TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Monday, September 24, 2012

Sepetang Di Pantai Oh! Nyaman giteew


Assalammualaikum... ;)

Dah lama Big Momma tak share kisah-kisah anak-anak :D

23hb September 2012 tepat jam 5:30 petang i ajak Abang Amin dan dak kerempeng Nellysha ke tepi pantai dekat je dengan rumah i..

kalau drive cuma 5 minit je. Dah lama tak ke pantai.. di mana? alah dekat je dengan rumah i.. orang kampung ler katakan... google pun tak nampak pun ;)


i ke tepi pantai dengan tujuan nak mencari kulit siput... :D

maklumlah sekarang ni i dalam busy nak menyudahkan kerja penulisan i tu... nak hilangkan stress i berkebun...tanam pokok bunga.. mengecat perabot lama dan memacam lagilah yang i buat bila tak ada idea nak menulis teew :)

So i kutip kulit siput tu sebab i nak tokok tambah hiasan ler kononnya untuk taman mini i tu..



Abang Aemir tak ikut sebab sibuk study dah nak exam lah katakan... :D

so kami bertiga sahaja... cuaca redup je masa kami tiba. adalah dalam sepasang pasangan sedang di lamun cinta dok berendut kat bawah pokok. :)) nampak i dan anak-anak semua terus blah!
laaa kenapa blah? i tak ganggulah.. nak kutip kulit siput je :))

*tangan tu bukan tangan i, tangan abang amin :))*


sampai aje.. terus ler i agih-agihkan beg plastik.. 

"kena penuhkan.. kalau tak kita tak balik!" :))


i snap gambar guna handset je.. ;))


post terkini dari abang amin.. rambut yang botak dah tebal!
i cakap gunting.. amin cakap dia nak bela biar panjang!

i cakap apa tau...

"Please lah Amin.. nampak macam orang demam!" :))


lepas kutip kulit siput.. i terjumpa port baik punyer..
nampak aje rendah tu.. tinggi weh!
ehhh.. ku panjat ngko aii... hobi dari kecik sampai laa.. pheewwitt... tutup mate! :D


so duduklah i atas dahan tinggi tu... pandangan ku halakan ke tengah lautan yang luas..
sambil di sapa angin petang yang sepoi-sepoi bahasa gitewww


dok atas dahan tu best.. boleh tengok nelly dari jauh nun... main pasir :D


i perhatikan je.. nelly dok sengseng seluar panjang dia tu.. 
dulu  masa i kecik-kecik tinggal kepala aje.. badan, kaki, tangan semua dah ada dalam air laut!
hebat tak hebat mak kau nellysha aii.... :))


dahan pokok tempat i duduk tu best!
bawah dahan tu ada lorong... i like...


nelly  kejar buih ombak kononnya... :D


tak sampai sesaat lepas tu terus mencangkung!


Abang Amin main lempar kulit siput.. alah yang kalau di baling dia kulit siput tu dok lalu atas air je..
i memang pakar bab ni masa kecik2 dulu... sekarang hampeh! campak aje tenggelam dalam air laut! :))


selang beberapa saat. kononnya terduduk :))
peh!


masa ni.. macam2 yang i fikirkan..
malas aje nak taip kat sini... ;)


hasil kutipan kulit siput... ada 3 plastik..
plastik maidin lagi Youu :D


terjumpa kayu reput hanyut.
i kutip bawak balik...
amin tanya i nak buat apa?
i jawab.. adalah! ;)


Masa nak balik tu.. memang akan lalu sini..
nampak tak parit tu?
menyimpan sejuta kenangan masa zaman i kekanak dulu..
nak tahu apa?

nanti i story ehh.. sabor..

sekian sahaja...


Assalammualaikum..

TATA!!