu, selitkan sekali unsur-unsur agama dan nasihat. Terangkan kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Secara tak langsung, mereka akan belajar dan cara itu paling bagus sekali untuk kita berinteraksi dengan anak-anak. Daripada kita membebel tak sudah, anak mudah bosan dan jemu. Mereka masih kanak-kanak lagi, fikiran mereka masih cetek... apa yang mereka tahu... 'Fun' and 'Fantasi'... jangan sesekali memaksa anak-anak dengan cara kekerasan ekk... Selami jiwa kanak-kanak, letakkan diri kita di tempat mereka... dulu pun kita pernah melalui zaman kanak-kanak kan?

"MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"

Kata pepatah yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kita. Belikan buku cerita, majalah atau apa sahaja bahan bacaan yang berguna dan yang penting menarik dan bersesuaian dengan peringkat atau usia anak-anak. Buku cerita tentang Agama, moral dan berbentuk pengajaran bagus untuk membentuk sikap dan pemikiran anak-anak yang masih kecil. Mereka mudah memahami dan perlahan-lahan kita terangkan kepada mereka, jelaskan kenapa dan berikan alasan kenapa. Shasha selalu bacakan buku 'BED TIME STORY' kepada anak-anak, semuanya ekk... sebelum mereka masuk tidur, tentang Agama, cerita dongeng yang penuh dengan nasihat atau Kisah NABI-NABI. Aktiviti yang terbaik untuk memupuk minat anak membaca buku ekk... (yang dah besar panjang tu taklah di bacakan bed time story hehehe...)


"ANAK DARA KENA PANDAI MENGEMAS"
Ingat lagi... ayat tu ayat power mak kita dulu masa kita kecik-kecik ekk.. hah, sekarang turunkan pulak pada anak dara Shasha heheee... Liat nak di suruh? jangan paksa mereka ekk.. jangan jerkah atau di tengking ketika mengarah atau mengajar anak tu... kita letakkan diri kita ke dalam diri anak kita tuu ekk.. Anak-anak kecil ni suka di manja dan di belai, betul tak? So kenapa nak marah-marah dan garang tak bertempat? Mudah aje ekk... Shasha biasanya akan biarkan Princess Nellysha bermain, mengecah atau apa sahaja yang dia buat di bilik 'MINI OFFICE' dia tu ekk... Tetapi sebelum dia nak main tu Shasha akan sentiasa pesan macam ni... "LEPAS MAIN KEMAS YA, SAYANG. GEGIRL KENA PANDAI MENGEMAS, KENA BERSIH... BARULAH CANTIK." Kiranya 'Ayat Power' Shasha lah tu ekk... memang berkesan. Selesai aje bermain, Princess Nellysha akan kemas semula buku-buku dan permainannya, kembali semula ke tempat asalnya. Kenalah mulakan dari mereka kecil lagi ekk... barulah kena dengan kata pepatah... "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"...

"BEST FRIENDS"
Princess Nellysha selalu cakap... "MOMMA YOU'RE MY BEST FRIENDS." Senyuman sentiasa terukir setiapkali dia berbisik di telinga Shasha ekk... Syukurlah, diri ini di iktiraf oleh anak sekecil itu. Macam mana nak jadi 'BEST FRIENDS" pada anak-anak? mudah aje ekk.. berceritalah apa sahaja dengan anak-anak, kongsikan cerita masa zaman kita kanak-kanak dulu, bandingkan dengan zaman kanak-kanak mereka sekarang ni. Contohnya tentang sambutan 'MAJLIS ULANG TAHUN MASA KITA KECIK" ceritalah dengan anak kita, macam mana dulu masa kecik-kecik kita sambut Ulang Tahun. Tokok tambah cerita yang best sikit hehhe.. penuh cabaran. Letakkan satu 'MATLAMAT' jika anak-anak ingin sambut 'MAJLIS ULANG TAHUN' mereka. Berikan syarat pada mereka, contohnya kalau nak buat Majlis ulang tahun boleh, tetapi dia kena turun padang sekali. Kena tolong dan bantu buat segala persiapan untuk majlis ulang tahun mereka. Contohnya persiapan, Goodies Bag (cenderahati buat teman/keluarga yang hadir), Kek Hari Jadi, Hidangan hari jadi dan segala persiapan dan hiasan contohnya belon dan reben. Rancangkan segalanya dengan anak kita, suruh mereka catat sendiri di buku nota. Apa yang disediakan dan apa yang perlu di beli. Selepas itu kita lakukan bersama-sama. Kalau Ibu-Ibu yang tak ada masa tu, macam-macam cara boleh di buat ekk... contohnya, ajak anak kita tu pergi tempah kek di kedai, tolong masak di dapur, atur pinggan di atas meja dan macam-macam lagi cara yang ringkas untuk kita ajak mereka kongsikan saat indah... sempena tarikh lahir mereka tu. Jika usia anak yang bakal di sambut itu 7 tahun, tahun depan anak itu akan menyambut hari lahir yang ke 8... jadi... raikan tarikh keramat itu dengan kenangan yang paling manis dan terindah buat mereka kenang suatu masa nanti, di kala mereka dewasa kelak. Dan masa tu anak-anak kita pasti juga akan kongsikan dengan anak-anak mereka juga ekk... kes turun-temurun ler ni ekk hehehe....~Wallahualam~

"FUN TIME"
Memang Fun ekk... bila dah rancang segala persiapan bakal menyambut 'MAJLIS ULANG TAHUN' anak kita tuu... ajaklah anak kita turun ke dapur sekali. Biasakan anak-anak agar biasa dengan dapur, jadi dah besar esok tak lah mereka kekok ekk... demi kebaikan bersama dan masa depan anak kita juga. Skill penting bagi orang perempuan ekk.. mesti pandai memasak. Lontarkan pandangan kita jauh ke hadapan sana... bayangkan suatu hari nanti anak-anak kita juga akan dewasa dan berumahtangga macam kita. So pengorbanan yang sedikit itu akan bernilai suatu nanti hari nanti ekk.. Luangkan masa buat anak-anak, kalau kita tak mulakan, mereka tak akan pernah merasa ekk... cubalah dari sekarang Insyallah anda akan rasakan kelainannya. Siapkan bahan-bahan untuk membuat kek Ulang tahun contohnya... arahkan anak supaya bantu kita sukat tepung dan gula. Pecahkan telur, masukkan bahan di dalam adunan sehinggalah segalanya selesai. Jangan lupa terangkan pada anak kita tu.. apa itu tepung, apa fungsi telur dalam adunan, apa itu koko dan jelaskan satu-persatu. Anak-anak akan gembira, malah semakin teruja untuk melihat bagaimana rupa kek Ulang tahun hasil dari tangannya sendiri. Masa tu jangan lupa selitkan betapa pentingnya kebersihan, kenapa kena pakai Apron, kenapa kena cuci tangan dulu... secara tak langsung kita dah turunkan pelbagai ilmu yang berguna kepada mereka. Tak percaya? cuba ekk... anda akan lihat anak-anak akan mulai suka membantu dan suka mencuba sesuatu yang baru bersama dengan kita... masa tulah baru terasa 'BEST FRIENDS' atau tidak hehehee...

"KEBAHAGIAAN ANAK-ANAK ADALAH KEBAHAGIAAN KITA JUGA"
Melihat senyuman manis terpamir di bibir anak-anak, adalah pengubat segala duka buat kita semua. Tidak susahkan nak melakukan semua itu? Zaman kanak-kanak hanya sementara, isikan hari-hari mereka dengan penuh pengisian dan pengertian yang cukup bermakna, agar mereka akan nikmati dan kenang zaman kanak-kanak mereka semua dengan segala kenangan yang cukup manis, paling indah buat mereka kenang apabila mereka dewasa kelak. Sebagai Ibu dan penjaga, kitalah yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh mereka. Kita yang mencorakkan kehidupan mereka, Jika kita berikan yang terbaik buat mereka, Insyallah... segala usaha kita akan membuahkan hasilnya, walaupun ada kata pepatah mengatakan 'SETANDAN PISANG TIDAK SEMESTINYA ELOK'.. jadikan kata-kata itu sebagai perangsang buat kita untuk berusaha, berdoa agar anak-anak kita akan di bentuk mengikut acuan yang kita inginkan. YANG TERBAIK... semua Ibu Bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Tetapi cukupkah dengan menghantar anak-anak ke sekolah dan pusat tusyen, maka selesai sudah tanggungjawab kita sebagai Ibu Bapa? renung-renungkanlah...

"DIDIKAN AGAMA, DIDIKAN PALING SEMPURNA"

Seawal usia 5 Tahun lagi Princess Nellysha sudah di hantar ke Taska Agama, pada sebelah petang. Waktu begitu terhad dan padat buatnya, kerana sebelah pagi dia akan di hantar ke Tadika Cina, sebelah malam pula dia akan mengikuti kelas Tusyen. Sering juga dia merungut kerana kepenatan. Sayu juga hati bila melihat wajahnya sering muram atau bad mood. Teringatkan kata pepatah ada mengatakan "BERSUSAH-SUSAH DAHULU, SENANG KEMUDIAN" dan di gandingkan pula dengan kata pepatah, 'MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"... di tambahkan pula "ZAMAN KANAK-KANAK HANYA SEKETIKA CUMA".... Alhamdulillah... Insyallah... tahun depan 2011 Princess Nellysha akan naik ke Darjah 2 Sekolah Agama, sekarang dah pandai mengaji dan lancar membaca dan menulis jawi. Tahu apa itu Syurga dan Neraka, tahu dan faham apa itu Islam... (asas hukum, halal dan haram) Dan yang paling best sekarang ni dia pulak jadi penasihat Abang-abangnya, jika berkasar atau berbalah... Cool aje dia sound abang-abang dia ekk..."Ustazah cakap kat Nelly kan.. Kalau kita suka bergaduh dan bermusuh, nanti ALLAH marah, kena masuk API NERAKA, API NERAKA PANAS TAU... cepat minta maaf... Kalau kita bermaafan, Insyallah kita akan masuk SYURGA..." Hati ini sebak... betapa pentingnya "DIDIKAN AGAMA" buat anak-anak kita... didikan yang paling sempurna di dunia ini... ~Wallahualam~


"HARI INI TIDAK MUNGKIN SAMA DENGAN SEMALAM ATAU ESOK"
Renungkan sejenak... berapa usia anak kita sekarang ini? Cuba ingat semula, dua hari lepas apa yang kita lakukan bersama mereka? Kenangan terindah bersama mereka? Berapa patah perkataan kita berkomunikasi dengan mereka setiap hari? berapa jam kita luangkan masa buat mereka? kali terakhir kita ucapkan kata 'Sayang dan rindukan mereka? Usap dan kucup pipi mereka? Usap rambut mereka?.......................................... "HARI INI TIDAK AKAN SAMA DENGAN SEMALAM ATAU ESOK"... masa beredar, bumi berputar... sayangi anak-anak kita, selagi hayat kita ada, berikan sepenuh kasih sayang dan tumpuan buat mereka. Sokonglah mereka, pimpinlah mereka, berada dekat dengan mereka setiap masa bukan hanya di kala sakit atau demam.... Anak... mereka adalah "PASPORT' buat kita satu hari nanti.... 3 perkara Amalan kita akan di terima bila kita mati... 1, AMAL DAN JARIAH 2, ILMU YANG BERMANFAAT 3, DOA DARI ANAK-ANAK YANG SOLEH.... renung-renungkan... ~WALLAHUALAM~

My Chocolate's








MY ChoCoLate's
Bismillah...


Assalammualaikum, Semuanya...:):) Doaku semoga hari ini dan hari-hari seterusnya akan menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan buat kita semua. Moga Usaha, doa dan impian kita akan di makbulkan Oleh ALLAH SWT... Amin... Amin... Yarabbalalaminn...

My ChoColate's


My Chocolate's...
Yummy!!! sebut aje nama Candy's terus cair air liur ekk... heehee... Tapi 'Chocolate's' yang ini berlainan dengan 'Chocolate's' yang biasa kita makan tu ekk... 'Chocolate's' yang Shasha maksudkan itulah 'Pemanis' Shasha di dunia ini ekk... 'PERMATA HATIKU'...
Anak lelaki yang Sulong... Aminmustaqiim Shah~16 Tahun. Aemir Muhammed Shah~15 Tahun. Azellea Nellysha/Princess Nellysha~7 Tahun. Semuanya membesar dibawah jagaan Shasha dan suami, semenjak mereka semua di lahirkan kedunia. Menjadi seorang ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar bukanlah sesuatu yang mudah tugas yang di sandang sebagai seorang Ibu. Banyak cabarannya... semua Ibu dan Bapa ada cara masing-masing membesarkan anak-anak kesayangan. Begitu juga dengan Shasha dan Suami. Shasha lebih rapat dan ada cara tersendiri membesar dan mendidik anak-anak yang sedang membesar tu. Lebih-lebih lagi dua orang anak yang sedang meningkat remaja, tumpuan dan pengawasan lebih buat mereka berdua, termasuklah yang kecil sekali tu ekk... Tapi hari ini Shasha nak share cerita tentang anak-anak bujang Shasha tu ekk... 'TIPS PENTING' yang Shasha amalkan sejak dulu sepanjang membesarkan mereka berdua... kiranya 'PETUA' ler ni ekk... baca aje ya, tak sesuai jangan ikut tauu... masing-masing ada cara tersendiri betul tak?




'KASIH SAYANG', 'KEIKHLASAN',
'SALING HORMAT-MENGHORMATI',
'SENTIASA BERKOMUNIKASI',
'SERING MENEGUR', 'MEMANTAU', 'MEMUJI', 'GANJARAN',
'DIDIKAN AGAMA', 'MENDENGAR & MEMAHAMI', 'MEMAAFKAN'
dan banyak lagi..
.


Al-maklumlah berbagai gejala sosial yang tidak elok di luar sana. Shasha sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa memegang prinsip 'NO SECRET AT ALL'... ahah... 'TIADA RAHSIA' antara Shasha, anak-anak. 'AWASI SETIAP AKTIVITI ANAK-ANAK' ATAU 'TEROPONG' apa yang mereka lakukan di luar sana atau di sekolah, sentiasa di pantau. Tapi janganlah kita 'EKORI' mereka setiap masa. Lama-lama mereka akan bosan dan mulalah mencari 'AKAL MENIPU' untuk mengelak diri mereka di jejaki oleh kita. Memadailah kita kenal siapa kawan-kawan mereka, berkomunikasi dengan kawan-kawan anak kita. Agar kawan-kawan Anak kita akan rapat dan anggap kita macam Ibu dan keluarga mereka sendiri. Elakkan mereka berjumpa di luar selepas habis waktu sekolah. Jika nak berbual, belajar atau main bola, games atau apa sahaja aktiviti, ajak kawan-kawan anak kita tu datang ke rumah. 'JINAKKAN' mereka (Agar mesra dengan kita, dan anggap kawan-kawan anak kita macam anak kita sendiri) Benarkan mereka bergaul dan habiskan waktu bersama, jangan pulak join sama ekk... mereka juga memerlukan 'PRIVACY'... syarat jika kawan-kawan anak tu datang ke rumah, pasti Shasha akan 'Briefing' dulu.... ayat yang Shasha biasa katakan ekk... "Buatlah apa sahaja, jika nak makan dan minum ambil sahaja di dapur (atau hidangkan buat mereka lebih mudah). Syarat di rumah ini, tak boleh merokok, tak boleh mencuri, tak boleh bercakap lucah, menonton cerita lucah, maki hamun dan... jangan buat bising ekk...." tu dia... Shasha cakap terus-terang, tak akan berselindung. Awal-awal lagi dah letakkan syarat. Yang mana boleh ikut, mereka akan kekal datang bertandang lagi dan lagi... yang memang tak boleh ikut syarat yang Shasha tetapkan tu, hmm... sekali tu ajelah nampak batang hidungnya. Apa pun sekurang-kurangnya, kita telah melakukan sesuatu yang betul dan bermanfaat kepada semua pihak, anak-anak sendiri dan kawan anak kita tu ekk... selesai satu perkara...


Antara tips yang Shasha amalkan sejak dulu lagi... 'Sporting', 'I'm Your Good Friends', 'Loves Your Parents', 'Follow My Rules and Your Wish Will Come True'... cewah, cewah... bunyi macam best gitu ekk... Biarkan anak-anak mesra dengan kita, berkongsi cerita apa sahaja, kita kenalah sporting, dengar dulu apa cerita mereka, yang mana baik kita puji, yang tak elok kita tegur dan terangkan kenapa tak boleh ikut atau buat macam tu. Jangan di bentak atau terjerit-pekik, berlembut ketika bercakap, berserta pujian dan contoh yang elok kita berikan. Sentiasa rapat dan ambil kisah tentang mereka, jika ada perubahan.. contohnya mereka sugul atau tiba-tiba tak ada mood atau bad mood. Cepat-cepat bertanyakan kenapa? jangan di biarkan mereka begitu sahaja. Ingat... 'KITALAH MENTOR' mereka selain 'Guru di sekolah'... 'Sporting'... bab ni paling best. 'Spoting' bukan sebarangan 'Sporting' ekk... 'Sporting' bertempat... jangan bagi muka pada mereka. Segalanya bersyarat dan berpada-pada. Contohnya jika mereka 'INGIN' kan sesuatu... jangan mudah mengangguk atau mengatakan 'YA' letakkan 'Syarat' atau 'Follow the Rules'... Cotohlah ni ekk.. katalah kalau mereka nak 'VCD Lagu Terbaru'... Shasha akan jawab macam ni... 'Apa yang Amin boleh tolong Momma untuk dapatkan VCD Lagu tu?".... tunggu apa anak akan jawab. Kalau jawapannya memuaskan hati... contohnya... "Amin akan tolong Momma kemaskan laman, hujung minggu ini." Masa tu... berlakonlah macam sedang berfikir... berbaloi ke tidak hehehe... biasanya Shasha akan jawab... "Okay, tengok dulu, kalau bersih laman tu, may be Amin akan dapat, may be not." Dan biasanyalah... Anak-anak akan jawab macam ni... "Gerenti Momma puas hati punya!" heee... masa tu jangan senyum, buat muka serius sikit ekk... (Jangan Bagi muka, biar mereka sedar, bukan mudah nak meminta itu dan ini, amalkan 'Sistem Bata' heee...)... tentang 'TOP-UP' atau 'TAMBAH NILAI HAND PHONE' ahah... bab ni... percaya tak, kalau Shasha cakap, duit untuk 'TOP-UP' hand set anak-anak Shasha hanya RM5 sebulan... dan tidak lebih dari itu... jelaskan di sini, dalam 'SPORTING' ada 'TEGAS' tu belum bab lain tu... pergi sekolah berjalan kaki... tak macam kawan-kawan anak-anak Shasha, mewah betul, ke sekolah siap ada motorsikal sendiri. Ada lesen ke tu? duit belanja sekolah? sehari RM2... kalau ada buat salah, kena denda ekk... duit sekolah akan di potong... dan itu juga benar... ~Wallahulam~



'MEMAHAMI & SALING MENGHORMATI'.... Apa hobi anak kita? Apa mereka suka lakukan bersama kawan-kawan di masa lapang atau cuti sekolah? Bertanyalah pada anak, berbual tentang hobi mereka, apa mereka suka... jika hobi mereka tu simple dan tidak melanggar syarat.... cuba penuhi.. yang ini masuk bab... 'MEMAHAMI'... jika kita memahami apa kehendak mereka, mereka juga akan memahami apa kehendak atau syarat kita. Contohnya, anak suka bermain bola di padang sekolah bersama kawan-kawan. Belikan sebiji bola... dengan syarat main di laman depan rumah sana tu, agar mudah kita pantau mereka semua. Tak perlulah mereka main bola di padang sekolah waktu cuti sekolah atau masa lapang. Memadai di rumah sahaja... taklah kita susah-susah hati nak risaukan mereka bila tiada di depan mata tu ekk... selesai satu perkara...


'PUPUK KASIH SAYANG DAN SALING BERKERJASAMA'... segalanya bermula dari rumah. Kasih sayang dari kedua Ibu dan Ayah sangat penting buat anak-anak. Kasih sayang yang di pupuk sejak mereka di lahirkan kedunia lagi. Ibu dan Ayah adalah insan paling rapat dengan anak-anak. Mendidik dengan sepenuh kasih sayang (bukan kasih sayang yang melampau)... tetapi kasih sayang yang tulus dari hati... dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anak kita harus tegas dan jangan sampai anak-anak mengambil kesempatan di atas kasih sayang yang kita curahkan. Terangkan kepada mereka, tentang peranan kita sebagai Ibu dan Ayah, jelaskan kepada mereka kenapa mereka harus TAAT kepada ALLAH SWT, patuh kepada Ibu, Ayah, Guru malah semua manusia yang ada di dunia ini, baik yang tua atau yang muda. Jangan di tengking atau membentak ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan memaki hamun, jika kita lakukan itu kepada mereka, hilang rasa hormat mereka kepada kita, malah dendam dan kebencian akan hadir di dalam diri anak-anak kita.

Jika anak melakukan kesilapan, kita tegur dengan baik dan berlembut dengan mereka, jelaskan yang mana benar dan elok di ikuti. Jika mereka melakukan sesuatu yang 'Membanggakan' atau melakukan 'Kebajikan'... ringankan mulut memuji anak-anak kita, atau berilah sedikit 'GANJARAN' kepada mereka. Tak salah memberikan sedikit ganjaran, terangkan kepad mereka 'GANJARAN' itu bersamaan atau sama dengan 'BERSEDEKAH'.... jika kita selalu bercakap dan ringan mulut terangkan apa jua perkara kepada anak-anak, Insyallah anak-anak akan menghormati kita dan sentiasa memberikan kerjasama kepada kita... bukankah mudah jadinya...

'Sharing is Caring'.... kongsi apa sahaja kegemaran anak-anak... contohnya bab makanan... kalau mereka suka makan Burger, French Fries, Pizza atau apa jua masakan yang mereka suka. Masakkanlah untuk mereka...

Ini juga salah satu tips untuk memupuk kasih sayang, segalanya bermula dari rumah... memanglah mudah makan di luar, pakai order, makan lepas tu bayar. Cerita hanya habis di situ sahaja... kalau kita masak untuk mereka di rumah, masak bersama-sama ajak sekali mereka tolong semasa kita memasak tu ekk.. selain mereka dapat belajar memasak, berbuallah apa sahaja cerita... tentang makanan kegemaran mereka, makanan kawan-kawan mereka, kenapa mereka suka... reka satu topik yang menyeronokkan... lebih santai dan memang menimbulkan kesan yang sungguh positif... tak percaya cubalah ekk...

Apa yang Shasha paparkan di sini hanyalah sekadar berkongsi cerita sahaja, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri. Diri ini bukanlah sempurna dan terbaik dalam menguruskan tentang hal anak-anak. Kita merancang dan berusaha buat yang terbaik buat anak-anak dan keluarga, Tuhan yang menentukan segalanya. Doaku agar kebahagiaan ini akan kekal selama-lamanya, di jauhkan dari sebarang dugaan terutama tentang anak-anak yang sedang meningkat remaja tu ekk.. di jauhi dari segala gejala sosial yang tidak elok di luar sana, di jauhkan dari pengaruh yang buruk, YA, ALLAH.... YA, TUHANKU... KAU LINDUNGILAH ANAK-ANAKKU DARI SEMUA MUSIBAH... JADIKANLAH MEREKA ANAK-ANAK YANG SOLEH, BERGUNA KEPADA MASYARAKAT DAN MASA DEPAN ANAK-ANAKKU DI BAWAH JAGAANMU... AMIN... AMIN... YARABBALALAMIN....



Sekian sahaja cerita dan kisah tentang CHOCOLATE... PERMATA HATIKU YANG AKU KASIHI...'
'

Coretan dari... Aku... seorang Ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak... dan kebahagiaan buat mereka semua...
I LOVE MY KIDS~MY FAMILY~FOREVER...



Sunday, November 21, 2010

Kisah... Fantasi & Realiti...

Bismillah...

Assalammualaikum! Doaku semoga Apa jua yang teman-teman lakukan hari ini akan di rahmati Oleh ALLAH SWT... Amin... Amin... Yarabbalalamin...

Fantasi & Realiti

'Fantasi dan Realiti'... Sifatku sejak dari kecil lagi memang suka benar berfantasi... suka berangan-angan untuk menjadi seorang yang 'terkenal'... Cewah,Cewah, kedengaran macam 'gila glamour' gitu ekk... cita-citaku sewaktu masih kecil sering diketawakan oleh Abang, nak tahu apa cita-cita Shasha masa kecil dulu??? ada dua cita-cita Shasha yang semua orang tak tahu, sekarang ni nak pecah tembelanglah ni.. heee... Syyy... baca sini, habis sini... ekk... malulah... okay.. cita-cita Shasha masa kecil dulu nak jadi... jadi erkk... 'PRAMUGARI' dan 'MODEL' IKLAN' alaa... macam dalam TV tuu... perghh... manalah tak kena gelak dan dikutuk Abang Shasha ekk... (ada Shasha kisah? tak ekk.. Shasha memang jenis selamba..) Ketinggian langsung tidak melepasi had yang di luluskan, keadaan fizikal masa tu... aduhaii malas nak ceritalah. Cute bangat.. hahaha... Istaghfar banyak-banyak ekk...
Mungkin juga Shasha 'teringin' nak jadi 'PRAMUGARI' sebab... suka melancong agaknya. Suka melihat keindahan ciptaan yang MAHA ESA... Shasha sukakan kehijauan... sukakan laut... suka warna-warni, sukakan ketenangan. Tentang nak berangan nak jadi 'MODEL' tu pulak, agaknya masa kecik-kecik dulu... susah, nak merasa pakaian yang baru dan berjenama memang jarang sekali dapat merasa. Nak merasa kasut baru pun nak kena tunggu Hari Raya, barulah dapat tukar kasut yang lama tu, kekadang tak sampai 3 bulan entah kemana lesapnya kasut tu ekk hahaha... apa taknya masa kecik dulu 'kubang parit berlumpur' tu pun pakai kasut Raya. Bayangkanlah ekk.. betapa 'baiknya' Shasha masa kecik-kecik dulu tu ekk. Tu belum cerita lagi buat 'cat walk' atas titi kelapa dengan kasut tumit tinggi. Perghh... setakat ni kita simpan dulu cerita 'cat walk atas titi kelapa' tu ekk...
Berbalik kepada topik 'Fantasi & Realiti'. Bermula dengan angan-angan atau suka berfantasi di kala bersendirian. Seringkali hati ini berbisik dan mula membayangkan sesuatu yang tidak mungkin atau sukar untuk menjadi 'REALITI'. Antara 'Fantasi' yang sering Shasha angankan... Shasha nak jadi macam 'CINDERELLA' yaa.. Cinderella dalam cerita dongeng kanak-kanak tu ekk... sukaaaAAAAA.. sangat baca buku tu. Beratus kali Shasha akan baca, baca dan baca berulang-ulang kali. Sampai sekarang ni pun tak pernah jemu, nak tahu kenapa? Pada pendapat Shasha... kisah dongeng 'CINDERELLA' tu best...bayangkan dari seorang anak tiri yang dicaci dan didera... tiba-tiba 'POP di pendekkan cerita... dapat kahwin dengan Putera Raja, kacak pulak tu, tinggal pulak di Istana. hehee...Ingat lagi Arwah Ayah dulu pernah gelar Shasha dengan gelaran 'PISANG BERANGAN' memang...lah kuat berangan..berfantasi Semua keluarga terapat memang kenal peel semulajadi Shasha ni ekk... apa nak buat... itulah 'KELEBIHAN' yang ALLAH SWT kurniakan kepadaku...:):)




'Fantasi & Realiti'.... Nak jadi 'PRAMUGARI' tak kesampaian... sebab 'rendang' aje Shasha ni hehee... nak jadi 'MODEL IKLAN' pun tak kesampaian.... keadaan fizikal yang 'RENDANG+GEMPAL' masa tu... so... tinggallah ianya menjadi suatu 'Fantasi' yang tidak dapatku jadikan 'Realiti' (kalau magic boleh tinggi lampai macam model! perghhh.. memang Fantasi! heehhee). MENYESAL??? ermm... tak juga.. cuma sedikit terkilan, semuanya dah berlalu... dan kini semua cerita itu menjadi kenangan paling terindah di dalam diary hidupku.
'Fantasi & Realiti'... Bumi berputar, masa berlalu... Aku kian dewasa dan 'Fantasiku' kian menjadi-jadi... ada sahaja yang kuangankan... nak jadi 'Chef' laa... nak jadi 'Penyanyi' laa... hah jangan gelak ekk... itulah realitinya... 'Fantasi' yang sampai sekarang pun tak menjadi 'Realiti'... menyesal? tak pun... sekarang ni boleh menyanyi dalam bilik air, memasak apa sahaja di rumah untuk keluarga tersayang... 'Realiti' lah jugak namanya tu ekk... think positive
'Fantasi & Realiti'... Aku Kian dewasa, matang pun yaa jugak agaknya ekk... mula memikirkan tentang masa depan yang lebih serius... mulalah tuu... bermula dengan sebuah kertas kajang dan sebatang pen biru... mulalah mengarang... cerita apa tak ingat. hehehe... sebab banyak karyaku yang di tulis semuanya berakhir di dalam tong sampah. sebab frust tak di terima oleh mana-mana publisher... Menyesal??? awalnya.. YAA... dah kalau memang minat membaca dan menulis... eehhhh... tak serik-serik, beli pulak PC... dengan alasan... mungkin sebab tak ada PC, hasil karyaku kurang 'MEMBERANGSANGKAN' cewahhh, alasan, tuuu ekk... hehehe...




'Fantasi & Realiti'... Fantasiku... untuk menjadi seorang 'NOVELIS'... nampaknya... tetap juga berada di alam 'Fantasi'... huk...huk...:(:(:( hasil karyaku... hampir 5 kali di tolak! perasaan ketika itu??? Eleh, mestilah frust, takkan nak ketawa kot.. CAMPAK...semuanya ke dalam tong sampah... dengan perasan MARAH??? errmm... taklah... dalam keadaan SAYU... SEBAK... di dalam hati berdetik... 'I'M NOT A LUCKY PERSON'.... huk...huk...:(:(...sekejap aje sedihnya tu... yakin... 'REZEKI MASIH BELUM ADA'... think positive... hidup di teruskan lagi... masih tak jemu masih mencari cara untuk menjadikan 'Berfantasi'...'FANTASIKU' itu sebuah 'REALITI'... tanpa jemu... terus 'BERDOA DAN BERIKHTIAR'....





'Fantasi & Realiti'...'Pucuk Di Cita Ulam Mendatang'... berakhir juga 'Fantasiku'...akhirnya... 'Fantasiku' ingin menjadi seorang 'Novelis' menjadi 'Realiti'... berkat doa dan tidak pernah berhenti berikhtiar.... maka... di hujung namaku bertambah dengan gelaran... 'NOVELIS'... SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIS... sendiri yang tambah ekk.. bukan 'Gila Glamour' Tetapi penghargaan buat diriku sendiri... 'Fantasi' ku ingin menjadi terkenal macam 'model majalah'... akhirnya menjadi 'Realiti' masuk juga di dalam majalah MINGGUAN WANITA... berkisar tentang penulisanku... (walaupun bukan jadi model 'cat walk' hehee...)
Selang beberapa tahun... 'Fantasiku' teringin nak jadi 'PRAMUGARI' ingin terbang di awan biru tak kesampaian... Tapi... kali ini aku 'Berlayar di Kaca TV' secara 'live'...
TV RTM 1~Rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 22hb Julai 2010~Ditemuramah oleh Tuan Ramlee Awang Mursyid~Karyaku yang bertajuk ~ SERIBU RINDU UNTUKMU~ Syukur ALHAMDULILLAH... Syukur kepada YANG MAHA ESA... sedikit yang 'KUFANTASIKAN' namun... berlipat kali ganda 'BONUS' yang di KURNIAKAN OLEHNYA... SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGASIH, ALLAH MAHA MENDENGAR. SETIAP DOA BERSERTA IKHTIAR DAN TIDAK PERNAH PUTUS ASA... INSYALLAH KEJAYAAN AKAN MUNCUL DI HADAPAN KITA SEMUA, YAKINLAH~WALLAHUALAM~






SHARING IS CARING :
'FANTASI & REALITI'... angan-angan itu perlu... tanpa angan-angan, kita akan hidup tanpa 'MATLAMAT'... dan ingat... angan-angan yang tidak di usahakan untuk menjadi 'Realiti' akan terbiar begitu sahaja, Akan menjadi... 'FANTASI' yang TAK PASTI'... renung-renungkanlah... always think positive, sucikan hati buang yang keruh ambil yang jernih, Kisah lalu, jadikan sempadan buat kita berjaya di masa hadapan. Insyallah ~Wallahualam~

**akan ada lagi topik menarik, kisah tentang
'Me, My Novels, My Dreams, My Missions, My Story.... INsYALLAH... jangan jemu ekk... al-maklumlah Shasha ni suka bercerita... kiranya Excersize Otak dan Mulut. hehhee... you take care, muahhh..:)