TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Thursday, May 24, 2012

Tips Untuk Persediaan Ke Uji Bakat MasterChef Malaysia Part 7


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. wahh nampaknya Gelanggang MasterChef Malaysia MUSIM KEDUA dah semakin
Berbahang! Semakin terasa bahangnya... i yang dulunya bekas peserta MasterChef Musim Pertama tu pun terasa berdebar-debar... 

Segera ingatan lalu terimbas kembali...

Hmm... banyak pengalaman pahit manis yang kuraih sepanjang di bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia Musim Pertama...

Hati ini terpanggil ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman suatu ketika dulu.... kerana ramai yang in box di blogs dan di laman Facebook bertanyakan tentang tips untuk turut serta pada peringkat pemilihan ujibakat yang bakal di adakan di serata negeri di Malaysia...


Jika anda seorang yang suka memasak
gemarkan dunia kulinari
mempunyai sedikit sebanyak tentang dunia masakan
berani menyahut cabaran
kental dari segi fizikal dan mental
cekal dan tidak takut untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan
tangkas dan kreatif
pantas dan cekap
jujur dan ikhlas
sukakan cabaran
sanggup berhenti kerja
sanggup meninggalkan keluarga *i tak rela sebenarnya*

maka anda patut menyertai ujibakat MasterChef Malaysia...

Wahh! dah macam iklanlah pulak yer tak! hehehehe

okay tanpa membuang masa meh! dok dekat sikit hakak nak bercerita dah ni yaa...

Sila baca syarat dan penyertaan uji bakat MasterChef tu betul-betul teliti. Faham kan betul-betul, yang mana tak faham tu silalah bertanya kepada pihak pengurusan, tidak mahu ada kesilapan semasa nak mendaftar tu nanti yaa..
kang ada yang datang dari jauh.. 
datang dengan semangat dan cita-cita..
bawak makanan sedap-sedap tetapi tidak memenuhi syarat.. dah frust menonggeng! banyak yang berlaku yaa.. pengalaman i masa mula-mula nak mendaftar tu.. ada jugak yang pakar di dalam dunia kulinari datang juga untuk uji bakat.. akhirnya di tolak...
dah frust...

Apa yang perlu anda lakukan selepas mengisi borang??

setelah baca apa syaratnya tu...
hah! pilihlah masakan yang ringkas, sedap, unik, dan boleh menambat tekak juri ekk..
dan yang penting masakan yang disediakan tu boleh disediakan dalam tempoh sejam selepas layak ke peringkat kedualah yaa..

yang mana terpilih sahaja yang akan berjaya ke peringkat seterusnya... setelah melalui beberapa ujian...


ini adalah gambar pertama kali i menjejakkan kaki setelah terpilih untuk ke peringkat saringan..
di Hotel Selesa Johor Baharu

Pakaian biarlah kemas dan simple...

make-up muka tu sikit yaa.. sebab nanti mereka akan shoot you untuk video so tak naklah nampak pucat aje muka tu.. grooming is important!

tolonglah jangan pakai pakaian yang berlip lap yaa.. 


sebelum di uji bakat tu.. anda di minta berposing dengan apron hitam!
muahahahaa awal2 dah pakai apron hitam hehhehe
so mereka akan snap gambar you dan makanan yang you bawak tu yaa...

*tu dulu.. tak tahulah sekarang macam mana agaknya*

dengan masakan yang you bawa tu... jika terpilih untuk ke peringkat seterusnya.. itulah juga masakan yang you akan masak depan juri.. semestinya yang sama!

so pilihlah menu dan hidangan yang you all benar-benar pakar yaa...


nampak tak tu... keluar aje dari bilik juri... nanti korang akan di kejar dengan cameraman...
wah masa tu.. gerenti you all jakon jap! hahaa.. ala-ala artis giteewwkan...
bersama kertas sekeping tu jugak.. bermakna keesokkan harinya anda berjaya untuk keperingkat kedua...
syukur Alhamdulillah.. masa tu HATI BERDEBARRRRRRRRRRRRRRRRRRR...

YAKIN DENGAN TIDAK AJE...

bila dah balik tu... usahlah buang masa.. silalah bersiap sedia..
beli bahan-bahan masak tu yang fresh.. periksa betul-betul cukup tak semuanya...

sempat lagi nak cuba memasak dua tiga kali tu hehhee..
masaklah sebelum nak bertanding esokkan hari tu yaa..
i siap buat timing dengan jam tau..
siap! memasak dan menghidang dalam tempoh 45 minit!

dan rehatlah secukupnya untuk hari esok... sembahyang dan berdoa banyak-banyak moga segalanya di permudahkan.. Insyallah...:))

good luck! hehehhhh


ini ujibakat hari kedua.. siap dah pakai apron dan topi tingi tu hehhehee
masa ni berdebar-debar hahahahhaha...
takut dah tak tahu nak kata apa...
i memang sukakan cabaran..
walaupun masa tu berbelah bagi... should i??? or NO??


ini dia hidangan yang i masakkan depan juri... dalam tempoh 45 minit siap! *yang isi dalam nenas tu dah luak kena kais dengan Chef2 juri masa tu hehehe*

siap dengan mengukir nenas tu depan juri ya cik adik dan cik kak!

i masak Gulai Tumis Udang Nenas

Wahhh!!! masa tu chef Zubir, Chef Joe.. siap puji lagi.. wah! wah!!

dan bersiap sedialah yaa.. macam-macam nanti akan di tanya...
Jeng! jeng! jeng!


ingat dah selesai ke??? ada lagi beberapa ujian...
ingat tak Anita dan Amita???
kami sama-sama menyertai uji bakat di Johor..
masa tu kami berbual sambil menanti giliran untuk ujian yang seterusnya...
DUP! DAP! DUP! DAP!


setelah melalui beberapa ujian... 

Syukur Alhamdulillah berjaya untuk keperingkat seterusnyaaa!!!!!!


 dari beribu peserta yang menyertai uji bakat MasterChef Malaysia...
hanya 40 orang sahaja yang terpilih...
mungkin selepas ini anda antara 40 yang terpilih????

GOOD LUCK!! ALL THE BEST!! yaa..:))


sanggup berpisah dengan anak-anak keluarga dan kawan selama berbulan-bulan??

Jika anda SUKAKAN CABARAN...

TERUSKAN NIAT DAN CITA-CITA ANDA... :))

SEKALI MELANGKAH... 

TIDAK MUNGKIN BERPATAH BALIK..

 INGAT TU... TERUSKAN CITA-CITA ANDA.. 


Insyallah anda pasti berjaya!

jangan takut dan jangan bimbang...

di mana ada usaha pasti akan ada hasilnya...

Yang penting... kita usaha ya tak? hehhee...

TAK CUBA TAK TAHU!

DAH CUBA BARU KORANG TAHU!

 muahahahahaaa


lepas tu kena serbu dengan peminat..

mana pergi mesti orang kenal..

ke pasar beli ikan pun orang minta tanda tangan..:))

dalam tandas awam orang sanggup snap gambar tepi pintu tandas!


di mana sahaja kena serbu!

bersalam, dan bergambar tak kira di mana berada..:)))


dah bersedia??

dan mari kita sokong kawan-kawan kita yang bakal....

meraih gelaran JUARA MASTERCHEF MUSIM KEDUA!!!

ALL THE BEST!!!


dan ini hasil usaha selepas tersingkir dari GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA...

sebuah buku resipi..

 SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH..
KLIK SINI <<<------- 

telah berada di pasaran!

SEMPAT lagi nak dapatkan buku i tu yaa. di dalamnya semua resipi yang mudah! ringkas! cepat!

Hah! memang sesuai untuk you all jadikan rujukan sepanjang berada di GELANGGANG MASTERCHEF tu nanti ****Wahh promote nampak!*** ehh dulu i bawak buku masa di Gelanggang MasterChef 2 beg besor hokey!! lebih dari 50 buah buku resipi yang tebal2 i bawak.. beli dan borong..:)) buku resipi memang banyak membantu sepanjang di sana tu nanti... :))

JIKA SHAHRIAH BOLEH!!
ANDA PASTI BOLEH!!!! I SOKONG YOU ALL GUYS!!!

TERIMA KASIH ASTRO.. TERIMA KASIH JUGA MASTERCHEF MALAYSIA!! kerana anda semua.. impianku menjadi kenyataan... Aminnn

Psttt Insyallah i akan berada di PERSADA JOHOR bagi UJI BAKAT musim kedua..

Insyallah.. JUMPA ANDA YANG HEBAT SEMUA DI SANA!!! I NAK SOKONG YOU ALL TAU!!!
TUNGGUUU!!!



Assalammualaikum...

TATA!!


Friday, May 11, 2012

Kenangan Di Gelanggang MasterChef Malaysia Part 6


Assalammualaikum.. wahh nampaknya kali ni laju sikit masukkan N3 kisah sepanjang di MCM tu kan... kalau tak dah nak berhabuk giteeww baru ku hupdate hehehhh...

Wahhh nampak tak gambar di atas tu?? hah! tu gambar ihsan masa i bercuti tahun lepas.. sebaik sahaja i tersingkir dari Dapur MasterChef!! Wahh ingat i sedih ke??? Hehhhhh bangga YoU! insan yang paling gembira tersingkir.. giteeww...


nyaman aje kan udara kat dalam gambar atas tu... itu simbolik pada N3 i kali ini.. yer kisah seram yang ingin kusambung ceritanya yang hari tu sengaja ku taip BERSAMBUNG.. pastu senyaPPP tak bersambung hahahhaa.. sibuk hokey.. pulak bila nak masukkan N3 dah tengah malam.. tak berani.. so hari ni i update N3 waktu siang so tak ler takot sangat ehehehhe.. i kan maharaja penakot! ya giteww...


Ada banyak pengalaman kisah seram sepanjang di MCM tu.. tapi i masukkan dulu cerita yang ini ekk.. kiranya i dah skip banyak kisah seram... tapi yang ni memang cukup menakotkan i...


Hokey.. sila betulkan tempat duduk anda semua.. hakak nak mula bercerita dah ni... macehh.. jangan lupa bekal kuaci.. sambil baca boleh makan-makan sekali hehehe...

Suatu hari tu... bila peserta semakin berkurangan.. ye lah tiap hari ada aje penyingkiran kan kan... Okay jadi kami telah di pindahkan ke rumah dan bilik lain... tiada yang terkecuali.. so i yang asalnya sebilik dengan Ary Malik terpaksa ler berpisah secara rela.. ahakz!

Pastukan kan...
Syukur Alhamdulillah.. kali ni i dapat lagi bilik yang cukup best! kali ni bilik yang i pindah tu.. cukup besar *bolehlah* lengkap dengan segala peralatan.. meja solek, gerobok baju, katil besar, aircond, kipas ehhh.. segala-galanya cukuplah!
dan yang bestnya tu.. hanya i sahaja yang tidak berkongsi bilik... kiranya speciallah tu.. muahahhahahah...

Okay pastukan.. pemandangan kat bilik i dari tingkap tu cukup cantik naa.. ada pokok besar.. dan ada banyak burung kat atas pokok tu.. asyik berciap aje.. leka i taw...

bagi  i minum air jap.. 


Sambung cerita.. pastukan...
maklumlah i ni jenis manusia yang memang suka bersendirian dan sukakan suasana yang sepi tanpa gangguan...

So bila dapat bilik yang best lagi sunyi tu kan kan...
Wahh mulalah i hias bilik tu macam bilik i kat rumah *walaupun tak sama* hehehhh..

So malam bila nak tidur tu.. i bukak langsir luas-luas.. tingkap tak ku tutup.. biar aje macam tu... dengan harapan sambil nak terlelap tu menikmati suasana malam dengan bulan bulat mengambang.. kebetulan malam tu.. bulan bulat naa.. Subhannallah!!



Pastukan.. macam biasa bila nak tidur tu i akan pasang CD Surah Yasin... dengar sambil terlelap sehingga keesokkan harinya...

Padahalkan malam tu sebelum tidur i sempat baca Surah Yassin selepas solat Isyak kebetulan masa tu tak ada shooting sebab cuti berpindah bilik giteeww kan kan.. so ada banyak masa terluang... sorrylah i nak berjalan rumah kengkawan.. i memang suka memerap dalam bilik.. banyak yang boleh ku kerjakan.. sambil tiap masa berdoa "CEPATLAH TERSINGKIR!!" giteeww.. serius ni hokey! 


Apasal mengeluh?? penat scroll down? dah tu i yang menaip dengan kelajuan 100 perkataan 20 saat ni lagi semput taw.. hahahhaahha!!

Selesai aje solat tu.. sambil baring i baca Ayatul Kursyi macam selalulahkan... ni kena tulis bukan nak tunjuk bagus tau ni.. 

Selesai aje baca... mata ni dok ler memandang ke bulan di luar sana tu.. sambil baring taw ni... tingkap terbuka luas.. tapi ada jaring so tak ler ternganga macam tu...

Langsir terbuai-buai di tiup angin malam... mata semakin kecik.. kecik.. dan kecik.. lepas tu terus terlelap!!!


Hengko orang tau tak.. dalam nak terlelap dan nak mimpi tu....

tetiba...... katil i bergoyang-goyang!!!
kuat sangat!! macam kena goncang-goncang giteww....
mata ni katup tapi nak bukak tak boleh.. huaaaaa....

Pastu kan.. semakin kuat bergoncang katil i tu.. sedaya upaya i cuba nak bukak mata.. nak sebut ALLAH pun tersekat kat celah tekak tu hah!

Korang tahu tak.. apa yang membuatkan katil i yang besor tu bergoyang dan bergoncang macam gegaran tsunami giteww???

Yaa.. ada 3 orang budak kecik!!!! sedang melompat-lompat atas katil i hokey!!!!!!!!!!!!!!!!

dalam payah nak menjerit sebut ALLAHUAKBAR!! tu kan.. ku gagahkan jugakkkk!!!
sekuat tenaga yang ada... agaknya masa nak tidur tu ada air sembahyang lagi... so kekanak hantu tu cuma dok melompat kat tepi i aje...!!!

ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tercungap! cungap! nafas i masa tu.. dan budak-budak yang badannya ku nampak.. muka berbalam-balam aje tu lesap hentah ke mana!!!

jangan cakap itu hanya mainan mimpi i okey!!!

cadar katil i berkerumut! *bekas kena pijak*

sekarang nak cakap haper???


i tak dapat lelapkan mata malam tu.. nak tutup tingkap pun takot!!! peluk QURAN sepanjang masa.. baca Ayatul Kursyi dalam hati.....

esoknya shooting dengan mata kuyu.. menguap tak sudah!! i dok riuh bercerita dengan semua... yang korang dok syiok menonton kat depan TV best sangat kan kan....:)))

dan rupanya.. bukan aje malam tu i kena kacau...

KISAH BERSAMBUNG!!!


kali ni lebih dahsyat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ko tunggu! ko tunggu!!

Tunggulah sampai i ada masa terluang nak post N3 kisah seram ni ek...

semestinya nak kena tunggu siang hari... ni pun berapa kali terkejut sebab ada burung hinggap kat celah tingkap i tu muahahhaa...

psstt.. pesanan ringkas dariku.. jangan lupa tutup tingkap tau!! hehehheh...

psstt.. dan bukan i sahaja yang kena kacau.. ramai lagi.. dan sekarang tidak lagi Huhuuhuhu...

Jumpa lagi!!

TATA!!!


Wednesday, May 9, 2012

Kenangan Di MasterChef Part 5


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. ya bertemu kembali kita dengan kisah dan kenangan sepanjang berada di Gelanggang MasterChef Malaysia...

Mintak maaf ler bebanyak sebab dah lama blogs i ni tak berupdate.. Al-maklumlah semenjak dua menjak ni sibuk sangat... so bila ada kelapangan sedikit ni... semestinya akan i sharekan pada semua.. tak giteeww.. don't worry kepada sesiapa sahaja yang follow kisah i di MCM tu... jangan risau.. ada lagi sejuta BAB yang nak ku ceritakan! perghh.. mungkin kalau cenggini punya cara masukkan N3 sebulan sekali.. mungkin tahun 2020 baru tamat! mintak-mintak ALLAH SWT panjangkan usia i dan berikan kesihatan yang baik.. so dapatlah ku tamatkan kisah sepanjang di MCM tu yaa...


Okay N3 kali ni i nak share dengan you all kisah masa i bertarung di dapur rumah seorang celebrity yang tak asing lagi.. ya pandai... yang pakai apron tu dah semestinya i.. hehehh sebelah i tu Chef Ridz... dan sebelah Chef Ridz tu pulak...suami kepada Sazzy Falak... *psst nama suami dia i terlupa!* ampun hahahahaa...


Masa ni baru tiba dan kami berbual mesra dengan tuan rumah.. Sazzy memang peramah dan sesiapa yang cakap dia sombong tu.. anda tersilap besar.. sangat baik dan lemah lembut sahaja bicaranya. Dan beliau sangat cantik.. comel dan kecik aje.. tak sangka ada baby girls kembar lagi hokeh! comel naa.. sorry gambar tak dapat i nak share.. :)) kalau teringin tengok ajelah dalam majalah ekk... pastu kan... Rumah Sazzy memang cantik.. masa tu i kena interview.. wartawan tanya.. cantik tak rumah Sazzy.. dan i jawab dengan jujur.. i suka toilet dia.. cantik naa.. tak caya pergi ler tumpang toilet Sazzy kalau nak tahu hehhehehehhhh...



Nampak tak yang duduk berderet dan secara berhimpit tu??? yaa... dari kiri Abang Wahidan, Daniel, Amitha, Leena, i dan Deena... apa yang kami bualkan masa tu... apa yang Sazzy Falak dan keluarganya terhingin nak makan dan apa yang masakan yang sememangnya beliau dan keluarga gemari... Ingat tak lagi masa tu Challenged yang kumpulan merah dapat?? Yaa.. French Cousine...


i selaku ketua kumpulan merah telah mengaggihkan tugasan mengikut kepandaian kengkawan i... so agih secara adil dan saksama.. tak ada pilih bulu dan tiada paksa memaksa... secara sukarela yaa.. dan itu memang cara i... kerja is kerja...:))


leka dengan tugasan yang di berikan.. dan i sentiasa memantau kebersihan... itu memang amalan i sejak dulu... nampak aje i riuh dan suka gelak.. tetapi jika sedang melakukan tugas.. i am a very serious person...:))


sentiasa berkerjasama... me and Deena..:))


me and Daniel..:))


Chef Ridz sentiasa memantau.. nampak tak cameraman yang terjulur-julur tu.. hah! jangan laa nak mengelat! ada 3-4 cameraman yang sentiasa memantau apa yang kami buat hokeh..:))
Jika ada yang tanya.. Kekok tak sha berkerja depan camera??
Jawapan jujur dariku... Semestinya tidak.. dah terbiasa... 24 jam depan camera! 5 bulan lebih hokeh di hadap dan di kelilingi oleh cameraman.. kacak pulak tu peh! hahahhaha


Masa plating tak boleh ramai-ramai.. pendek cerita kalau sorang buat plating.. sorang tu jelah... tak nak nanti hiasan atas pinggan tak sama.. lagipun sebab tak banyak.. kalau ramai yang makan memang 2-3 orang yang akan bantu buat plating.. nampak tak tangan i tu... wahhh... kononnya.. cewaahhh

Okay lebih dari tu i tak nak cerita.. rasanya semua ada tengokkan apa yang berlaku selepas itu??? kelam-kabut sedikit.. tapi i dan kengkawan maintain cool.... i love my friends...:)) cayang kat semua yang terlibat masa episode di rumah Sazzy Falak... hanya kami sahaja yang tahu apa yang berlaku... kenangan manis yang tidak mungkin kulupakan sampai bila-bila....


Okay sambung cerita sikit lagi.. al-maklumlah setiap hari sentiasa ada jadual shooting tidak pernah tidak.. kalau ada cuti sehari pun.. pagi ada interview so masa rehat sangat terhad... ni nak cerita ler ni.. you all tahu tak.... kan tiap-tiap hari shooting... so bila malam balik dah penat, selesai semua tanggungjawab tu terus ler merehatkan badan.. terus ler terlena..... bila terjaga tu kekadang tu tengah malam *walaupun kami selalu balik lewat pagi* mesti terjaga dan terbayang-bayang camera dok beratur depan mata i hahahhahaa.. wahh dalam kelat-kelat mata tu kan.. sempat gak senyum.. kengkonon depan camera! hadoii itulah kenangan manis yang tak dapat lupakan... sehinggakan bila dah balik rumah tu pun kan.. dalam seminggu tu masih lagi terjaga tengah malam.. dok ingat tengah shooting dan ada cameraman banyak naa depan i... wahhh.... giteeww... sekarang tidak lagi! hokey..:)) segalanya telah kembali normal!! Syukur Alhamdulillah.. HoraYYYY!! << poyo!

Sambung lagi nanti ekk... bagi i fikir nak masukkan N3 apa.. lepas ni.. so tunggu!! Salam ceria dariku.. muahzzz..

TATA!!