TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Saturday, March 9, 2013

...dan hari ini kuluahkan segalanya...."MasterChef Yang Sebenarnya!" (Kenangan Gelanggang Masterchef 2011)


Assalammualaikum.... Apa khabar semua? lamanya tak update blogs i yang satu ni... alasannya.. busy.. :)

Tetapi hari ini tarikh yang sangat istimewa.. 10hb March 2013... jadi i telah memilih satu N3 khas buat bacaan semua teman-teman yang sentiasa mengikuti blogs luahan hati i yang satu ini... :)

Gambar di atas tu, gambar anak-anak i yang terbaru.. di ambil pada awal bulan March 2013, percutian kami sekeluarga baru-baru ini... tetapi bukan itu yang i nak kongsikan kali ini... ;)

Sila betulkan duduk anda semua.. kerana kisah ini tidak pernah ku kongsikan kepada sesiapa pun.. hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya,,, dan DIA lah tempat i mengadu selama ini...

dan sekarang.. ku kongsikan di sini...

Kenangan suatu masa dulu dan sehingga kini masih terasa-rasa....

Dan coretanku ini juga ku tujukan khas buat suami dan anak-anak tersayang... i tahu meraka tidak akan baca, manalah tahu suatu hari nanti kalau i tak ada... mereka akan baca juga kan...~Wallahualam~

Kisah suatu masa dulu.... 2011...


Inilah gambar Nellysha... usia dia masa tu baru 8 tahun... (2011)
lokasi Zoo Melaka... di temani Papa & Abang Aemir..
Yang tiada di situ.. i dan Abang Amin..

Abang Amin ada tusyen masa tu.. dan i ketika itu baru sahaja di tinggalkan oleh Pak Habibi kerana mendaftar masuk ke boot camp Masterchef Malaysia (2011)

Masa kami berpisah... Nellysha nangis bagai nak apa.. stok meraung anak dan ibu terpaksa berpisah dan tidak akan bertemu lagi... i janganlah cerita.. melalak tak sudah..

akhirnya kami berpisah sementara.. i ke boot camp... dan Pak Habibi bersama anak-anak kembali ke Johor Baharu...

Kisah ini Pak Habibi yang ceritakan pada i.. 
Nellsha nangis sepanjang perjalanan... sehinggalah akhirnya dia tertidur di highway Seremban.. bayangkan betapa lamanya dia menangis... sedihnya hati seorang ibu bila mendengar...sayangnya i tiada di situ untuk memujuk.. :(

Sebagai imbuhan.. Pak Habibi, singgah sebentar ke Zoo Melaka... dan bawak Nelly tengok rimau dan gajah... lepas tu Nellysha okay semula...

'Hati di dalam siapa yang tahu....'


Satu pencapaian dan pengorbanan yang amat besar sepanjang hidup i...

suatu pengorbanan yang sehingga kini tidak dapat i bayangkan.. bagaimana semua itu boleh berlalu dan segalanya hanya tinggalkan kenangan.. betapa sukarnya saat itu.. terutama tentang emosi... :(

belum pernah meninggalkan suami dan anak-anak lebih dari seminggu..

tiba-tiba terpaksa berpisah...
lima bulan lebih!!!!

hari-hari yang i lalui umpama 5 juta tahun yang tiada akhirannya..

cukup melemaskan..
cukup menyedihkan..
cukup mencabar..
cukup menakutkan..
cukup mengujakan..
cukup meriah..
cukup menarik..
cukup BEST!
cukup.. cukup... cukup..

segalanya cukup! bercampur aduk menjadi satu..

sehinggakan kerana terlalu ingin pulang kepangkuan keluarga dan ingin bersama keluarga..

i set minda i... untuk...

"LUPAKAN MEREKA UNTUK SEMENTARA"

yaa... serius.. sepanjang i di hadapan camera yang wayarnya berselirat sana sini..

di saat i bertarung untuk meneruskan perjuangan di Gelanggang Masterchef Malaysia (2011)

i berjaya melupakan insan-insan yang cukup-cukup i kasihi di dunia ini...

TETAPI...

bila selesai shooting di set..
masuk sahaja dalam bilik...

WAJAH....WAJAH.. INSAN TERSAYANG...

Suami dan anak-anak..dan keluarga tersayang... menari-nari di ruangan mataku....

apa yang boleh i lakukan masa tu???

MENANGIS!!!! MENANGIS!!!

MOHON DOA KEPADA YANG MAHA ESA...

terlalu... TERLALU RINDUKAN mereka.... :(

sering hati ini tertanya-tanya..
terbayang-bayang...

Buat apa agaknya suami dan anak-anakku????

makan apa agaknya mereka sekarang ini????

Sedihnya hanya TUHAN sahaja yang tahu..

Gambar-gambar masakan di bawah itu adalah hidangan yang di masak oleh 'MasterChef Yang Sebenarnya!!"

Di kala i berhempas-pulas di set gelanggang Masterchef...
di kala i terkejar ke sana-sini di dalam pantry mencari bahan untuk bertarung...

di kala i menangis kerana teman seperjuangan tersingkir...

di kala i tersenyum dan bergurau-senda bersama teman2 seperjuangan di set...

Inilah hidangan yang Suami dan anak-anak makan.. *antaranya*

Gambar agak blurr sebab hanya di ambil menggunakan Handset.. gambar di ambil oleh Pak Habibi yang akan post gambar masakan di wall FB setiap hari sepanjang ketiadaan i... hmmm... ada banyak lagi tapi i keluarkan sebahgian sahaja yaa..

dan resipi2 masakan ini di ambil dan dicuba dari blogs masakan i.. siapakah yang jadi Chef di rumah sepanjang ketiadaan i???






Siapa Masterchef yang sebenar????

di kala i bersarapan pagi di set pengambaran..
mungkin juga masa tu sedang bershooting... 
 

Nellysha sarapan pagi.. di sediakan oleh 'Masterchef yang sebenar-benarnya'
*di mata dan di hatiku*


setiap hari tanpa gagal.... tetap akan bersarapan sebelum ke sekolah..
bayangkan keadaan Nellysha ke sekolah tanpa Momma yang sentiasa akan menghantarnya ke muka pintu setiap pagi...

*lihat sahaja rambut yang disisir tidak rapi* :( 
 


menu makan malam.. mengikut permintaan si anak...

Siapa 'Masterchef yang sebenar??'


gambar curi-curi dan sangat eksklusif...
sangat blurr gambar itu yaa lah gambar curi-curi..

gambar i ni di ambil oleh Pak Habibi ketika kami bertemu dan berpisah selepas itu..

sesiapa yang ada menonton rancangan gelanggang Masterchef (2011) inilah gambar semasa 'episod perjumpaan mengejut' kiranya Kejutan!!

memang i terkejut sangat!!!!

happy jangan cerita.. nangis masa tu dapat jumpa Pak Habibi dan Nellysha.. tidak sampai 2 jam pon.. bayangkan selepas tu kami berpisah... :(lebih baik tak perlu berjumpa.. buat tambah sakit dada menahan pilu dan sedih... :(

i masih ingat lagi.. i jerit kat Nellysha macam ni...*antaranya*

"Nelly jangan lupa tengok Momma kat tv tau! kita jumpa tiap malam! i love you sayang!!!! muaaahhzzz!!!" <<<pesanan terakhir sebelum berpisah... :(

tu yang tapak tangan camtu.. baru selesai bertarung masa tu.. ingat lagi di rumah Sazzy Falaq..

dan i bagi Nellysha selendang i..... dia nangis.. i pun nangis.. pastu kami berpisah.. :( Abang Amin dan Abang Aemir tak dapat dapat sebab sekolah... :( sedih sangat masa tu... tapi dapat bebual kat HP... huaaaAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rindunya kat anak-anak bujang Momma that time... huaaaAAAAAA!!!

rasa macam nak lari balik!!! pakkal aje kan...

Hari.. berganti hari...

minggu berganti bulan....

Akhirnya..........................................

pulang jua kepangkuan keluarga tersayang!!!!!!!!!

Syukur Alhamdulillah!!!!

YahoOOOOoOOOooo!!!!

antara perkara yang paling menggembirkan i seumur hidup bergelar manusia :D


Kami berkumpul semula...

segala aktiviti kembali seperti asal...

perasaan i???

usah di tanya... tak dapat i luahkan di sini.. terlalu.. 

BERSYUKUR!!! 

TERLALU...

GEMBIRA!!!!

BAHAGIA!!!!!!

CERIA!!!!

 

Aktif bersama keluarga tersayang.... segalanya sudah berakhir...

tiada lagi sesak nafas...
tiada lagi rindu-rinduan..
tiada lagi tangisan...
tiada lagi rasa BERSALAH menebal di hati ini kerana meninggalkan keluarga tercinta....

semuanya dah berlalu....


Anak-anakku...

Momma minta maaf sebab terpaksa mengabaikanmu untuk seketika...suatu waktu dulu...

Momma janji tidak akan tinggalkan kamu lagi...

Momma serik!!!!!

Rindu & Sayang kepada kamu semua...

kekadang tu membuatkan Momma sukar untuk bernafas... semua yang ada di sekeliling Momma masa tu...

'Nothing!'

ini pengakuan ikhlas dan jujur dari Momma...

nak tahu lebih lanjut.. please come and see me.. :D

nanti Momma cerita panjang lebar ekk... ;)

Momma sayang kamu semua.. sayangGgggggggggggg sangatttTTTttt..... muahzzzzz

Siapakah Masterchef Sebenar?????

di mataku.. di hatiku.....

:




:






:





:





:




:





:




:






:   
 

Wahai suamiku......

i love you soOoooo much!!!

terima kasih di atas pengorbanan yang kau lakukan selama ini...

tidak mungkin dapatku balas dengan apa jua pun....

bangga menjadi suri hidupmu... menjadi ibu kepada anak-anakmu....

i love you soOOoo muchhh TELOLINGGG!!!!!!!! **now you all tahulah yaa siapa nama Pak Habibi i gelar di rumah* cakap sini habis sini :D

dan kalau you all nak tahu.... sepanjang i tiada...

Pak Habibi lah yang memasak untuk anak-anak i...
Segala urusan dirumah mereka anak-beranak lakukan bersama.. sebab masa tu kebetulan PA tak ada.... pulang ke Indon 3 bulan sebelum i dapat tahu akan menyertai Masterchef (2011)

dan sebenar-sebenarnya.. di mataku.. di hatiku....

Pak Habibi suami kesayangku adalah..

'Masterchef Yang Sebenar' 

buat kami sekeluarga....

Moga kebahagiaan yang kami kecapi kini akan kekal sehingga keakhir hayat... Amin....


10hb March 2013

Usia i genap 39 tahun... nanti i share N3 khas Bday i yaa...

Dan jambangan bunga ros segar... sebanyak 12 kuntum...

3 Ros besar.... 9 ros kecil simbolik... 39 tahun!
Usia atas pagar daaa... sekian dulu...

dan ada 2 teddy bear cute!
Papa Bear & Momma Bear...

Pak Habibi cakap tu dia dan i.. Awww!!!!



Sorry ayat agak jiwang dan over karat sikit.. tak share tak tahu yer tak ;)

Sekian dulu coretanku kali ini..

ingat yaa.. hanya sekadar berkongsi.. tiada niat lain.. harap maklum.. terima kasih.. kerana sudi membaca luahan hatiku.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!

Monday, February 4, 2013

Bila Cikgu Mengajar Jangan Bising... Ssyyyyy



Assalammualaikum! :)

Apa khabar murid-murid semua? :D

Tolong jangan bising bila cikgu mengajar... itu kata-kata Nellysha bila dia leka menulis di white board...

Itulah aktiviti yang dia akan lakukan apabila di rumah tu cuma ada dia sahaja... abang-abang tak ada.. lebih bagus katanya.. kalau tak bising! susah Nelly nak tulis... perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Bila di tanya... "Esok besar Nelly nak jadi teacher ke?"

Terus geleng kepala.... laju-laju pulak tu.. :D

SooOoo.. tahulah yaa.. dia tak nak jadi cikgu bila besar nanti...
hanya i sorang je tahu dia nak jadi apa.. Pak Habibi pun tak tahu..

"Keep it as a secret!"

Okay janji! muahahahaaa 

pulak dahhh..... ehh... samalah Nelly, dulu Momma masa kecik-kecik memang suka berangan jadi cikgu.. dulu Arwah Ayah siap buatkan black board sebesar alam.... dia cat keler hijau... separuh dinding.. hah! dan di situlah tempat Momma menconteng hentah apa-apa.. termasuklah tulis sifir 6 & 8 yang tak hafal2.. :))
tak tahu kenapa?! muahaaha....

SoOoooo... petang weekend yang lalu.. Nelly ajak i ke kedai stationary nak cari pemadam dan kapur...

Yaa.. laa dulu papan hitam tempat Nelly conteng kecik aje.. sekarang dah upgrade! beli yang besar dan yang bestnya tu ada white board dan sebelah lagi ada green board *black board*

SoOOoo ke kedai ler kami...
 terkedek-kedek berjalan berdua.. kekadang pimpin tangan.. kekadang tak.. sebab memasing leka dok cuit itu dan ini... :))
sOooo sweet.... :D


GOTCHA!

tu dia.. dah terjumpa!! apa yang cikgu nak.. hehe...

Pemadam untuk white board dan green board... ;)


YEAY!!

dah jumpa kapur.. kali ni beli box yang paling besar...

nampak tak butterfly kat atas rambut Nellysha?

kalau gerak je dia akan goyang-goyang exactly macam rerama ori...

FuYoOOohhh...... <<< Abang Amin cakap camtu.. sebab dia ingat rerama asli!
muahahahhaaaa :))


LIFE OF PI

siapa pernah tengok wayang filem Life Of PI??

Hah! tu yang Nellysha teruja sebab dia terjumpa Novel Ingeris yang telah di adaptasikan menjadi sebuah filem... filem tu memang best... 

"Momma...."

sebelum dia sambung atau merengek tahap kalau korang dengar... gerenti belikan.. i terus celah awal-awal..

"Nak eskrem atau buku tu?"


Maka dengan itu... kami berdua hanyut bersama semangkuk eskrem... sorang semangkuk.. share-share tak main! :D

slurPPppppp.... SlurrPPPp... selesai je makan... Nellysha sound i..

"Momma kan diet?"

perghhhhhhhhhhhhhhhhhh... tadi tak nak cakap! :P

"Tak pe.. tak pe.. dah TerRrrrr.. nak buat cam mana... kan kan.." ;))

BILA CIKGU MENGAJAR JANGAN BISING.. SYYYY


DAH baca???

Okay itu adalah hasil tulisan dari my PA...
anggornya kurang kerja.. setengah jam sebelum dak kerempeng balik sekolah...
dia tulis camtu..

i yang perasan... muahahhaa.... so tahulah yaa... siapa yang paling susah nak mandi pagi..

HEPP!! susah macam mana pun.. selagi tak mandi jangan harap cikgu dapat ke sekolah... rotan memang i sangkut kat tepi pintu bilik air... sendiri mau ingat... :))

My PA yang ini memang bagus.. Nelly gosok gigi pun dia tunggu... anggor gosok ala sekali lalu.. aje jangan harap dapat keluar bilik air! muahahaha...
 SooooOOo.. Nellysha rasanya ini antara PA Momma yang terbaik buat Nellysha...suka kan? :)) 

**PERHATIAN** <<< memang tak boleh angkat! ayat baik punya! muahahahahaa


dan ini NOTA dari Nellyha untuk i dan Pak Habibi...
bersamaan 5hb Feb 2013...

masih baru lagi ni.. sebab tu i update terus.. so tak ler basi kisah ni :))

nampak ke tak tu??


Lebih jelas kan??

Okay lepas you olls baca, apa kesimpulan yang you olls dapat??

macam Mak dan Ayah dia tak tahu dia kesekolah kan kan..

dan macam dia kesekolah tak bersalam dengan mak, ayah dia..

lagi apa ekk... ??

Hah! YAAA... macam Mak Dan Ayah dia sedang enak di lambung Mimpi Indah.. dan dia terpaksa ke sekolah tak dapat jumpa mak, Ayah dia.. 

terus tulis nota kat white board!

bagus kan!!!!!

muahahaaa....

SAtu lagi... yang ni agak musykil jugak masa i tenung lelama... siap ada tanda tangan dia sekali muahaha.. tak pe.. tak pe.. yang tu tak heran.. sebab signature i masa zaman Nelly lagi teruk!

Tuuuu... Tuu.... tengok tanda arrow tu...



Heart Break??????

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

nanti balik i nak tanya.. apakah maksudnya itu??

sebab tiap hari terpaksa mandi pagi???

atau...

tak puas nak main cikgu-cikgu sebab Momma asyik snap gambar curi-curi???

atau... 

hentah apa-apa ajelah.. nanti i tanya... ekkkk................ ;))


Nellysha and best cousin.. Tisha....

BFF... :D

Sekian dulu.. sambung nanti... Assalammualaikum..

TATA!!

Tuesday, January 22, 2013

Laporan Panjang lebor Anak-anak Berbulussssss MioowwrrRrrrrrr


**semua gambar lama.. tak kuasa nak edit gambor* :D

Assalammualaikum.... :D

Lama tak berkisah tentang anak-anak berbuluss i tu kan... Okay bermula dari gambar di atas tu...

Ingat lagi tak Chi Hi Hi??? Hhihihihihii :))


Ingat lagi Teera-Mitsu??? Mioorrwwww

Teera.... :D


Cara-Male???

Temel.. mioowwrr..... :D


Ingat lagi menantu i Monti??

Miowrrr..... :D 


Ingat Buntat?? menantu bukan pilihan i.. tetapi first love Temel... *Cara-male* :D






Terkini... TERGARANGGGG!!!! GRRR....

Joezan... panggilan Joey....

Okay settle... sila betulkan duduk anda semua.. i dah start nak berkisah dah ni... :D

Kita mulakan dulu dengan Temel & Teera... :D

Untuk pengetahuan you alls... Teera dan Temel dah tak duduk lagi dengan i...

Huaaa.............. sedih je ni... tapi i rasa macam ringan sangat... kalau tak.. nak kena monitor dia tiap hari.. bagi makan.. beri kasih sayang lagi... hadoii macam tak cukup masa...

Sekarang ni Teera Dan Temel duduk dengan Abang Amin... di mana?? hehehehe.. Abang Amin kan sibuk belajar sekarang ni.. dia tinggal dengan Mother-In Law kesayangan i tu...
so Abang Amin cakap dia boring... tak ada kawan... so i dan Pak Habibi telah menghantar Temel dan Teera bersama kelengkapan yang secukupnya... sepanjang dia tinggal dengan Abang Amin...

SooOOo... yang i benggang tu... tiap hari Abang Amin akan called i bagi laporan tentang anak-anak i yang berbulus tu....
 Teera good Boy*walaupun nama betina, ingat dulu betina Aww!* :D... Teera duk aje kat rumah... tiba tang Temel tu dia dah jadi ketua kampung kat rumah MIL i... perghh... tiap hari Abang Amin kena cari dia keliling lorong.. satu rumah ke satu rumah.. terbongkok-bongkok jengah bawah kereta orang cari si Temel tu... dah macam salesman pun ada... Temel dok mengusha kucing betina... jiran cina depan rumah dan hujung lorong rumah MIL i... perghh... dah lah tu tak pe jugak!
yang tak tahan tu... dia dok mengerjakan kucing2 jantan jiran2 MIL i.... dah bantai tu satu hal.. Abang Amin bagi laporan kat i... cam ni..


"Mom! you know what! Temel dah pukul kucing Uncle Tan pastu dia makan makanan anak kucing Uncle Tan.. Amin kena tunggu depan pagar ni sampai dia habis makan..." <<< masa ni Abang Amin hantar laporan guna HP depan pagar rumah Uncle Tan.. Bagus kan... muahahahaaa :D

ko nak cakap apa??? Grrrrr........ nengok gambar Temel tu innocent aje kan... perghhh....

so Abang Amin dapat satu idea... dia suruh i hantar sekor lagi kucing.. biar Temel tak membiang kat rumah neighbour.... Abang Amin suruh hantar.... yang ini...


Yaa... Chi Hihi... yang sedang buntingkan anak Temel! MiooowwwRRrrr....*Hebat sungguh! Ko Temel!!!* :D

hadoiiyai.. Pak Habibi dah angin satu badan.. ni dah... :)) tak sanggup dia nak sekereta dengan kucing! muahahaaa.. pastu ingat i sanggup ke?? bekal minyak kapak hokeh!!!!!! hadoiiiii... yaiii...
 
dan yang mana follow kisah Chi Hi Hi satu masa dulu yang ada anak tu... anak2 dia semua dah meninggal... hmm.. sekarang mengandung pulak lagi.. :D


Kisah Monti menantu pilihan i ni...

sedang sarat bunting.. belum lagi beranak kata besan kucing i tu :D

kita tunggu nanti yaa.. macam mana agaknya rupa cucu2 berbulu i tu :D

khas buat besan i....

"Kalau beranak nanti kasi tau.. ni mak bidan nak turun padang!" :))


  Buntat pulak.. hadoii macam kurang kerja ni ekk...

Okay Buntat sekarang okay... dah jinak dengan i tau.. baru aje i lepaskan dia dari kandang... so sekarang Buntat dah bebas macam dulu... tu pun dok laa nak masuk dalam rumah.. apasal? tak suka freedom agaknya si buntat ni..

Dannn... Buntat dah ada anak tau.. baka dari Temel.... 3 ekor.. sekor dah meninggal.. tinggal 2 ekor..

anak Temel... bulu ada mix jugaklah.. mata biru.. tu nanti i snap gambar i share kat sini ekk.. nama belum bagi.. i cuma nak bela sekor je dalam kandang.. yang lagi sekor bior buntat jaga anak dia... :D


 Joezan~ Joey :D

 hehehehe.. anak i yang terkini.. setakat ini belum lagi dapat snap gambar dia... ada pun tak cantik.. ganas dan garang.. but now dah okay sikit.. cuma nak dengan i... dengan Abang Amin dan Nellysha sorry dia tak suka.. sebenarnya kucing ni i belikan untuk Abang Amin untuk dia bela di rumah MIL i tu.. tapi dah garang.. tu yang tukarkan Temel dan Teera...

Hadoii... berapa punya complicated ler nak story tentang anak-anak i yang berbulus..

Oh! Yaa.. Joey ni jenis baka Birman.. baka kucing yang besar.. berbulu lebat dan panjang.. muka garang *memang garang PON* :D dan kaki dia pendek je.. so bila berjalan merayap! soOOOoOOooooo CUTE!!!

Okay dah... hantar laporan yang ini dulu.. sebarang pertanyaan atau ada yang musykil boleh turunkan di kotak komen di bawah tu ya :D

MOral all of the story above......


Temel memang hebat!!! GGrrrrRrrr...

 
Sekian dulu..

Assalammualaikum...

MIooOWWRrrrrr...

TATA!!


Monday, January 14, 2013

Menyahut Cabaran 10,000 Langkah! Hadoiiii..... DIET????


Assalammualaikum.. tu dia.. molek je gambar ala-ala kepala terteleng mendongak sambil memandang ke cup cakes batu... **kononnye :D**

buh pulak tulisan Diet! Diet!

Yerr... yerrr... Arr.. aje tu! HEPP!

ini kali i dah nekad! memanglah tak ada plan azam 2013.. 
tapi mulai petang semalam.. i dah nekad... tak boleh jadi!

berat badan sentiasa maintain! gitu jugak!

bila timbang aje... still jarum tu tunjuk  angka 64KG! kalau gram tak per... perghh... hangat betullah!

Gini ehh.. kalau kengkawan yang dari asal dah follow i sejak ber FB tu kan.. tau dulu i memang slim... idak ler nampak tulang tapi memang berat tu ideallah di pendekkan cerita :D
berat dulu paling kurus 47KG.. lepas beranak 3... maintain 50-53 KG... paling tinggi pun cuma 55KG!!

tapi now???

Naik mendadak selepas i isi borang masa nak masuk MCM dulu tu.. agaknya stress.. dok ler makan-makan... terus berat sampai laa.. naik dan maintain ke angka 64!   

pastu berat badan macam Yo!YO!!!! fuyoooHHHh :D

tak boleh jadi!!! tak boleh jadi!!
usia semakin meningkat ni... usia atas pagar dah ni.. tahun 2013~39 tahun... so cukup-cukuplah berat tu nak naik lagi... semua baju dan seluar tak muat dah.. penghabisannya nak ke mana-mana undangan nak kena beli baju baru.. hadoii.. tak sanggup!

dah tu kain baju yang berlubur tu takkan nak simpan je macam tu?? bagi kat anak-anak saudara pun dah.. ehh... banyak lagi... geram dan sakit hati je tengok baju2 lama... huaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
nilah perempuan kan.. bila berat naik mulalah merungut.. :D

bukan tu je.. serba-serbi nak kena tambah koleksi baru.. kasut pun bila berat dah naik ni.. tak muat.. itu yang i pelik tu.. hmm.. maintainance memang mendadak naik.. mujur sendiri keluar duit so tak de ler makan hati sangat :D


DAN!!!!!

sejarah tercipta pada 14hb Januari 2013
tepat jam 8 pagi!!!
di temani anak bujang..

Abang Amin.. my hero no 1...             


Dengan menyahut cabaran 10,000 langkah sehari...
dan i dengan bersemangat..
telah berjogging....
sejauh 1 KM pergi dan balik 1 KM juga!!!

TOTAL 2 KM!!!!

waduhhh.. pencapaian awal 2013 yang boleh i banggakan terhadap diri dan semangat jitu diri ini!

cecewahhh.. puji sendiri.. siapa yang nak puji yer tak??? :D 

sendiri jugak... :D

i diet juga sebelum ni.. tak makan nasi waktu malam.. tak makan manis-manis.. walaupun tetap memasak untuk keluarga..

tapi berat tetap maintain!!! apasal?????!!!  


Nampak tak lembaga yang gelap je tu?? :D

hehee.. tu laa Abang Amin.. berjogging kami pagi tadi... gambar tu i snap petang tadi..
i jogging pagi... dan sebelah petang pun i jogging lagi...

walaupun semangat begitu tipis sekali.. kuatkan jugak semangat!!!
akhirnya berjaya juga menyudahkan misi i yang selama ini asyik tertunggak... :D

Sebelum jogging warm-up dulu.. di ketuai oleh Abang Amin..
i ikut je apa dia buat..
masa jogging tu kan.. adalah berlari dalam 100 meter i dah termengah-mengah.. i cakap kat Abang Amin..

"Min kita slow jog dulu.."

pastu berjalan ler... agak-agak dah 500 meter berjalan.. Abang Amin anggornya dah boring giler asyik berjalan dari tadi! muahahaa...

"Mom.. bila kita nak jogging?"

i jawab.. apa tau... tak pe.. tak pe..
kita tengok permandangan kampung kita ni asyikkkkkk.... :D       


Abang Amin ajar i macam mana nak bernafas bila nak berlari.. so tak ler semput..

Wah! betullah.. barulah i lari tak sempot! muahahaa...

so berlari ler kami dua beranak..

sampai satu tempat tu kan.. tengah syiok berjogging tu.. i ajak Abang Amin belok satu lorong.. lorong tu ada banyak rumah jiran kampung... *walaupun idak ler berapa kenal ;)*

"Jangan Mom! Jangan lalu situ.."

Abang Amin.. cakap.. dia dah pernah jogging lalu lorong tu.. i pun tanyalah kenapa tak nak??

"Kat rumah tu ada angsa! Amin pernah kena kejar!"

muahahaa.. i gelak macam nak rak... *masa tu berjalan sambil pegang perot.. dah penat giler masa ni.. perjalanan baru 700 meter dari rumah :D* 
     

Selang beberapa minit...

Hambik KO!! nampak tak kayu biru kat atas tu??

jangan memain okeh!

itu ler kayu yang ku hangkut sepanjang berjogging pagi dan petang!

sebab masa pergi line clear!

masa nak balik.. ada anjing kejar kami berdua!!!

"LARII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! MIN!!! LARI!!!!!!!!"

macam NAK HAPER!!!! KAMI BERLARI :D

tetiba sampai depan rumah!!!

ehhh.... ehhh..... tak pulak penat dan mengah!!!!
muahahaa.... hadoiii... tu ler yer.... pasal anjing... boleh pulak perjalan balik kami hanya 10 minit!!!
bayangkan macam mana punya pecut!

pergggh.... kalah Zaiton Osman *dulu laa* :))


tu nampak tak tu????

S & A

=

Shahriah & Amin

telah berjaya berlari sejauh 2 KM pada sebelah pagi dan 2 KM pada sebelah petang!!!

:D

masa i dok conteng-conteng atas pasir tu.. Abang Amin tanya i..

"Mom kenapa orang selalu conteng nama atas pasir?"

i jawab selamba aje.. setelah memacam yang aku tulis.. dan yang atas tu aje yang nampak siuman :D

"Saja je Min.. nak tunjuk... guna ranting pun boleh conteng tak payah guna pen!"

muahahaa....


dan untuk pengetahuan you all.. masa i balik dari berjogging tadi...

inilah parit di mana satu ketika dulu parit inilah tempat i bilas badan bila balik berkubang di tepi pantai yang berlumpur...

tapi idak ler cetek cam tu.. tak mainlah mandi dan berenang air paras buku lali..

paling tidak 2 meter! eksen betul! :))

masa i dok bercerita dengan Abang Amin kisah i masa kecik-kecik dulu walaupun entah yang ke berapa ratus kali i dok bercerita dengan dia setiap kali lalu parit tu... dan setiap kali i bercerita kat Abang Amin... wajahnya JELAS.... ya... JELAS sekali menunjukkan bahawa dia BANGGA mempunyai seorang mak yang sangat BERBAKAT! muahahahahahaha.... *BAB TERJUN DAN TIMBOL DALAM PARIT TU LER*** :))


Dan kepada yang dah fed-up berdiet tu... meh ler kita sama-sama menyahut cabaran...

10,000 langkah sehari!!!

you can do it!!!

psst... tolong monitor berat i sekarang ni 64KG maintain... tunggu minggu depan.. ada perbezaan tak???

TURUN ATAU NAIK????

tunGguuuuuuu.....


Untuk keselamatan bersama...

jangan lupa bawa kayu.. pesanan khas ini di bawa ikhlas dari Shahriah Masterchef 2011 :D

sekian dulu.. terima kasih kerana sudi membaca coretan ku ini...

sekian dulu....

jumpa nanti...

Assalammualaikum.. muahhhzzzzzzzzzzzzzzzz

TATA!!!!