TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Thursday, February 17, 2011

AKTIVITI PRINCESS NELLYSHA SEPANJANG CUTI SEKOLAH CHINESE NEW YEAR

AKTIVITI PRINCESS NELLYSHA
 
SEPANJANG CUTI SEKOLAH CHINESE NEW YEAR
NELLYSHA DAN TISHA (HER BEST COUSIN)

Huah! sebenaunya dah lama nak share aktiviti dak kerempeng my beloved cililiput tu ekk.. tapi banyak sangat yang akok nak update.. maklum ler... ada 6 blogs yang berlainan kategori.. hah! blogs ni akok sayang sangat sebab apa tau.. sebab tempat akak luahkan perasaan akok ni di kala bengang atau pun sedang di lamun cinta! ahakz! tebiat ke hape! anak dah besau panjang.. lagi 3 tahun anggornya dah bercucu dah akok ekk.. bukan anak akok si kerempeng tu ler....

Hah! nak bercerita ler ni sikit.. lagi pun dah lama tak share cerita pasal dak kerempeng tu ekk.. kalau nak cerita tiap hari pasal dia tu rasanya boleh benau.. sebab cik kerempeng tu tiap hari ada jerk cerita dia ekk.. tang merajuk tu akok malas nak cerita.. jemu dah hehe.. macam-macam tang... punya.. tang!!! ler kalau nak citer pasal dak kerempeng tu ekk.. tapi bagusnya sekarang nak snap gambor.. dengan bangganya dak kerempeng tu akan tunjuk giginya yang tak de sebatang tu ekk.. Syukur ALhamdulillah.. terima kasih ALLAH..:):)
JOM!! KITA JENGAH APA LER AGAKNYA AKTIVITI DAK KEREMPENG DENGAN BEST COUSIN DIA TU EKK..  sepanjang cuti raya cina hari tu bersama... DAK TISHA... 

cuti sekolah aje... memang Tisha akan di jemput khas datang ke rumah dak kerempeng ekk.. FuHHhh.. lega kalau Tisha ada, dak kerempeng tak ler tunjuk belang haha.. yer laa orang tak de kawan.. nak kawan dengan abang dia yang dua orang tu??? ajak main barbie doll??? dah kenapa??? siang-siang Abang purak-purak sakit gigi.. hahaa.. (tak payah lawan bercakap dengan dak kerempeng...)

"Hah! buat apa tu???"
mesti itu yang akok akan tanya ekk.. ni kat living hall tingkat atas.. cian Neng Noyok, sepuluh kali bebudak tu main kat situ.. 11 kali dia dok mengemas! ish.. ish... gaji naik cuti sekolah ni ekk.. Neng Noyok.. alolololoooo....

 "main-main jerk..."
tulah jawapan dak dua orang tu ekk.. huh! kalau senyap jerk tu memang nak kena cek!
pernah dia main kaler water habis abang2 dia punya oke!
dan A4 akok habis 1 rim oke!!
memang tak boleh di diamkan.. ish.. ish..
 Olololoolooooo.... bagusnya anak momma... lekanya bermain... kusyuk aje ekk.. aman dan damai..
macam ni akok suke! tak buat bising pun ya..
 main dam ular yoUUuu... baguskan! aktiviti lapang di isi dengan bermain dam ular!
ala-ala mengular aje gituh! heeheheee
LEPAS TUUUUUU!!!! LESAP!!! DAM ULAR DENGAN DADU HENTAH KE MANA!
DIANYA DAH LESAP TANPA KHABAR...
Jap-jap lagi tengoklah... lepas aje neng noyok mengemas... kang.. kang.. kang...
 HUH! tengok dah timbul lagi... menyepah lagi hehee... main Doll house pulak.... yer ler nak aii..
cuti sekolah yer nak....
 terlentang.... terduduk... mengiring.. memacam gaya ada!
kusyuk punya pasal.. makan pun kat situ oke!
hmm..... korang tau tak... ingat lama ke kalau dak dua orang ni bermain???
setiap satu permainan yang dia orang main... paling lama 20minit!!! itu paling lama.. 
lepas tu lesap!!!
 HUH! ni main apa pulak ni????
yang sorang mencangkung, yang sorang berdiri????
yang sorang warning "Tisha jangan tengok camera!!!"
yang sorang tertoleh!
"main apa tu??????"
tak berjawab ko!
akok musykil oke... akok kalau dah pegang camera jangan harap akok diam camtu jerk ekk...
 akok follow aje dia berdua ekk.. ehhh.. lagi dekat kita datang... lagi laju dia berjalan..
yang musykil tu bergandingan plak tu!
pastu siap gelak-gelak!
akok gelak jugak! ekk.. walaupun akok tak tahu apa yang di gelakkannya! ahakz!
 "stoppp!!!!!!"
akok tahan oke!!!
akok nak tengok hape kene dengan dak dua orang ni ekk...kena bisul ke hape???
 aADEHHH.... DEHHHH.... dehhh...................
main ikat tali kat kaki oke!!
akok gelak macam nak rak!
tak sangka anak-anak akok kreatif!
lepas gelakkan.. mata akok terus terjojol oke!!!
TUALA GOOD MORNING!!! KAIN LAP PINGGAN MANGKUK AKOK OKE!!!
GRRRRR......................................RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR.............
 pastukan....
 ada ler sesaat... diamnya... ehh... ehh... main celah kerusi tangan gergasi pulak ko!!
berpusing! terpusing! main celah ala-ala kepala terselit celah jari gergasi!!!
memacam peel dah!
gasak ler nak.. cuti sekolah yer nak.. yer lerrr.. main ler celah jari gergasi tu ekk....
 hahaha... pat ni memang i gelak sakan!
Abang amin telah terjebak sama!!!!
terpaksa turun padang!
main apa lagi????
 MAIN LEGO OKE!!! KREATIF! MEMACAM YANG DAK DUA ORANG TU CIPTA..
ABANG AMIN PUN.. TAPI ni cerita dak dua tu so Abang Amin punya hasil tak leh share hehe...
main.. tu main ler yer tak...
YANG AKOK GERAMMMMMMMMMMMMM TU.............. SIAP LER! 
lepas tu kalau nak berjalan lalu lalang kat situ mesti..........................
"ADOIII!!!! SAPE BUAT SEPAH LEGO NI????!!!"
malas akok nak taip lagi..
akok geram-geramkan...
 hah! meh main pepondok real punyer dengan Momma ekk..
akok ajak dak dua orang tu main pepondok you!
akok buat pulut serunding.. dak dua orang tu tolong tekan pulut kat acuan ekk...
hasil memang bagus!!! kemas dan tak bersepah!
tapi...
tapi....
tapi....
tapi....
tapi....
 yang tak tahan tuUUuuu....
KERJA 10 MINIT JADI 1 JAM!!!
aduhaii.. sabor aje ler ekk....
tapikan..
tapikan....
tapikan..
tapikan...
tapikan....
tapikan....
tapikan...
SEBENAR-benarnya akok sikit pun tak kisah ekk...
kekanak memang suka bermain... main.. main.... aje yang ada kat kepala kekanak tu ekk
masa ni ler otak mereka berkembang pesat dan ada aje idea MENAIKKAN DARAH AKOK! MEREKA EKK.. EKK...
moral of the story.. biarkanlah anak-anak kita yang masih kekanak tu bermain apa yang mereka suka... sokong mereka... pantau mereka setiap masa... jangan biarkan mereka bermain tanpa di jengah ekk.. kang ada yang penuh cat kat dinding ekk.. ala-ala lukisan abstrak lagi you... waktu cuti... bagi peluang mereka bermain... waktu belajar.. belajar... Insyallah.. jika kita fahami jiwa mereka... mereka juga akan memahami apa kehendak kita ~wallahualam~

sekian....
bersambung..............

shahriah abdullah novelis

Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL ~ KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W

 ASSALAMMUALAIKUM... 

KEPADA SEMUA SAHABATKU... SEGALA ISI DI DALAM TEKS INI TELAH KU AMBIL DARI SEBUAH SUMBER... AYUH KITA KENALI LEBIH DALAM LAGI.... NABI MUHAMMAD S.A.W... NABI JUNJUNGAN KITA.... (SELAWAT KE ATAS NABI....)

Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sebahagian dari siri berkaitan Allah-eser-green.png
Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p  b  s

Khat membentuk nama Muhammad
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107



"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

[sunting] Masa remaja

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

[sunting] Berumahtangga

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

[sunting] Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

[sunting] Kerasulan


Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

[sunting] Marhalah dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
  • Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
  • Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
  • Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

[sunting] Thalabun Nusrah

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
  • Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
  • Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

[sunting] Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

[sunting] Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

[sunting] Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

[sunting] Pembukaan Kota Makkah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

[sunting] Meneladani perbuatan Rasulullah

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:
فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

[sunting] Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

[sunting] Kronologi perkembangan Islam

Tuesday, February 8, 2011

TAK RUGI BERBUDI PADA TANAH KACANG BENDIRKU MEMBUAHKAN HASILNYA PART 5

 

TAK RUGI BERBUDI PADA TANAH
KACANG BENDIRKU MEMBUAHKAN HASILNYA PART 5
Wah! tetiba terasa macam Ah So pulak akok kali ni ekk.. apa taknya.. dah masuk PART 5 YouUU!!! sayu pun yer jugak! apa taknya.. pokok kacang akok dah habis dah! dah tak membuahkan hasilnya! tapi kini tidak lagi hhuhuhuu... pokok kacang bendir akok dah berbuah... tu gambar kat atas tu.. wah! bunganya kemain lagi ekk.. beberapa minggu lepas akok amik gambar kacang bendir tu tengah berbunga dan berputik... cenonet aje tau masa tu.. dalam hati berkata-kata ler jugak ekk.. "WAH! SIHAT BENAU POKOK KACANG BENDIR AKOK NI TAU! KENIT-KENIT @ KERDIL PUN DAH BERPUTIK! MESTI POKOK AJAIB TAK??!" wah gitu ler lebih kurang hati akok ni berkata-kata ekk... tiap mesti datang menjengah oke! dalam hati berkata-kata lagi "APA APEK TU SALAH BAGI BENIH KE?? APASAL KEMETOT AJE POKOK AKOK TU EKK???" nak kata tak siram... siram! ahhh... dalam hati berkata-kata lagi... "IKUT TUANNYA KOT!" rendang aje.. kecik-kecik cili api gituh! cewahh Up! Up! sendiri ni.... pastukan...


wah... dah mula keluar tu.. cenonet jugak ekkk.. yer ler.. ikut tuannya hehe.. bukan sepokok dua oke yang bdah keluar cenonet cam gitu... jap ek... tu.. tu...
TU... dia.. tertenggek! bakul sakti akok tu oke! daun-daun pokok kacang bendir akok tu rosak di makan serangga oke! akak tak marah pun tau.. akok tak buh racun serangga.. akak kan pemegang motto.. 'SHARING IS CARING' makanlah wahai serangga.. makanlah... GRRrrRRRR.... kui.. kui...
selang beberapa hari kan.. wah! wah! cewah! cewah! akok punya kacang bendir dah besau oke! besau ke hapernya!!!!! dah keras kejung ko tahu tak!!! akok mana ler tahu... biasanyakan kacang panjang tu kan panjang sejengkal! akok nunggu ler dia panjang sejengkal! keh.. keh.. pun akok tak marah pun tau.. neng Noyok akok lagi ler suke! apa taknya lepas tu dia boleh buat benih! aje memang tauu! hehe... pun akok tak marah! akak senyum jerk tau... tau.. ekk... ekk..
pastu akok pun snip! snap! ler... wah! gaya mesti lebih oke! hehe... elo... elo.. akok kalau ke kebun tu ler jaket akok oke! sebab tak nak kena gigit nyamuk oke! kali ni akok tak pakai topi sebab tak panas.. kalau hujan akok pakai baju hujan! hahaa
tu pun nak beritahu ke shasha????
beritahu ler sharing is caring oke!
 yer.. yer.. arr.. akak memetik kacang bendir akok yang senonet tu ekk...
pastukan...
tu dia.. sempat lagi akok petik sayur peria katak! tak ler banyak ada ler dua biji terkonteng-konteng!
tapi banyak ko buah peria tu tergantung-gantung! akok suke dan teruje yOu!
TU! TU! gambar akok menggayakan kacang bendir akok tu..
dah nama omputehnya LADY'S FINGER!
amacam??? ada gaya tak??? hehee...
mengader ler ko sha!
sharing is caring oke!
pastukan...
habis aje togel ku kerjakan pokok kacang bendir akok yang cinonet aje buahnya tu kan.. kan..
akok pun terkedek-kedek ler macam itik pulang petang!
kwekk... kwekk.. kweekk...
apa tu sha???
kengkonon bunyi itik!
hehehe....
gambor yang akok paparkan tu eksklusif oke!
tolong jangan tenung lama-lama oke..
pastukan...

HAH! tu lah dia hasil tangkapan akok oke! akok nak masak sayur yang fresh idak tu...

masak apa shasha???

masak apa???

okay! jangan lupa jengah di blogs resipe kesayangan i tu ekk..

nanti bila i masak sayur kacang bendir i tu... i share resipe dengan you all semua..:):)

My KitcHeN, My ReSiPe My CooKING

okay nanti akok share lagi ekk.. ekk..

sayur apa pulak lepas ni????

tunGGUuuuuuUUUUU!!!

TATA!!!


Friday, February 4, 2011

TAK RUGI BERBUDI PADA TANAH SAYUR PERIA KATAKKU MEMBUAHKAN HASILNYA PART 4

 
TAK RUGI BERBUDI PADA TANAH
SAYUR PERIA KATAKKU MEMBUAHKAN HASILNYA PART 4

Wahh... wahhh... cewahhh.. cewahhh.. dah masuk PART 4... part one.. pasal pokok kacang panjang.. part 2 pun pasal kacang panjang yer ler sebab buahnya panjang heheh.. part 3 pasal Petolaku yang dah ku masak bening jam tu gak hehe.. now dah masuk PART 4.. pasal peria katak pulak ekk.. ni yang musykil ni.. apa ke nama pokok sayur tu namanya peria katak???????? tertanya-tanya puas ku belek.. yewww.. telah ku temui jawapannya.... kulitnya tu yang menggertu macam katak YEWWWWWWWW... geli akok!!! yek ele... ko cekik jugak ko shasha ekk.. hehhee.. akok suke makan sayur oke! petua nak awet muda! 
meh! meh! akok bawak kengkawan semua kekebun akok kat belakang pintu dapur tu jerk ekk.. kita petik sayur peria katak jom!!!
tu dia... pokok peria katakku yang segauuuUUUUuuu... wah! siap berbunga-bunga lagi tau.. maka akan banyak ler buahnya tu nanti ekk.. akok suke! 
suke!
suke!
suke!
'TAK RUGI BERBUDI PADA TANAH...'
lagi ler akok suke!
suke!
suke!
suke!
bila tiba pat memetik tu ekk..
wah! bukan akok aje yang teruja tauu...
tu.. tu.. tu..
anak dara akok yang kerempeng si princess nellysha tu pun turut sama teruja ekkk.. ekk..
anak akok yang berbulu tu lagi ler... comey aje dok posing bawah pokok kacang panjang akok yang dah nak gol tu huk..huk..huk...
 tapi kesedihan akok tu tak ler berpanjangan.. lepas tu pokok peria akok pulak boleh di petik ekk...
petik aje buah peria katak tu perghhh.. apa lagi akok gulai ler... jam tu gak!
sedap ko fresh jerk tauu...
kalau nak resipe sila jengah di blogs akok yang satu lagi tu ekk..
mudah dan menyelerakan!
 OKAY.. nanti akok share lagi dengan you all ekk... kisah 'TIDAK RUGI BERBUDI PADA TANAH PART 5.... kali ni.. pokok KACANG BENDIR AKOK PULAK OKE!
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis menulis sesuatu....