TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Wednesday, May 9, 2012

Kenangan Di MasterChef Part 5


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. ya bertemu kembali kita dengan kisah dan kenangan sepanjang berada di Gelanggang MasterChef Malaysia...

Mintak maaf ler bebanyak sebab dah lama blogs i ni tak berupdate.. Al-maklumlah semenjak dua menjak ni sibuk sangat... so bila ada kelapangan sedikit ni... semestinya akan i sharekan pada semua.. tak giteeww.. don't worry kepada sesiapa sahaja yang follow kisah i di MCM tu... jangan risau.. ada lagi sejuta BAB yang nak ku ceritakan! perghh.. mungkin kalau cenggini punya cara masukkan N3 sebulan sekali.. mungkin tahun 2020 baru tamat! mintak-mintak ALLAH SWT panjangkan usia i dan berikan kesihatan yang baik.. so dapatlah ku tamatkan kisah sepanjang di MCM tu yaa...


Okay N3 kali ni i nak share dengan you all kisah masa i bertarung di dapur rumah seorang celebrity yang tak asing lagi.. ya pandai... yang pakai apron tu dah semestinya i.. hehehh sebelah i tu Chef Ridz... dan sebelah Chef Ridz tu pulak...suami kepada Sazzy Falak... *psst nama suami dia i terlupa!* ampun hahahahaa...


Masa ni baru tiba dan kami berbual mesra dengan tuan rumah.. Sazzy memang peramah dan sesiapa yang cakap dia sombong tu.. anda tersilap besar.. sangat baik dan lemah lembut sahaja bicaranya. Dan beliau sangat cantik.. comel dan kecik aje.. tak sangka ada baby girls kembar lagi hokeh! comel naa.. sorry gambar tak dapat i nak share.. :)) kalau teringin tengok ajelah dalam majalah ekk... pastu kan... Rumah Sazzy memang cantik.. masa tu i kena interview.. wartawan tanya.. cantik tak rumah Sazzy.. dan i jawab dengan jujur.. i suka toilet dia.. cantik naa.. tak caya pergi ler tumpang toilet Sazzy kalau nak tahu hehhehehehhhh...



Nampak tak yang duduk berderet dan secara berhimpit tu??? yaa... dari kiri Abang Wahidan, Daniel, Amitha, Leena, i dan Deena... apa yang kami bualkan masa tu... apa yang Sazzy Falak dan keluarganya terhingin nak makan dan apa yang masakan yang sememangnya beliau dan keluarga gemari... Ingat tak lagi masa tu Challenged yang kumpulan merah dapat?? Yaa.. French Cousine...


i selaku ketua kumpulan merah telah mengaggihkan tugasan mengikut kepandaian kengkawan i... so agih secara adil dan saksama.. tak ada pilih bulu dan tiada paksa memaksa... secara sukarela yaa.. dan itu memang cara i... kerja is kerja...:))


leka dengan tugasan yang di berikan.. dan i sentiasa memantau kebersihan... itu memang amalan i sejak dulu... nampak aje i riuh dan suka gelak.. tetapi jika sedang melakukan tugas.. i am a very serious person...:))


sentiasa berkerjasama... me and Deena..:))


me and Daniel..:))


Chef Ridz sentiasa memantau.. nampak tak cameraman yang terjulur-julur tu.. hah! jangan laa nak mengelat! ada 3-4 cameraman yang sentiasa memantau apa yang kami buat hokeh..:))
Jika ada yang tanya.. Kekok tak sha berkerja depan camera??
Jawapan jujur dariku... Semestinya tidak.. dah terbiasa... 24 jam depan camera! 5 bulan lebih hokeh di hadap dan di kelilingi oleh cameraman.. kacak pulak tu peh! hahahhaha


Masa plating tak boleh ramai-ramai.. pendek cerita kalau sorang buat plating.. sorang tu jelah... tak nak nanti hiasan atas pinggan tak sama.. lagipun sebab tak banyak.. kalau ramai yang makan memang 2-3 orang yang akan bantu buat plating.. nampak tak tangan i tu... wahhh... kononnya.. cewaahhh

Okay lebih dari tu i tak nak cerita.. rasanya semua ada tengokkan apa yang berlaku selepas itu??? kelam-kabut sedikit.. tapi i dan kengkawan maintain cool.... i love my friends...:)) cayang kat semua yang terlibat masa episode di rumah Sazzy Falak... hanya kami sahaja yang tahu apa yang berlaku... kenangan manis yang tidak mungkin kulupakan sampai bila-bila....


Okay sambung cerita sikit lagi.. al-maklumlah setiap hari sentiasa ada jadual shooting tidak pernah tidak.. kalau ada cuti sehari pun.. pagi ada interview so masa rehat sangat terhad... ni nak cerita ler ni.. you all tahu tak.... kan tiap-tiap hari shooting... so bila malam balik dah penat, selesai semua tanggungjawab tu terus ler merehatkan badan.. terus ler terlena..... bila terjaga tu kekadang tu tengah malam *walaupun kami selalu balik lewat pagi* mesti terjaga dan terbayang-bayang camera dok beratur depan mata i hahahhahaa.. wahh dalam kelat-kelat mata tu kan.. sempat gak senyum.. kengkonon depan camera! hadoii itulah kenangan manis yang tak dapat lupakan... sehinggakan bila dah balik rumah tu pun kan.. dalam seminggu tu masih lagi terjaga tengah malam.. dok ingat tengah shooting dan ada cameraman banyak naa depan i... wahhh.... giteeww... sekarang tidak lagi! hokey..:)) segalanya telah kembali normal!! Syukur Alhamdulillah.. HoraYYYY!! << poyo!

Sambung lagi nanti ekk... bagi i fikir nak masukkan N3 apa.. lepas ni.. so tunggu!! Salam ceria dariku.. muahzzz..

TATA!!

Thursday, April 26, 2012

Kenangan Di MasterChef Part 4


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua... terima kasih kerana masih sudi bertandang di blogs luahan hatiku ini ekk.. yer masih lagi di bawah tajuk... Kenangan sepanjang berada di MasterChef Malaysia.... 

Masih banyak lagi yang belum i kisahkan.. banyakkkkk sangat kisah pahit dan manis sepanjang berada di sana tu ekk.. so macam biasa.. i pilih gambar yang ada dalam simpanan i.. sila maklum.. gambar agak terhad kerana hari terakhir baru kami semua dapat bergambar dengan kamera memasing... so gambar kurang jelas dek kerana kami semua masa tu terlalu gembira sakan! so gambar agak blurr dan kelam kabut hahaa... mau tak suka! dah tamat ler katakan.. tamat segala ujian sepanjang berada di Gelanggang MasterChef yer tak...Syukur Alhamdulillah..:))


Kenal tak siapa yang berkepit dengan i kat atas tu??? siapa yang tak kenal yer tak?? Yaa Ary Malik.. seorang pelakon yang sememangnya dah terkenal dan tidak perlu i kenalkan lagi.. tapi beruntungnya i kerana  dapat berkenalan mesra dan untuk pengetahuan you all.. i dan Ary Malik.. i panggil Ary Kak Ary.. so i dan dia memanglah paling rapat di dalam gelanggang MCM... kami tidur sebilik.. sekatil.. berkongsi bilik air.. dan bilik yang kami tinggal tu perhhhhh.. besar, luas dan bilik airnya pun... besar... dan yang beruntungnya hanya kami berdua sahaja yang guna toilet tu okeh..*Master Bedroom* di mana terpaksa i rahsiakan.. hehee...


Di mana-mana challenge kami sentiasa bersama.. secara kebetulan.. so susah senang bukan sahaja sebagai rakan sebilik.. tetapi rakan seperjuangan semasa bertarung di dalam MCM... 

Kali ni i nak cerita tentang kisah seram! memandangkan blogs luahan hati i ni semakin ramai yang sudi add.. terima kasih teman semua yaa... muahhzzz..


Ary Malik & i di kacau hantu!!!


Hah! tu diaa.... bukan gimik dan bukan cerita karut! ini memang kisah benar dan sebenarnya.. Insyallah tidak akan ku tokok dan tidak akan ku tambah sikit pun ekk.. so sila betulkan tempat duduk anda semua.. yang mana penakot tu... sila ler baca di waktu siang... jangan lupa ambil wuduk!


One day... masa tu dah pagi... kami semua balik lepas shooting tu mesti akan pulang dan tiba ke rumah selalunya paling awal pun jam 1 pagi! selalunya 3-4 pagi pun ada! korang tahu tak! masa tu you all sedang nyenyak tidur.. dan mungkin juga kepenatan dok mengomen kat laman Facebook MCM  << Masterchef Malaysia>> short form MCM oke.. hehehee...so now you tahulah MCM tu apa ekk... macehh...

So tiap kali lepas shooting tu kami akan pulang dengan keadaan stress dan kepenatan yang sukar nak i ceritakan di sini.. tu lain episod i cerita ekk...

Bila balik aje.. samada i akan mandi dan solat dulu.. ataupun Kak Ary yang akan mendahului i hahaa.. so kami memang sentiasa bertolak ansur...bukan yang macam you all tengok kat tv tu... nampak macam berparapppPPppp manjang.. kami semua okeh! di tegaskan okeh! drama aje tu ekk. bagi you all menghadap depan tv pastu.. buh komen best2 belaka  kat wall FB MCM...:))

Siap aje mandi, solat semua tu.. macam biasa dok ler bersembang dulu... dok gelak! tak pulak melalak ekk..padahal bila nampak katil.. kami memasing mesti teringat kat keluarga... so... bila nak tidur tu... sembang sambil baca buku.. Kak Ary nak tidur mesti pasang lagu kat telinga dia.. memacam lagu tau.. kekadang tu i share jugak sebelah earpeace.. bila lagu sedih malas nak ku dengor takut sedih.. giteww...

So masa tu i tengah nyenyak tidur... ZZzzzz... Kak Ary tetiba kejut i! goyang2 badan i macam nak rak! i pun terkejut... "Why??" "Sha boleh tak tolong baca ayatul Kursi??? please.. tolong kak Ary.." i yang dok terpinga-pinga ni dok ler membaca... cuak jugak.. tapi takut nak tanya sebab nanti i pulak yang suruh kak Ary bacakan tepi telinga i hahaha... *Kak Ary full moon masa tu ekk* so i pun bacalah...

Esoknya... bila dah tiba kat lokasi shooting.. i pun tanya kak Ary kenapa semalam tu??? so dia pun cerita.. dia cakap ada seorang perempuan dok usap tangan dia... dan tarik tangan dia.. ajak keluar.. mula-mula muka manusia.. lepas tu... muka... Huargghhh.....dan bukan sekali kena kacau! banyak kali dan kali heeeeiii seram!! << takut nak taip sebab masa i masukkan N3 ni dah jam 2 am okeh.. i pun tak tahu hentah apa tebiat boleh pulak i pilih N3 merapek tapi benar ni ekk.. so lepas tu.. i pun mulalah cuak aje bila balik kat bilik tu... i ni memang raja segala penakot!!!


So kisah tu berlalu macam tu aje... sampailah one day tu.. masa tu i masuk dalam toilet... nak cuci baju... tengah dok cuci-cuci baju tu kan.. tetiba i ada dengar suara anak kucing mengiau.. i buat bodo aje.. tak ku pedulikan sebab masa tu siang hari..so i tak TAKOT PON! heh! cuci ler cuci lagi.. ehh.. makin kuat bunyi anak kucing mengiau... i tutup paip air... so telinga ni dok ler mendengor... betul ke bunyi anak  kucing???

Miauwwwww.... Miauww.. ehh.. betullah bunyi anak kucing! i dok teliti.. masuk kat dalam bilik tidur i ke ekk???? i bukak pintu.. tak ada.. so i sambung cuci baju... bunyi lagi anak kucing... peh! masa tu... i tutup air.. ku tinggalkan jam tu gak! korang tahu bunyi anak kucing tu kat mana????? atas siling!!!! dok kat atas kepala i dalam bilik air tu.. dan bilik air i tu tak ada siling!!! tapi batu! sebab dua tingkat!!! Huargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....<<<kisah bersambung.... sekarang ni masa i menaip N3 ni dah pukul... 2:15am so.. i takot! tunggu siang nanti i sambung lagi.. rasanya kisah seram ni.. sepanjang pengalaman i di sana tu.. lebih dari 10 bab! so tunggu!


Tu gambar atas tu... hari last! i dengan make-up artis i... Elise namanya.. cute... dan dia menangis masa i tersingkir hahaa.. dia nangis i dok gelak ala-ala noty! ko... mau tak suka dapat jumpa keluarga tak giteeww...

Sambung sikit aje ekk.... baju yang tak siap kucuci tu.. akhirnya kami yak ni... Shahriah dan Ary Malik telah mencuci baju secara beregu di dalam kamar mandi itu hokeh!... sekian bersambung...

TATA!!

Thursday, April 5, 2012

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA ~ 3

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA
PART ~ 3


Assalammualaikum... okay dah tiba Part 3 dah yaa.... agaknyalah kan kalau i dok masukkan N3 sepanjang di MCM rasanya sampai Part 300 pun tak habis cerita lagi hehee... tak per... i akan cuba share story dengan you all sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit... 

Okay kali ni i edit beberapa keping gambar.... masih dengan baju yang sama hehehe.. hari tu i dah ceritakan.. masa hari akhir baru boleh snap gambar.. so sila ingat sampai bila-bila eyerkk... okay pilihan i kali ni gambar... ermm... okay i pilih yang ni lah...


Kenal tak siapa tu? hehhe.. tu ler Chef Zubir.. comel aje orangnya.. rendang tak berbuah gitewww... hidung dia bulat terletak.. rambut boleh tahan banyak *syyy... baca pelan-pelan nanti Chef dengar* peramah orangnya... loghat memang kedah mai ekk.. ehh Kedah ke Perak Ekk??? adoyaii i ni bab loghat memang tak teror hehheeh.. kalau Chef Zubir baca N3 i ni aje memang ekk.. hi! Chef! How are you???  tetiba kan kan... hahaha...

Okay Chef Zubir adalah salah seorang Chef Fav i.. sepanjang berada di MCM... orangnya bolehlah tahan peramah... suka buat kelakar... suka ketawa... sekali dia gelak sampai meleleh air mata! ingat kes Imelda masa Hui Ting tersingkir tu hahhaa.. masa tu Chef siap cakap.. "Janganlah depa dok keluaqkan shoot masa i nangis tu" hah! tu diaa.. sekali keluar ko! masa tu kita orang gelak macam nak rak! tu belum lagi kes masa i masak 'PUDING ROTI CINTA' hahaha.. ingat lagi tak you all???


Hah! gambar kat atas tu.. tu lah kenangan masa i buat PUDING ROTI CINTA... aduhaii pengsan!!! kalau di ingat-ingat sekarang ni tau.... gelak sampai tergolek masa tengok episod tu... perghh.. tak sangka betul i sungguh berbakat!!! hahahaa

 yer masa tu i dok kona baring, pusing sana sini.... cerita pasal puding roti CNTA.. sebab nak cover story puding yang HANGUS! tu ekk.. nak tahu pasal apa?? pasal i takut kena tengking dan marah dengan Chef ler hahaha.. so sekarang korang tahulah yerk... hentah macam mana i boleh dapat idea nak kona sampai macam tu sekali pun tak tahulah aduyaiiii... hmmm... tapi yang you all tak tahu.. sekarang i bagi tahu.. masa Chef tengah bagi komen tentang 'PUDING ROTI CINTA' i yang hangus tu kan kan.. Chef Zubir gelak sampai keluar air mata okeh!!! masa tengah shoot tu terpaksa CUT! sebab Chef Zubir dok gelak dan mintak tisu! muahahaa.... tak sangka kan.. sampai cenggitu sekali kehebatan dan penangan 'PUDING ROTI CINTA'. Kengkawan yang lelain macam mana??? mau taknya.. satu MCM Kitchen gamat dia orang dok gelak! cett... i pulak macam mana??? i tetap maintain cool.. mujur tak kena tengking masa tu! muahahahha... masa tu... i jerit kuat-kuat dalam hati... YahOooooOoooo.. tak kena marah.... tapi kan kan....

Jangan cakap banyak!!! hambik ko apron hitam!!!! Apron penyingkiran muahahhaa... ehhh.. tak per.. i memang suka pakai Apron hitam.. korang ada??? muahahaa.. aduhaiii.....


Hah! satu lagi nak story ni kat you all....


Tu... bila kena panggil kat depan tuuu... ingat lakonan ke??? hahaha.. ketaq lutut oke... apa yang Chef komen positif ke negatif ke.. ko masa tu hangguk dan geleng ajelah yaaa... jangan nak tunjuk ko lebih pandai atau bagi alasan yang memang tak masuk dek akal! kang aje memang kena ler jawabnya! Jangan memain nampak aje Chef Zubir tu comey tomel naa.. sekali dia tengking!!!! pengsan korang tau tak!!! 


Okaylah tu kan kan... pengalaman yang orang lain tak ada.. tapi i ada.. korang ada??? hahaha... apa pun nak ucapkan jutaan terima kasih buat Chef Zubir yang selama berada di gelanggang MCM tak jemu memberi tunjuk ajar dan komen yang sungguh memberangsangkan.... tq so much CHef!!! *sambil tangan tabik hormat kaki hentak kuat-kuat* pengsan tahap 6!!

Sesiapa yang teringin nak merasa air tangan Chef Zubir bolehlah datang ke Restoran Beliau yang bertaraf 5 bintang!!! klik sini untuk info yaa.... >>>LAMAN GRILL silalah buat tempahan... Restoran Fine Dining yaaa... bukan ala-ala gerai mamak biasa kita makan tu okeh... terbaik i tell you... ehem! i pun belum lagi ke sana... Insyallah akan ke sana satu hari nanti ya Chef! jangan lupa bagi diskaun hebat! errr... Free tak boleh ke Chef??? dah tolong promote ni hehhehhhhh..... *senyum malu giteewwww*

Okaylah.... nanti i sambung cerita... bagi i edit gambar dulu yaa...:)))

TATA!!!

Monday, April 2, 2012

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA ~ PART 2

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA
PART ~ 2


Assalammualaikum... okay hari ni ada free sikit so i try nak update blogs luahan hati i ni ekk... masih lagi dalam episod kenangan manis sepanjang berada di gelanggang MasterChef Malaysia..:)))

Macam ni ajelah ekk... dalam simpanan i ada banyak gambar.. so i akan pilih dan story secara rawak.. mana yang teringat yang tu lah yang akan i story mory kat you all.. suka ke tak ni??? kalau suka tepuk tangan.. hehhee... okay kali ni i sempat edit beberapa keping gambar sahaja... next time bila ada kelapangan i edit banyak cikit oke...:))


Mintak maaf lah yerk.. gambar balik-balik baju tu jugak muahahaa... apa taknya... hanya bila dah hari terakhir barulah dapat ambil dan bawa camera... kalau tidak sepanjang berbulan di dalam gelanggang MCM tu... jangan haraplah ko nak pegang camera! hp ke.. lappy ke... berinternet ke... apa ke... tengok chanel astro ke.. jangan ko mimpi!!! segalanya tak ada! dalam erti kata segala kemewahan yang ko ada selama ini di rampas secara aman... muahaha.. so you all bayangkan ajelah yaa.. betapa seksanya kami tanpa kesemua 'kemewahan' yang kami ada selama ini... huk.. huk... 

Okay gambar kat atas tu siapa yang tak kenal yer tak??? Abang K.. yer sangat terkenal dengan kokokan ayamnya di gelanggang MCM... bukan sahaja berkokok! mengembek! mengaum! ehhh... pendek kata segala macam bunyi menatang Abang K pandai bunyikan.. guna muncung dia ekk.. terangkat gitueeww... yang pelik tu bila dia berkokok.. gigi tu dia ketap! puas ku cuba.. ehhh yang terkeluar hanya bunyi.. Ssssss.... Ssss.... hahahahahaa...

Abang K kami anggap macam Abang Long kat MCM... kerana dia antara yang paling veteran kat dalam MCM hehehe... dia ni kelakar orangnya.. pandai memasak dan suka bercakap! kekadang tu tak terlayang jugak muaahhaa... apa pun Abang K memang best! sporting habis.. psstt.. dia suka menyanyi kat dalam bas ekk.. suara dia sedap ko! jiwang pun yerkk hahahaa....


Master Class... hmmm... memang menyeronokkan! i love it so so so muchh.... tapi kan kan... kalau you all nak tahu.. bila tengah dok leka dengar dan belajar apa yang chef dok terangkan kat depan tu.. hehhee.. tahu tak.. dalam semua-semua contestant tu i memang terkenal dengan.. 'Mata kUyu' dan suka Ter... Tertido!!! itu adalah kenyataan dan semua kengkawan di MCM tahu... start aje MasterClass... start aje camera shoot... dan i pun start ler menguapppp... pastu kepala tersenguk-senguk! muaahhaa... dalam TV kan ada jugak muka i jelas sangat JUJUR.... tido dan toye dalam class hahaa....

Satu lagi nak bagi tahu ni ekk. tu... tu...


Waahh bukan main tersenyum leborr.. tahu tak korang semua.. kerusi yang tinggi tu.. aduhaiii langsung tidak selesa!!! kat dalam TV cuma tunjuk 1/2 jam atau sejam kami semua bershooting oke... tapi kebenarannya naik sampai 4-5 jam!!!! bersambung pulak dari pagi naik sampai ke malam!!! okeh.. punggung tu kematu!!! pinggang jangan cerita!!! tapi dalam TV wahhh.. sopan betul kami semua duduk di atas keruri itu.... sekian terima kasih...


Terence dan Deena... okay mereka berdua ini adalah antara insan yang palInGGggg rapat dengan i masa di MCM... Tapi kali ni i nak cerita dengan you all pasal cik Abang Terence i tu ekk... especially bila dalam MasterClass... kalau you all nak tahu... Terence adalah my 'SP' tahu tak apa tu 'SP' yer short form for 'Sleeping Partner' okeyy... uishhh kepala tu jangan kelain ekk... Terence tu lah kembor i yang akan tertidur... atas kerusi tinggi.. masa MasterClass hahahahhaa... pengakuan jujur ni okeh! and we always shared all the crazy story... all the time!!!! pendek kata me and Terence kalau berbual aje memang gelak manjangggg!!!

And now Terence telah berjaya membuka sebuah restoran di Sabah di bawal label.. 'Seven Seas' Congrats Terence!!! memang terbaik!!! Insyallah nanti kalau ke Sabah memang akan singgah ke restoran Terence my 'SP'.... please don't tell anybody about my 'SP' tu yer hhaaa... tapi semua kengkawan memang tahu.... and all the crews di MCM.... Start aje shooting.. me and terence as usual.. menguap dan tido sambil duduk! dan kami berdua tetap maintain duduk sambil jari tu pegang pen macam menulis nota.. tapi hakikatnya kami berdua membute!!! secara beregu! muahahaa... *pengsan 100000000 kali!!!!*


Last but not least... gambar terakhir kami bersama.... posing memacam gaya... malam santapan penamat di MCM.. sedih dan gembira bercampur baur... hmm.... ada banyak lagi nak story... nanti i story mory kat you all lagi oke... 

Selamat malam semua.. Assalammualaikum....:)))

Bersambung...............

TATA!!!

Friday, March 30, 2012

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA


Assalammualaikum.... wahh lama dah tak update blogs luahan hati i ni kan... masa tengah dok tengok gambar lama-lama sepanjang berada di Gelanggang MasterChef Malaysia.. tu hati terpanggil untuk berkongsi cerita kepada semua... Pencapaian terbesar di dalam hidupku... begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan di MasterChef... hati terpanggil untuk berkongsi cerita... kalau tak di jadikan @ di bukukan di dalam blogs i ni kan alamatnya cerita dan kenangan manis sepanjang berada di MasterChef akan terus terkubur begitu sahaja... takut terlupa... lebih baik ku kongsikan kepada semua...:))) 

Hmm... hampir 4 bulan dah meninggalkan Gelanggang MCM... kenangan manis tetap terpahat di hati ini... setiap kali celik mata dan setiap kali berdoa di atas sejadah menghadap ILAHI.. kenangan itu sentiasa berlegar-legar di ingatan ini... aduhaii ini apa kes ni ekk.. ala-ala gitukan... hahaha... okaylah... biasalahkan nak bercerita kisah lalu tu mestilah perasaan sayu dan sebak sentiasa bermaharajalela di hati ini... tak tahu mana nak start ni ekk... Okay macam ni.. i akan sentiasa update blogs ni dengan kisah i sepanjang di MCM... pilih secara rawak.. selama lebih 4 bulan di MCM semestinya banyak cerita yang i nak kongsikan pada semua... aduhaii mana nak mula ni ekk... okay i pilih beberapa gambar dan i story mory kat you all... sikit-sikit i akan kongsikan... let's start.. sebelum i menceceh hentah haper-haper ekk....


Nih! gambar terakhir di gelanggang MCM.... berbaju merah.. tudung hitam siap ada sarung berlip-lap muahaha... pin lip lap atas dan celah kepala tu tak silap i lebih dari 6 pin! nah! ko aii..... tapi macam tak nampakkan, tak per at least i dah beritahu hanya i dan kawan2 MCM aje yang tahu.. dalam tv pun i tengok tak nampak aduyaii kalau tahu pakai broch besar penumbuk! *pitam*

Tu bawah mata tu... sembap dan bengkak.. tak cukup tidur!!! tiap masa dan ketika sepanjang di gelanggang MCM... kalau you all nak tahu sepanjang berada di MCM i make-up sendiri.. tanpa bantuan Jurumake-up khas, hanya bila nak touch-up aje atau during shooting time, bila ada CUT! then jurumekap tu akan touch-upkan muka i tu ekk... tu pun cuma lapkan peluh i aje muahahaa... jenis make-up yang i guna masa tu... MAC, ESTEE LAUDER & ELIZABETH ARDEN... juga sendiri punya dan tidak guna makeup artis yaa... kalau tak silap i masa di MCM yang make-up sendiri dan guna barang sendiri hanya i dan Ary Malik.. the rest guna make-up artis.. *tepuk tangan*

Okay make-up memang sentiasa nak kena tebal.. depan screen bila blusher tak tebal sure muka nampak pucat dalam screen... so i dah beritahu oke... tentang macam mana i ber make-up tu nanti i share di blogs HOBI i tu ekk... nanti KLIK SINI--->> HOBI DAN KOLEKSIKU.. SHAHRIAH ABDULLAH


nIH! kalau tengok aje gambar i kat MCM Kitchen tu hati ni berderau aje tau... aduhaiii berjuta kenangan sepanjang berada di MCM Kitchen... nanti i cerita satu-satu....

Ni lagi satu nak bagi tahu ni ekk.. emboii.. emboii.. you all tengok kat depan TV tu bukan main lagi yer.. mengomen ikut sedap mata yang memandang... di sebalik itu you all tak tahu.. betapa gementarnya kami semua kat dapur tu okeh! macam-macam perasaan ada.. nak pengsan! pitam! nak gol! nak balik rumah! semuanya ada.. ehhhh... memacam perasaan ada masa tu... ingat semua tu lakonan ke??? idak oke... BENAR DAN SEBENAR-BENARNYA... kalau Chef kata... "Hanya tinggal 5 minit sahaja lagi!!" memang tinggal 5 minit oke.. bukan membaca dialog atau drama.. aduhaii.... susahnya nak ceritalah! i cerita sikit-sikit ajelah ekk.. masa memasak tu... cameraman depan, kanan, kiri, tepi, kat celah kaki ko pun ada tahu tak! ehhh... masa sibuk kita bertarung nak memasak tu.. masa tu laahhh dia cari angel kat celah kaki kita! muahaha... ada jugak kekadang tu i terlanggar cameraman... korang tahu ke??? idak ekk.... kat rumah sambil makan kacang rebus.. korang bukan main lagi mengomen... hehhee.. tak apa.. i ampunkan.. muahahhaa... *baikkan i ni*


Serius ni okeh! tengah syiok sendiri memasak tetiba api marak!!!! oH! pocot mak aku! muahhaaa... tapi i tak menjerit pun.. dalam hati aje.. masa tu i terkejut dan terlompat cikit aje... tapi dalam gambar tu wahhhhh.. nampak tak i macam Chef Hell Kitchen! muahaha... i love this photos...:))) masa tu terpercik air sikit dalam kuali yang ada minyak kalau tak silap i.. mau taknya ngko aii.. cuak oke!! bila chef menjerit macam nak rak!!! "Anda hanya tinggal 3 minit sahaja lagi!!" plating! plating! tu dia yang sentiasa berada di fikiran i bila masa dah suntuk... pernah jugak siapkan plating dalam tempoh 2 minit... so far sepanjang di MCM Kitchen... tak pernah tak siap... Syukur Alhamdulillah.... ingat sampai laa.. masa masak kat dapur i sekarang tu pun.. i still set time during my cooking in the kitchen... tapi tak ada ler yang menjerit muahahaa...


Kalau tak salah... masa tu hanya tinggal 14 ke 15 contestant.. alaa you all pun ada tengok kat tv kan.. bila nak melangkah masuk kat MCM kitchen tu, kena lalu pintu gajah....

Bila nak melangkah masuk kat dalam MCM Kitchen tu.. aduyaii.. kaki tu macam ada rantai besi okeh!! susah sangat nak berjalan... macam berat.. dada masa tu jangan cerita... berdegup kencang! dalam hati dok tertanya-tanya... "Apalah agaknya challenge untuk hari ni???????? janganlah ikan keli dan belut!!!" muahaha... yer itu yang sentiasa bermain di minda i okeh.. korang apa tahu??? tahu komen aje... hehhee... susah yer... contohnyalahkan masa ada waktu terluang tu ko mentelaah lah macam nak rak... macam periksalah jugakkan.. ko target masakan ini yang akan keluar.. tapi bila ko da berdiri depan Chef... di temani 7-8 camera yang besar gedabak depan ko tu kan... aje memang ler.. apa yang ko teka tu tak mungkin akan terjadi!!! langsung tidak pernah! muahahaa....:)))


Okaylah.. rasanya takat ni dulu i sroty mory kat you all.. nanti i story lagi.. ada lebih 1500 keping gambar dalam simpanan i oke.. so nanti akan i update blogs ni... ehhh.. ada ke yang nak membaca ni???? members yang sign-in pun tak sampai 30... hmm.. okeh i tengok macam mana.. kalau bertambah members kat dalam blogs i ni kan kan... i akan cerita lagi.. malah lebih panas lagi!!! nak tahu tak.... pstt... i pernah kena kacau dengan HANTU tauuu!!! serius ni... nak tahu ke tak??? 

kita tengok ada tak YANG UNDI NAK TAHU!!!!!... okaylah.. nanti sambung lagi.. harap you all tak jemu singgah di blogs i ni oke... yang mana peminat Fanatik... Zamir ke... Abang K ke.. Nik Michael ke... Kak Zu ke.. Mastura ke... hmm.. nanti i share gambar dan cerita kat you all oke... sabar tau... bagi ramai dulu join blogs i ni ekk.. baru best nak story mory.... sebelum i tidur.. tu bawah tu.. gambar i dengan Miss Hui Ting... atau Ating aaa... hehee... jangan terkejut... masa bergambar ni... Hui Ting yang tangkap gambar tu ekk.. guna sebelah tangan aje.. i jangan haraplah aje memang tak reti!!!!

Masa tu Ating cakap cenggini... "Like this lhoo..... apalah Kak Sha ni... Smilee.................................................."
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


comey kan!!!!!!!!!!!!!!!! gedikzzzzzz....... gitewww...:)))

 BERSAMBUNG OKE.........................................

TATA!!!!

Tuesday, February 28, 2012

Azellea Nellysha 8 Tahun 4 Bulan

Azellea Nellysha 8 Tahun 4 Bulan


Assalammualaikum... wahh! kurang kerja ke ni??? tak jugak hehee...  inilah namanya mengambil kesempatan... di kala ada sedikit kelapangan hah! masa ni lah nak mengupdatekan blogs akok yang dah lama tak ber update kan kan... dah berdekad rasanya tak update blogs luahan akok ni kan kan.. so hari ni sengaja tengah tak ada kerja nak bikin tu.. so kais-kais ler gambor lelama dalam folder tu... tengah leka dok menekan-nekan tu ehhh.. banyak pulak gambar dak  kerempeng akok Princess Nellysha dak kerempeng tu ekk.. dah lama rasanya tak share cerita dak kerempeng ni.. bukan tak ada cerita nak diceritakan... dialah pengarang jantung akok dan keluarga di rumah ni.... yang paling banyak menyirapkan darah akok sehingga akok menjadi seorang ibu yang sangat banyak 'bersabor' aduhaii... 


diam tak diam.. dah 8 tahun 4 bulan dah dak kerempeng tu tauu.. semakin membesor.. *badan tak jugak membesor* kerempeng aje.. tapi meninggi dah paras bahu akok dah tau... *dia semakin meninggi atau akok sedia ada pendek hah???* pengsan!!!


tu dia.. aksi mak dan anak... sebaya aje kan hahahahaa.. gasak aii! kalau dah beraksi depan camera apa aku kesah! sesah aje ler bedah aii.. hah! pulak berjumpa dengan cekelat! apalagi super excited! hahahaa... dia tengok tu.. akok ambik tu.. dia nak yang tu.. akok ambik yang ini.. dia ambik sekotak.. akok cakap tak boleh... nanti gigi rosak! gasak! *pitam*


kalau suruh beraksi depan camera mak pak dia... tak yah di suruh-suruh pandai aje ler dia terlentok ke kanan ke kiri... tapi... bila... suruh beraksi depan camera.... yang ini...


Peace!!!! manjang.. terus kaku! beku kaki dan badan yang kerempeng tu hah! sabor aje ler.. yang memberi sokongan masa tu.. jangan cerita... senyum Nelly! senyum!!! kalah pasukan sorak bola malaysia oke...


yerrr.. dan inilah aksi yang paling 'daring' dari cik kerempeng tu yerk.. puas ler jurukamera tu snap tang sana sini... badan tetap keras! beku! kaki kaku.. dia pusing cuma 2 darjah kekanan dan kekiri! alahaiii.. dak kerempeng.. pemalu ke??? yer ker????


malu-malu kucing aje kot.. sebab dia begitu bersahaja kalau berdepan dengan ramai orang... kalau akok ada apa-apa event dan kena pulak masa tu tak ada sekolah... dak kerempeng ni lah yang jadi PA akok.. rajin membantu dan ringan tulang... tukang bagi flyers dan tolong tegur akok kalau ada yang nak ajak bergambar! ahahaahaa.. aduhaii.. cayang betul dengan anak dara akok tu tau.. cayang sangattt...


kekadang tu bila tengah sibuk tengah orang ramai ehhh.. dia tetap menyelit.. tukang hulur kat akok apa-apa yang patut... tak pernah merungut penat ke panas ke... tapi.......bila malam menjelma.. jawab! biarlah ianya menjadi rahsia antara akok dan dak kerempeng ekk...:)))

Dan aktiviti dak kerempeng sekarang ni sangat padat dan sendat.. maklumlah kan sekarang ni tengah sibuk sekolah... awal pagi dah bangun.. pakai baju sekolah sendiri... tapi rambut mesti nak akok yang sikatkan... tu tak per.. yang abang-abang dia tak tahan tu.. tiap pagi mesti abang amin kena bangun dan angkat beg sekolah dia naik ke van sekolah! dia menonong aje naik van.. bukan dia kisah.. beg dia dah naik ke van tu ke tidak! hahahaa.. gasak ler nak aii... balik aje sekolah pagi... tukar baju terus bersiap ke sekolah agama... hah! kalau nak ke sekolah agama.. beg tak payah angkatkan.. dia angkat sendiri.. sebab.. sebab.. beg tu ringan hahahaa.... balik aje sekolah agama... bagi dia rest sekejap.. makanan wajib dia... nasi lemak bungkus dalam plastik beli kat sekolah agama 50sen! wajib tu hehehe... dah akok rasa.. biasa aje rasanya, tapi pada dak kerempeng.. Terbaik!!! hahahaaha...

Tu belum tusyen.. kerja sekolah yang berlambak.. kekadang tu kesian jugak.. nak buat macam mana.. itulah putaran hidup.. dulu kita pun merasa jugakkan macam tu... segalanya berjadual.. apa pun dak kerempeng tetap ceria.. hobi tetap masih macam dulu.. suka membaca buku cerita... akok pulak rajin membelikan apa sahaja bahan membaca... 
main pepondok sekarang dah kurang... dah akok simpan dalam kotak buh kat atas almari sana tu hah! barbie doll pun dah tak main dah... dok dalam kotak simpan elok-elok... hmm... kekadang akok terfikir.. dah besar dah anak akok yang dulunya kecik momey... sayu jugak hati ni tauu.. akok pernah jugak tanya.. "Nelly nak adik lagi tak?" korang tau apa dak kerempeng jawab????? tak berjawab ko.... tapi nah! hambik ko sebijik! dia tunjuk penumbuk sulong kat akok! hahahaa... aduyaii pengsan!!!

Dah besor dak kerempeng... dah lama tak kena marah.. kena tegur tu biasalah kan... kekadang tu.. 'mendayu' jugak suara akok kalau sekali cakap tak nak dengar hehee... ni dak kerempeng tengah sibuk menghafal cerita... wakil sekolah lagi tahun ni dia... bercerita dalam bahasa mandarin... hari khamis ni... dak kerempeng mewakili sekolah dalam acara kaligrafi tulisan cina.... teruja akok tau.. Syukur Alhamdulillah... menang atau kalah itu perkara nombor 2.. yang penting dak kerempeng ambil bahagian dan kepercayaan itu di berikan pada dak kerempeng...:))))) doakan dak kerempeng berjaya yaa... nanti akok update kisah dak kerempeng.. itu pun kalau ada masa dan berkesempatan yaa.. rasanya dah panjang leborr akok ni bercerita.. nanti sambung lagi ekk.. ekk... you all jaga diri dan jangan lupa gosok gigi sebelum tidur.. :))) take care and smile...:))))


Salam sayang dari akok sekeluarga... ni Nelly cakap.. muah.. muahh.. peace!!!

TATA!!!

Sunday, January 1, 2012

AL-KISAH SI TEERA- MITSU DAN CARA-MALE ~~KISAH TERBARU~

AL-KISAH SI TEERA- MITSU DAN CARA-MALE


Assalammualaikum.. semua.. wahh.. jumpa lagi yerk kita.. panjang umur... Syukur Alhamdulillah.. jika di congak.. hampir setahun dah tak di update blogs luahan hati akok ni kan.. kepada yang baru aje menjengah blogs akok yang satu ni.. selamat datang dan selamat tahun baru yer..:)))

Masa nak update blogs luahan hati akok ni kan.. terfikir-fikir apa yang akok nak share story ni ekk??? dah masuk tahun baru pulak tu.. sambil terfikir dan berfikir-fikir tu.. tetiba datang ler.. anak-anak akok yang berbulu tu yerkk... manja giteewww... siapa yang follow blogs akok ni pasti ingat lagikan... yer anak-anak akok yang berbulu tu ler... si  TEERA- MITSU DAN CARA-MALE, ingat lagi tak.. masa akok beli di kedai dulu tu.. kecik momey aje.. ala-ala mucuk! mucuk! jom kita imbas semula.... <--- wahh macam dalam drama ler pulak ekk.... *pitam jap*


Ala.. ala mucuk-mucuk momey... heheee... ingatkan masa tu.. anak-anak akok yang berbulu tu masih kecik benau..  mengiau nak mintak makan pun slow aje... kuku pun kalau mencengkam ala-ala geli-geli aje kalau kena kulit... muahahaa..... terasa cepat benar masa beredar.... sepanjang akok di bertarung di Gelanggang MasterChef tu.. selalu teringat kat anak-anak akok yang berbulu dua ekor tu tauu.. terbayang-bayang apalah yang budak dua ekor tu buat kat rumah... kena buli ke tidak dengan Pak Habibi akok yang sememangnya kurang gemorkan haiwan yang bernama kucing! dengan alasan yang begitu manje giteewww... geli katanya.. cettt... alasan takut tak pulak hehee..:)))


*Gambar atas... Teera masa kecik lagi.. manja dan cute!*


*Gambar atas... Caramel masa kecik.. cool and sempoi.... :)))

sekarang!!! nak tahu macam mana guper mereka berdua tu....???


Nampak tak??? hehehe... hobi tetap sama... suka tidur dalam bakul!!!! buh ler kusyen ke.. tilam ke.. bantal ke.. tetap suka tidur dalam bakul baju... ala mucuk-mucuk...:)))


Tu dia... tidur bukan main berpeluk sakan.. sempit macam mana pun.. ehhh.. tak kira.. dengan motto  yang anak-anak berbulu i pegang selama ini... 'Bakul ku Home Sweet Home' hehee.... dah besar dah budak dua ekor tu tauu.. nakal dan kuat makan!!!! suka gigit bunga akok atas meja.. jatuhkan alas meja... jatuhkan lilin hiasan... pecahkan frame gambor... jatuhkan.. ehh di pendekkan cerita.. segalanya apa yang tegak berdiri semuanya di jatuhkanlah! grrr........ macam mana punya geramm... sayang tetap sayangg!!! budak dua ekor tu laa antara penawar hati akok di rumah ni tauu.. tu yang bila dah dapat lepas dari Gelanggang MasterChef gembira sakan!!!!! <<<---- pengakuan jujur dan eksklusif ni tau...:))) *pengsan!*


Budak 2 ekor tu... buah hati pengarang jantung Heroes dan Heroin akok di rumah... yang paling banyak ambil berat tentang kebajikan budak dua ekor tu... Abang Amin *baju biru* dan tukang mengerjakan kucing dua ekor tu.. *dak kerempeng princess Nellysha* dan yang paling tak gemor kucing tapi bila akok buat tak nampak.. dia usap jugak kepala kucing tu tauu.. siapa lagi abang Aemir laa.. yang baju merah! hehee... apa pun... nampaknya.... hasrat akok nak menimang cucu tak kesampaian... huk.. huk.. nak tahu kenapa???


Teera~Mitsu yang kusangakakan betina masa kubeli dulu... setelah membesar... rupa-rupanya.. alahaii jantan!!! aduhaii so sekarang ni akok rupanya telah membela dua ekor kucing jantan! cettt... nampaknya terpaksalah carikan calon kucing betina buat anak-anak akok yang berbulu tu yerk... tunggu... calon-calonnya adalah... jeng! jeng! jeng!!! tungguu.... *psstt.. tunggu nanti akok nak iklan dalam laman Facebook!!* boleh giteeww??? terus pengsan!!!

Okaylah.. rasanya setakat ini dahulu pembuka tirai 2012 di blogs luahan hati akok.. nanti akok story mory lagi oke.... Selamat Tahun Baru dan Senyum selalu...:))))

Tata!!!