TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Saturday, March 9, 2013

...dan hari ini kuluahkan segalanya...."MasterChef Yang Sebenarnya!" (Kenangan Gelanggang Masterchef 2011)


Assalammualaikum.... Apa khabar semua? lamanya tak update blogs i yang satu ni... alasannya.. busy.. :)

Tetapi hari ini tarikh yang sangat istimewa.. 10hb March 2013... jadi i telah memilih satu N3 khas buat bacaan semua teman-teman yang sentiasa mengikuti blogs luahan hati i yang satu ini... :)

Gambar di atas tu, gambar anak-anak i yang terbaru.. di ambil pada awal bulan March 2013, percutian kami sekeluarga baru-baru ini... tetapi bukan itu yang i nak kongsikan kali ini... ;)

Sila betulkan duduk anda semua.. kerana kisah ini tidak pernah ku kongsikan kepada sesiapa pun.. hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya,,, dan DIA lah tempat i mengadu selama ini...

dan sekarang.. ku kongsikan di sini...

Kenangan suatu masa dulu dan sehingga kini masih terasa-rasa....

Dan coretanku ini juga ku tujukan khas buat suami dan anak-anak tersayang... i tahu meraka tidak akan baca, manalah tahu suatu hari nanti kalau i tak ada... mereka akan baca juga kan...~Wallahualam~

Kisah suatu masa dulu.... 2011...


Inilah gambar Nellysha... usia dia masa tu baru 8 tahun... (2011)
lokasi Zoo Melaka... di temani Papa & Abang Aemir..
Yang tiada di situ.. i dan Abang Amin..

Abang Amin ada tusyen masa tu.. dan i ketika itu baru sahaja di tinggalkan oleh Pak Habibi kerana mendaftar masuk ke boot camp Masterchef Malaysia (2011)

Masa kami berpisah... Nellysha nangis bagai nak apa.. stok meraung anak dan ibu terpaksa berpisah dan tidak akan bertemu lagi... i janganlah cerita.. melalak tak sudah..

akhirnya kami berpisah sementara.. i ke boot camp... dan Pak Habibi bersama anak-anak kembali ke Johor Baharu...

Kisah ini Pak Habibi yang ceritakan pada i.. 
Nellsha nangis sepanjang perjalanan... sehinggalah akhirnya dia tertidur di highway Seremban.. bayangkan betapa lamanya dia menangis... sedihnya hati seorang ibu bila mendengar...sayangnya i tiada di situ untuk memujuk.. :(

Sebagai imbuhan.. Pak Habibi, singgah sebentar ke Zoo Melaka... dan bawak Nelly tengok rimau dan gajah... lepas tu Nellysha okay semula...

'Hati di dalam siapa yang tahu....'


Satu pencapaian dan pengorbanan yang amat besar sepanjang hidup i...

suatu pengorbanan yang sehingga kini tidak dapat i bayangkan.. bagaimana semua itu boleh berlalu dan segalanya hanya tinggalkan kenangan.. betapa sukarnya saat itu.. terutama tentang emosi... :(

belum pernah meninggalkan suami dan anak-anak lebih dari seminggu..

tiba-tiba terpaksa berpisah...
lima bulan lebih!!!!

hari-hari yang i lalui umpama 5 juta tahun yang tiada akhirannya..

cukup melemaskan..
cukup menyedihkan..
cukup mencabar..
cukup menakutkan..
cukup mengujakan..
cukup meriah..
cukup menarik..
cukup BEST!
cukup.. cukup... cukup..

segalanya cukup! bercampur aduk menjadi satu..

sehinggakan kerana terlalu ingin pulang kepangkuan keluarga dan ingin bersama keluarga..

i set minda i... untuk...

"LUPAKAN MEREKA UNTUK SEMENTARA"

yaa... serius.. sepanjang i di hadapan camera yang wayarnya berselirat sana sini..

di saat i bertarung untuk meneruskan perjuangan di Gelanggang Masterchef Malaysia (2011)

i berjaya melupakan insan-insan yang cukup-cukup i kasihi di dunia ini...

TETAPI...

bila selesai shooting di set..
masuk sahaja dalam bilik...

WAJAH....WAJAH.. INSAN TERSAYANG...

Suami dan anak-anak..dan keluarga tersayang... menari-nari di ruangan mataku....

apa yang boleh i lakukan masa tu???

MENANGIS!!!! MENANGIS!!!

MOHON DOA KEPADA YANG MAHA ESA...

terlalu... TERLALU RINDUKAN mereka.... :(

sering hati ini tertanya-tanya..
terbayang-bayang...

Buat apa agaknya suami dan anak-anakku????

makan apa agaknya mereka sekarang ini????

Sedihnya hanya TUHAN sahaja yang tahu..

Gambar-gambar masakan di bawah itu adalah hidangan yang di masak oleh 'MasterChef Yang Sebenarnya!!"

Di kala i berhempas-pulas di set gelanggang Masterchef...
di kala i terkejar ke sana-sini di dalam pantry mencari bahan untuk bertarung...

di kala i menangis kerana teman seperjuangan tersingkir...

di kala i tersenyum dan bergurau-senda bersama teman2 seperjuangan di set...

Inilah hidangan yang Suami dan anak-anak makan.. *antaranya*

Gambar agak blurr sebab hanya di ambil menggunakan Handset.. gambar di ambil oleh Pak Habibi yang akan post gambar masakan di wall FB setiap hari sepanjang ketiadaan i... hmmm... ada banyak lagi tapi i keluarkan sebahgian sahaja yaa..

dan resipi2 masakan ini di ambil dan dicuba dari blogs masakan i.. siapakah yang jadi Chef di rumah sepanjang ketiadaan i???






Siapa Masterchef yang sebenar????

di kala i bersarapan pagi di set pengambaran..
mungkin juga masa tu sedang bershooting... 
 

Nellysha sarapan pagi.. di sediakan oleh 'Masterchef yang sebenar-benarnya'
*di mata dan di hatiku*


setiap hari tanpa gagal.... tetap akan bersarapan sebelum ke sekolah..
bayangkan keadaan Nellysha ke sekolah tanpa Momma yang sentiasa akan menghantarnya ke muka pintu setiap pagi...

*lihat sahaja rambut yang disisir tidak rapi* :( 
 


menu makan malam.. mengikut permintaan si anak...

Siapa 'Masterchef yang sebenar??'


gambar curi-curi dan sangat eksklusif...
sangat blurr gambar itu yaa lah gambar curi-curi..

gambar i ni di ambil oleh Pak Habibi ketika kami bertemu dan berpisah selepas itu..

sesiapa yang ada menonton rancangan gelanggang Masterchef (2011) inilah gambar semasa 'episod perjumpaan mengejut' kiranya Kejutan!!

memang i terkejut sangat!!!!

happy jangan cerita.. nangis masa tu dapat jumpa Pak Habibi dan Nellysha.. tidak sampai 2 jam pon.. bayangkan selepas tu kami berpisah... :(lebih baik tak perlu berjumpa.. buat tambah sakit dada menahan pilu dan sedih... :(

i masih ingat lagi.. i jerit kat Nellysha macam ni...*antaranya*

"Nelly jangan lupa tengok Momma kat tv tau! kita jumpa tiap malam! i love you sayang!!!! muaaahhzzz!!!" <<<pesanan terakhir sebelum berpisah... :(

tu yang tapak tangan camtu.. baru selesai bertarung masa tu.. ingat lagi di rumah Sazzy Falaq..

dan i bagi Nellysha selendang i..... dia nangis.. i pun nangis.. pastu kami berpisah.. :( Abang Amin dan Abang Aemir tak dapat dapat sebab sekolah... :( sedih sangat masa tu... tapi dapat bebual kat HP... huaaaAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rindunya kat anak-anak bujang Momma that time... huaaaAAAAAA!!!

rasa macam nak lari balik!!! pakkal aje kan...

Hari.. berganti hari...

minggu berganti bulan....

Akhirnya..........................................

pulang jua kepangkuan keluarga tersayang!!!!!!!!!

Syukur Alhamdulillah!!!!

YahoOOOOoOOOooo!!!!

antara perkara yang paling menggembirkan i seumur hidup bergelar manusia :D


Kami berkumpul semula...

segala aktiviti kembali seperti asal...

perasaan i???

usah di tanya... tak dapat i luahkan di sini.. terlalu.. 

BERSYUKUR!!! 

TERLALU...

GEMBIRA!!!!

BAHAGIA!!!!!!

CERIA!!!!

 

Aktif bersama keluarga tersayang.... segalanya sudah berakhir...

tiada lagi sesak nafas...
tiada lagi rindu-rinduan..
tiada lagi tangisan...
tiada lagi rasa BERSALAH menebal di hati ini kerana meninggalkan keluarga tercinta....

semuanya dah berlalu....


Anak-anakku...

Momma minta maaf sebab terpaksa mengabaikanmu untuk seketika...suatu waktu dulu...

Momma janji tidak akan tinggalkan kamu lagi...

Momma serik!!!!!

Rindu & Sayang kepada kamu semua...

kekadang tu membuatkan Momma sukar untuk bernafas... semua yang ada di sekeliling Momma masa tu...

'Nothing!'

ini pengakuan ikhlas dan jujur dari Momma...

nak tahu lebih lanjut.. please come and see me.. :D

nanti Momma cerita panjang lebar ekk... ;)

Momma sayang kamu semua.. sayangGgggggggggggg sangatttTTTttt..... muahzzzzz

Siapakah Masterchef Sebenar?????

di mataku.. di hatiku.....

:




:






:





:





:




:





:




:






:   
 

Wahai suamiku......

i love you soOoooo much!!!

terima kasih di atas pengorbanan yang kau lakukan selama ini...

tidak mungkin dapatku balas dengan apa jua pun....

bangga menjadi suri hidupmu... menjadi ibu kepada anak-anakmu....

i love you soOOoo muchhh TELOLINGGG!!!!!!!! **now you all tahulah yaa siapa nama Pak Habibi i gelar di rumah* cakap sini habis sini :D

dan kalau you all nak tahu.... sepanjang i tiada...

Pak Habibi lah yang memasak untuk anak-anak i...
Segala urusan dirumah mereka anak-beranak lakukan bersama.. sebab masa tu kebetulan PA tak ada.... pulang ke Indon 3 bulan sebelum i dapat tahu akan menyertai Masterchef (2011)

dan sebenar-sebenarnya.. di mataku.. di hatiku....

Pak Habibi suami kesayangku adalah..

'Masterchef Yang Sebenar' 

buat kami sekeluarga....

Moga kebahagiaan yang kami kecapi kini akan kekal sehingga keakhir hayat... Amin....


10hb March 2013

Usia i genap 39 tahun... nanti i share N3 khas Bday i yaa...

Dan jambangan bunga ros segar... sebanyak 12 kuntum...

3 Ros besar.... 9 ros kecil simbolik... 39 tahun!
Usia atas pagar daaa... sekian dulu...

dan ada 2 teddy bear cute!
Papa Bear & Momma Bear...

Pak Habibi cakap tu dia dan i.. Awww!!!!



Sorry ayat agak jiwang dan over karat sikit.. tak share tak tahu yer tak ;)

Sekian dulu coretanku kali ini..

ingat yaa.. hanya sekadar berkongsi.. tiada niat lain.. harap maklum.. terima kasih.. kerana sudi membaca luahan hatiku.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!