TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Tuesday, August 14, 2012

Dah Menjangkit Sorang Lagi Hadoiiiiiiiiiiiiiiii


Assalammualaikum.... :D

Waduhhh nampak tak gambar bas tu???
ingat lagikan masa tu Abang Amin.. telah berangkat menyahut panggilan Negara cecewahh...
PLKN... ya giteeww..

Hah! ni dalam sibuk membuat persiapan hari raya.. kami sekeluarga di gemparkan dengan satu lagi berita baik.. erkkk baik ke? baik ler sangat! :))

Ingat lagi.. masa Abang Amin dapat tahu terpilih ke PLKN..
Kami semua tumpang gembira bercampur sedih.. << bab sedih bagi ler kat i!
sebab memang tak sanggup berpisah lagi dengan anak-anak selepas bertarung di gelanggang MCM 2011
cukup-cukuplah tak nak lagi dah! seksa jiwa dan raga ku ini...

hah.. tetiba....



'TAHNIAH!!!! AEMIR TERPILIH UNTUK KE PLKN SEBAIK SAHAJA TAMAT PEPERIKSAAN SPM HUJUNG TAHUN INI 2012!!!!!'

Terkejut berok i you!!!

kata bila satu keluarga sorang aje yang akan di wakilkan ke PLKN????

tetiba TUP! TAP!

Abang Aemir terpilih untuk turut serta PLKN tahun ini!!! sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM!
begitulah yang di sampaikan oleh pihak pengurusan sekolah pagi tadi!!!
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kenapa Aemir?????????

dia bukan main lagi masa Abang Amin terpilih dia dok gelak sakan sebab gelakkan rambut Abang Amin bakal di BOTAL A.K.A GONDOL!!!!

sekarang?????????????????????????????????

Abang Aemir terus jatuh bahu... sambil usap rambutnya yang sedia pendek tu...

Pak Habibi dok gelak sakan!!!! sambil jeling2 penuh makna kat i!!!!

Nellysha dengan muka selamba..

"Wahh dulu Abang Amin selalu kirim Baklava dari Momma.. Abang Aemir mesti kirim ayam panggang kan??"

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

i????????
i?????
i???

terpaksa melepaskan seorang lagi anak kesayangan ke PLKN demi negara tercinta... :D

apa pun kita tunggu mana lokasi bakal Abang Aemir di tempatkan!!!!

Kalau KELANTAN ATAU TRENGGANU???

i cakap kat Pak Habibi...

"Wahh lepas ni i bolehlah beli periuk kukus dengan kendi air!!!"

muahahhahahaha...

hadoii satu hal pulak dah ni...

Harap Abang Aemir yang sentiasa serius dan tak sukakan benda atau perkara remeh tu tabah bila TERPAKSA berkumpul dengan rakan-rakan baru dan juga jadual hidup baru... selamat berdikiri anakku.. cecewahhh...

Pak Habibi dah sound awal-awal...

"Lepas ni jangan tiap minggu nak ke sana... kalau sekitar Melaka atau JB boleh lagi.. lebih jauh dari itu sebulan sekali!!!! tak sanggup i nak drive..."

i jawab apa tau... :D

tak pe... tak pe... kita tengoklah nanti...

Sekian sahaja... kisah Abang Aemir di PLKN dah kusiapkan satu folder harap tiada yang jemu membaca N3 selepas ini... *hujung tahun punya kisah ni* :))


Good Luck Aemir.. dari sekarang dia dah start pumping and jogging untuk stamina katanya :))

Sekian....

Assalammualaikum...

TATA!!

Monday, August 13, 2012

Kisah Hari Raya Jeman Dulu Kala.. Aku Ada! Ko ada?


*gambar credits to uncle Google :D*

Assalammualaikum.. :)

Ramadan kian melabuhkan tirainya.. Aidilfiri sudah menanti tidak lama lagi bakal menjelma... :)

Kali ini i nak share kisah dulu kala di mana masa tu i masih kekanak hingusan lagik!
beraya sakan bersama kawan-kawan di kampung... jarang i beraya dengan adik i sebab leceh! :))
kang baru dapat 2 buah rumah duit yang dapat cuma 30 sen! *zaman dulu 30 sen banyak okeh!* :))
Hah.. dah merengek nak beli eskrem sebab haus! tadi kat rumah orang tak pulak ko gogop air free dalam jug tu yaa.. biasa lagi dia! hepp :D


dulu masa zaman kekanak i mesti beraya dengan kengkawan di kampung tidak ler ramai.. adalah dalam 3 orang tu pun jiran selorong sekarang tak tahu agaknya mana pergi kengkawan i tu!

so bila beraya tu i mesti bawak beg duit kecik siap ada tali so i selimpangkan kat bahu.
Wahh rambut masa tu panjang paras pinggang... akak i akan tocangkan ala-ala roti pintal tu.. hah giteeww cute ngko! kira dah habis lawo ler masa tu :))


Wahhh berjalan ler reramai.. jalan kaki tak bawak basikal bonda i tak bagi!
sampai hati kan.. so berjalan ler kaki.. setiap rumah yang kami lalu kalau ramai kenderaan ada kat depan laman kami pakat ramai-ramai masuk!
berita baik tu.. sebab ramai anak2 jiran i yang balik so duit angpau pun dapat ler lebih wahhh suka benor! :))


dan yang paling bestnya tu.. setiapkali bersalam untuk dapat duit raya.. i mesti dapat duit raya lebih!!! malah berlebih-lebihan dari kengkawan i yang lain wahhhh ramai yang jeles stok jaki lepas balik tu i kena tinggal kat belakang yang lelain tu pakat lari tinggalkan i.. huaaaaaaaaaaaaaaaaaa sampai hati diaorang kejam tul! :))

nak tahu kenapa i dapat duit lebih? walaupun kami semua sebaya?? ;))


Bila bersalam-salaman tu kan.. mesti mak cik ke pak cik tuan rumah tu akan tanya.. kami anak siapa... ??duduk mana? usia berapa?? so kami ni menjawab ler sejujurnya.. tiba giliran i aje... i ni dari kecik peramah tetapi pemalu awwwwwww :)) serius okeh... :D

"Saya anak Cikgu Abdullah.. Ibu saya Salmah Haris..."

dialog di atas tu i yang cakap ehh.. mesti suara i kecik2 dulu comel! :))

ngko orang tahu apa terjadi????!!!!

"Ohhhh... kisahnya anak Cikgu Dollah... Anak Yah yaa.. ehhh.. Yah ada anak kecik lagi ke?"

Wahhh ngkooooo... masa tu hidung kembang kempis yoUuu... dia tak tahu adik2 tak ku hangkut sekali! muaahahahhaaa :))

sebab apa tau.. beza i dengan kakak dengan Abang memang jauh.. so yang jiran-jiran i kenal cuma kakak dan abang i aje huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa betapa tak glamnya i masa tu... perghhhh kan kan... :D


Masa bersalam tu dah dapat sampul ang pau tau...
ehhh lepas tu masa nak sarung kasut ke selipar masa tu tak ingat :))

"Ehh mana anak Cikgu Dollah tadi??"

wahh masa tu i pun deras2 angkat tangan! tegak ngko aii.. takut mak cik tu tak nampak! sebab i paling pendek! :))

"Nah! ni duit raya tambah lagi.. Kirim salam Ayah dan Ibu yaa... hati-hati masa berjalan tu..."


Kat tengah jalan tu jugak kusoyatkan kertas sampul duit tu.. huaaaaaaaaaaaaahhhhhhh lumayan!
masa tu i dah terloncat-loncat macam kera kena belacan!
dalam teruja dapat duit raya lebih tu..
i kena tinggal dengan kengkawan i tau.. kesian i.. tak pe.. tak pe..
lepas tu i terus balik rumah.. lama jugak i kena pulau...

ehhhh.... ada aku kesah?!!! esok i heret adik2 i.. tapi awal-awal dah pesan..
selagi belum cukup RM10 jangan mengada-ngada nak beli air tau!
Dan jangan lupa belanja akak ko ni!
ya giteeww...

sekian kisah raya jeman dulu.. i ada.. ko ada??? :))

bersambung..

Assalammualaikum..

TATA!!







Friday, August 10, 2012

Kisah Choc Chips Deena..MCM 2011


*photos credit to uncle googles*

Assalammualaikum :)

sempat juga mengupdate blogs kesayangan i ni kan kan.. okay kisah ini berlaku tahun lepas..
masa tu kami semua baru sahaja kembali untuk 'PERINTAH BERKURUNG'
masa tu masih lagi musim raya.. almaklumlah kami semua kembali ke Gelanggang MCM pada hari raya ketiga!!! sampai laa i teringat-ingat.. cian anak-anak berhari raya tanpa ibunya sekalikan..
kalau tak dah boleh collections duit raya ramai-ramai :(
Tetapi kini tidak lagi :D

Okay ingat lagi masa tu... kami semua kembali dengan memasing membawa biskut raya.. i aje bawak berbalang-balang rasanya yang paling banyak bawak biskut raya kot.. sebab boleh di agih-agihkan pulak kepada kengkawan semua tu kan...


Okay masih ingat lagi kat Deena kan? ala yang comey dan cute giler tu!
adik kesayangan i sepanjang ada di MCM..
i panggil dia Deena Bom! Bom! sebab dia cute!
menyahut pulak tu bila di panggil :))


Okay satu malam tu masa kami semua sedang bersantai depan tv, masa tu tak ada shooting.. so i macam biasa akan berkepit dengan buku.. selak manjang bukan ku baca pun.. kepala asyik teringat kat keluarga di rumah huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tetiba Deena sibuk di dapur.. dapur we all tu jenis open concept.. ala2 moden house giteww..
Deena hentah apa di bikin... sibuk sesorang..
So i yang sedang dalam dilema tu dok ler meneman dia di dapur..:)

"Deena Bom! Bom! buat apa dik?"

Masa tu Deena tengah sukat tepung dan gula..

"Deena nak buat Choc Chips Cookie. Chewy and Gooey."


So i ni jadi pemerhati ajelah ya... menolong memang tidak!
tak kuasa.. membuatlah Deena sambil kami berbual.. rumah kami besar tau.. ada 3 bilik.. i sebilik dengan Ary Malik.. Deena dengan Amita...
wahh macam orang bujang kami masa tu.. rumah tu pulak eksklusif tetiba terasa macam kami semua ni pegawai yang di tugaskan berkrusus :)) semuanya lengkap ber-aircond.. toilet je yang tak de aircond :))

Pung! Pang! PEng! TiNGG!!

siap ler Choc Chips Cookies Chewy & Gooey Deena :D


Gambar beskot tu lebih kurang macam gambar di atas tu.. kebetulan pulak ada gambar kat googles terus i copy paste..

BIskut Deena besar PENUMBUK!!
tebal 1 1/2 inci!!!
Manis ya HAMPON!!!
Chewy & Gooey!!!
dapat lebih kurang 10 buku ke 8 buku!!
sekeping boleh kongsi 4 orang!! :))


Buh dalam tupperware muat 2 biji aje.. tu pun deena terpaksa pecah2kan kalau tak, tak muat! :))

dah tu jerk.. kenangan lalu sepanjang berhari raya di MCM 2011..

memang beskot tu sedap giler!!! tapi  i kena sulam dengan kopi tanpa gula :))

Untuk Deena kalau dia terbaca N3 i ni..

"Kak Sha rindu sangat kat Deena.. Hopefully nanti kita dapat berkumpul semula macam dulu..:)"

Assalammualaikum..

Bersambung..

TATA!!





Thursday, August 9, 2012

Siapa Ratu Bawak Beg Paling Banyak Masa Di MCM?


*Credits To Uncle Google* :D

Assalammualaikum..:)
Ni penat ni sebenarnya nih.. baru je selesai buat beskot raya.. bila dah selesai mengemas dapur.. ingat naik nak terus tidur... solat dulu jangan lupa :D yaa tahu.. << sendiri ingatkan diri sendiri :D

Hah! i tahu ramai benor yang ternanti-nanti kisah kenangan i sepanjang di gelanggang MasterChef.. hah! sementara mata tak leh nak lelap tu hakak nak cerita ler sikit.. pulak gambar main pakai cedok kat uncle googles.. macehh :D

Kerja dah jadi ringkas dan mudah cecewahh :D


Siapa Ratu Paling Banyak Masa Di MCM *MasterChef Malaysia 2011*

i ler Ratunya.. nak tahu berapa buah beg i bawak masa datang untuk perintah berkurung selama lebih 4 bulan setengah atau lebih kurang 5 bulan kot? ahh gasak ler yang penting i dah bebas :))

Okay... nampak tak beg di atas tu? bersusunkan.. itu adalah beg dari jenama yang sama ku bawak masa di gelanggang MCM jenama Pierre Cardin.. sama rupanya cuma keler aje warna merah menyala :D tak caya tanya kengkawan di MCM.. tanya Brian, Abang K, Zareer dia adalah antara insan yang sering membantu i mengheret segala beg yang kubawak masa tu muahahaa..:))

Ko tak malu ke Sha? memula malu jugak.. ehhh okay jugak i bawak baju dalam beg.. ada tu bawak dengan hanger2 sekali.. heehee.. 



Kalau you all nak tahu dari rumah lagi.. Pak Habibi dah berleter panjang lebor.. boleh ke you angkat semua beg tu nanti?? sekarang ni bolehlah i tolong bawakkan.. nanti kat sana siapa nak tolong??

nak tahu apa i jawab?

"Ramai lagi lelaki gentlement kat sana tu nanti.."
:))

Kisahnya betul ahahahahaaa :)) kan dah kate tadi kan kan..:D


i bawak..
2 beg besar kasut :D
1 beg make-up :D
1 beg besar semata-mata berisi tudung :D
2 beg besar berisi baju cukup untuk 4 bulan!!! :D
2 beg penuh makanan :D
2 beg peralatan cucian dan hanger :D
2 beg besar berisi buku resipi dan nota :D
4-5 beg kecik-kecik hentah tak ingat apa yang kuhangkut! :)) Insya~ALLAH bila ingat nanti i kisahkan kat you all..



Dan yang paling eksklusif i nak beritahu kat you all semua.. sepanjang menetap di sana tu... kesemua barang-barang berisi pakaian dan keperluan fizikal i tak keluarkan dari beg.. i akan gantung dan gosok pakaian yang akan i pakai untuk shooting selama seminggu, selebihnya i biarkan dalam beg, jangan risau tak berbau sebab i ada bubuh pewangi pakaian dalam beg iteeww ya giteew.. :D
Nak tahu kenapa i tak keluarkan semua pakaian2 i tu???
sebab tiap hari i berangan akan disingkirkan TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGlahhh...
i memang nak balik sangat setiap HARI YAAA...;)



I INGAT lagi.. Brien Chen Cakap macam ni masa tolong i punggah beg2 i yang berlubur tu masa tu nak kena pindah bilik.. begini ayatnya...

>>> sila baca dengan gaya2 Brien Chen ya.. :D

"Kak Sha!!!! Bawak batu ke haper??? beratnya beg ni?"

nak tahu i jawab apa???

"Syyyy.. diam-diam tolong angkat boleh tak dik?"

:)) :))

dan i masih ingat lagi.. Brien tolong angkat  beg2 i tu sehingga ke tingkat 2.. dan sepanjang dia angkat beg tu dia kira!

"Kak Sha!!! ada 17 beg semuanya!!!!!!!!!!!!!"

sekarang dah tahulah yaa..:D

sekian sahaja kisah kali ini... :D

Sambung nanti...

Assalammualaikum..

TATA!!



Wednesday, August 8, 2012

Nak Tahu Apa Yang Ku Buat Sebaik Sahaja Tersingkir Di Gelanggang MasterChef 2011?


Assalammualaikum :) Wahhh laju! laju! aje mengupdate blogs luahan hati i ni kan...:)
Mesti ramai yang suka sebab laju aje.. muahahaaa :D
Tunggu lepas ni bila dah sibuk buat beskot alamatnya.. gambar ini ajelah yang tergantung :))

Okay kisah kali ini i nak share kat you all apa yang i buat sebaik sahaja tersingkir dari MasterChef Malaysia tahun 2011... :)


Pertama sekali i terus terbang pulang ke pangkuan anak-anak.. dan suami waduhh terubat benar rindu dendam i selama berbulan-bulan TERKURUNG TU KAN KAN..:)

Selepas seminggu pulang i naik semula ke KL sebab ada lagi shooting bersama Astro.. i hangkut sekali anak-anak.. menginap di hotel.. Pak Habibi tak ikut sebab bekerja selang seminggu dia baru sertai kami anak-beranak.. wahh ramaikan anak-anak i :D


tak ada buang masa lagi.. ada pak habibi ke tak de ka..
i terus bawak anak-anak bercuti...
malas nak memandu dan tak tahu jalan memang selalu tersesat pun :))
so sewa limo... pedulik haper berapa rega yang penting dapat release tension yang dah berbuku-buku di dalam dada i ni hah!


segala tempat ceruk rantau pusat peranginan semuanya i terjah!
tu belum cerita kisah makan lagi tu..
segala apa yang ada depan mata semua kubaham!
wahh ganaskan i..:)
happy sangat you dapat bertemu dengan keluarga..
mana pernah berpisah lama.. bercuti memang rutin i sekeluarga selama ini... cian anak-anak i terbiar tanpa kasih sayang dan perhatian dari emaknya ni hah! awww :D


krismas masa tu.. wahh macam kami pulak beraya sakan..
tak peduli.. setiap detik memang berjalan aje kerjanya...
sana sini situ sana i terjah... jakon pun yerk..
perasan macam ada camera aje depan i ala-ala masih dalam shooting :))
baru you all tahukan.. trauma okeh..:)


nampak apa benda depan mata semua i cuit dan terai..
beli ketidak tu belakang kira.. yang penting masa tu i happy gilerrrrrr!!
hah! giteewwww :D


korang jangan tak tahu ekk.. hobi i memang berkaraoke.. mana sempat booking aje.. lagu wajib i akan nyanyi.. :D
Matahariku...
My All
Always Love You
Menyintaimu
dan banyak lagilah..

psstt... walaupun kekadang tu pitching lari.. suara tetap sampai yaa... *echo mic tu maksimumkan sikit* :))
datang segerombolan bersama keluarga dan sanak saudara wahh gitewwwww :))


dan selepas itu kemana kau pergi.. semua orang serbu ajak bergambar.. dan sehinggalah sekarang ni yaa.. mana aje i pergi.. mesti ada orang tegur..

"Shahriah Masterchef kan kan????"

apa lagi.. i dalam cuak...

"Tak silap lagilah tu kak.." :))

Sekian sahaja... bersambung lagi nanti yaa...

Assalammualaikum..

TATA!!



Tuesday, August 7, 2012

Kenangan Sepanjang Ramadan Dan Aidilfitri Di Gelanggang MasterChef


Assalammualaikum... :)
Wahh tetiba boleh pulak ada mood nak mengupdate kisah kenangan di gelanggang MasterChef yerk..:)
Sebab apa tau.. sebab tetiba petang tadi i terkenang-kenang kisah tahun lepas di mana waktu bulan puasa dan Aidilfitri yang ku sambut sungguh ler bermakna sekali..
gembira ke?? huishh tu ler nak ceritakan ni...
bukan gembira tetapi makan hati dan berada di dalam dilema.. nak tahu kenapa??

Hah! gini tahun lepas bulan Ramadan yang pertama i baru aje pulang dari boot camp MasterChef masa tu i baru sahaja lepas bertarung untuk merebut tempat TOP24!
Syukur Alhamdulillah dan i tergolong di dalam golongan iteeww.. ya giteeew.. dalam keseronokkan itu.. i pulang selama sebulan untuk berpuasa bersama keluarga tersayang..

Hmm.. sepanjang bulan puasa tu i langsung tak rasa gembira pun walaupun i ketika itu berada di tengah-tengah keluarga yang i kasihi.

Apa taknya... puasa sebulan dan biasanya kita rakyat Malaysia akan menyambut Aidilfitri juga selama sebulan.
Tapi i kena pulang semula ke gelanggang MasterChef pada hari raya yang ketiga!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Makkkk!!!! Tak SUKA!!!!!
serius sepanjang berbulan puasa di rumah.. mood i sedih aje :(
yalah ngko.. mana pernah i berhari raya 3 hari sahaja selepas tu dah kena PERINTAH BERKURUNG!!!
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
baca dalam hati... >>> tiap malam melalak! :D


So sepanjang sebulan ada di rumah tu.. mood i nak bersiar-siar bersama keluarga memang tak ada langsung!!!
kalau boleh nak berkurung aje dalam rumah! nak hadap anak-anak dan suami tiap saat ngko aii...
tak sanggup rasanya nak berpisah.. tapi nak buat macam mana kan..
yang ko GATAL PI MASUK UJI BAKAT TU SAPE SURUH!!
PADAN MUKA i...:))

Setiap hari memasak untuk berbuka i masak yang enak-enak.. jarang beli di bazaar tak macam sekarang :D
Kalau boleh juga i rasa macam nak tarik diri!
tapi tak adil buat mereka yang inginkan tempat TOP24!
ya lah ngko semua berhempas-pulas untuk melayakkan diri.. hmm...

Mood persiapan hari raya pun biasa-biasa sahaja.. mood nak bertandang ke rumah sanak-saudara bila tiba raya juga tak ada!!
percaya tak.. waktu hari raya tahun lepas 2011 i hanya sempat ke rumah ibu mertua.. dan selebihnya i memerap di rumah.. huaaaaaaaa... buat persiapan untuk bertarung di gelanggang MasterChef.. hadoii kalau di ingat-ingat memang tak percaya! tak sanggup i tell you all..:(


Masuk aje Ramadan yang ke sebelas.. mood i nak share masakan di blogs atau jengah FB memang dah tak ada! langsung tak bukak pun.. kalau ada pun cuma cek email... sebab ada tugasan dan pesanan dari pihak penaja.. ya giteww.. selebihnya i melepek aje di rumah atas sofa.. mata asyik terkebil-kebil... membayangkan nasib i selepas berjauhan dengan keluarga tersayang... menangis jangan cerita.. tak keluar airmata memang.. tapi menangis dalam hati.. stok MERAUNG MACAM NI...

MAKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!! TAK NAK PERGI!!!!!!!!!!!! TOLONG!!!!!!!!!!!

STOK MERAUNG TAHAP KRITIKAL!! tapi cuma dalam hati sahaja okeh :D

hah! ngko macam tu sekali...:D

Tapi kini... yakni tahun ini 2012 Ramadan begitu bermakna sekali buat aku dan keluarga!!!

I LOVE ALLAH!!!!
I LOVE MY FAMILYZZZZ!!!
I LOVE MY FRIENDZ!!!!

Subhannallahhh!!!!!

SEKARANG kesedihan dan dilema itu telah berlalu pergi...
i cukup bahagia sekarang ini.. ada keluarga sentiasa dengan i...
ada kawan-kawan macam you all yang sering bertandang dan bubuh komen yang buat i tersengih macam ni >>> :D :D :D setiap kali membacanya..

Apa pun....

 SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!!!!!!!
SYUKUR YA! ALLAH!!!!!!!!!!
TERIMA KASIH ALLAH!!!!!!!!!!!!
TERIMA KASIH KELUARGA KU!!!!!!!
TERIMA KASIH KAWAN-KAWANKU!!!!!!!


I GET BACK MY ORDINARY LIFE!!!!!
TQ SO MUCH ALLAH!!!!!!!!!!!

Tahun ini.. i memang GEMBIRA SAKAN!
SAMBUTAN RAYA TETAP BIASA DAN TIDAK BERLEBIHAN!
KERANA I TERLALU GEMBIRA..
aku telah KEMBALI KEDUNIA ASALKU...

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

AMIN... :)

psttt... erkk sorry yaa agak emosi sedikit :D

Kisah bersambung....

Assalammualaikum..

TATA!!

Monday, August 6, 2012

Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar TAMAT ya, giteew


Assalammualaikum... :D Wahh berjeman nak menghabiskan kisah lagenda buah rambutan terbakar i ni kan.. :)) Tu belum lagi sambungan kisah kenangan di gelanggang Masterchef.. rasanya kisah yang tu makan tahun kot :))

Okay ini kisah penamat.. jangan ko tanya-tanya sambungan kisah rambutan terbakor ni yerk..

Yang mana baru nak mengikuti... cecewahh ayat kemain lagik! :D
Yang mana baru nak membaca kisah rambutan terbakor tu.. baca dulu yang ini >>



dah siap sedia? hakak nak nyambung kisah lagenda ni :D


dah kena marah dengan Pak Habibi sebab nangkap gambar dia kat selah pokok rambutan tu kan.. i pun berjalanlah lagi ke dalam kebun sana tu hah.. wahhh ada banyak buah cempedak berjuntai-juntai.. walaupun dalam gambar tu cuma ada sebiji aje yang terjuntai.. percayalah memang banyak dan i terjakon seketika cecewaahhh... ya giteeww :D


dak kerempeng dah tergaru-garu!
banyak nyamuk dan gatal kena lalang kering.. wahh masa tu tangan gatal aje nak membuat unggun lagi :))


tetiba Nellysha menjerit!
"Momma! ada asap! ada asap!"

masa tu i cool aje.. 

"Nelly ni asap pun jakon!"

wahhh giteeww sekali i berbunyi.. tangan dok snap gambar buah cempedak tu yerk..:)


tetiba bunyi kertis-kertis...
macam bunyi lalang terbakor!!!


Gulp!


GULP!!!! GULP!!!!


masa ni i dah panic giler!!
terus jerit panggil BOMBA! Pak Habibi!!!
nak pitam pun ada masa tu..
muka i sure kalau you all tengok.. sure biru keler! :D


"Jangan sampai terbakar pokok durian tu dah lah yaa.."

Cool aje ngko suara Pak Habibi masa tu...

GULP!!!


alamakkkk!!!! TolOoonGGgggggggggggggggggggggg!!!

nampak tak pokok durian yang besar kat hujung tu?
hadoii masa tu tak sampai 5 minit api marak!
di tiup angin!
masa tu memacam i rasa....

"Habislah aku...."

*Cakap dalam hati masa tu* :D


masa ni... i, nellysha, pak habibi dan abang aemir..
ambik batang ubi yang ada daun sekali tu dan tepuk-tepukkan atas lalang kering yang masih marak menyala tu... ehh korang paham tak??
alaaa yang macam dalam discovery channel tu hehehehe :D


api berjaya di kawal...
i bimbang api tu sampai ke tanah jiran sebelah.. habislah kalau terbakar..
confirm i masuk suratkhabar sebab jiran i laporkan pada jabatan BOMBA! :))


sekelip mata tak sampai 10 minit... rentung!
kalau ada ubi kan best :D


nampak tak apa yang ada kat celah dahan kering tu???


rambutan terbakar :D
dan bukan itu sahaja...


durian terbakor ngko aiii!!!
masa ni.. mata jeling2 pandang2 pak habibi...

"Nelly cepat tutup dengan daun kering durian terbakor tu!"

ngko aii Nelly cakap macam ni..

"Alaaa Papa dah nampak dah..."

@__________#

Ohh.. kisahnya <<< suara ala-ala batery low...
tettt... tetettt... tett... :))


"Momma yang ini selamat! lega Nelly!"

ngko lega durian sebiji selamat yerk?

Emak ngko ni dah tak tercakap apa dah.. SENYAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

sampai hati Pak Habibi.. bukan dia nak hulur air kelapa seteguk dua buat hilangkan panik bini dia tu kan kan..


sebiji lagi selamat... terselit celah pokok durian...:)
pheww lega..:)


lepas tu dalam hati cuak tak sudah.. muka pucat lesi.. nak jeling Pak Habibi pun tak sudi :))
 balik tu menonong aje... ehhh... ternampak pulak pokok pandan.... :D


hasil sepanjang berada di kebun rambutan terbakar...
Pak Habibi mengomel tak sudah.. kerja dia terbantut sebab i dah bakar setengah kebun..

i jawab kontot aje..

"Tak sengajalah cayanggg..nak halau nyamuk je... bukan nak bakar pun.... aduyai ponnya..." pasti menyengih macam ni >>> :D :D :D


padang jarak padang terkukur :D

ehh tetiba Pak Habibi berbunyi..

"Tanam ubi dengan pisang elok benar ni..dah lapang dah..."

Cehh.. tak sia-sia i TER.... bakarkan kan kan :D


sekian sahaja kisah rambutan TERBAKAR..
sebarang persoalan yang bermain di minda anda semua.. silalah turunkan di bawah kotak komen..
pujian sangat di alu-alukan muahahahahhaa :D


Moral of the story...
ada rumput kering di rumah?
tiada tukang mesin rumput?
buntu dengan semak-samun?
call me! hanya dengan sebatang mancis sahaja.. sambil mengambil gambar buah cempedak... kebun anda atau laman anda akan lapang..:))

sila jangan ikut kisah di atas tu yerk.. jangan sekali-kali bermain dengan api.. serik giler dah ni :D
dalam kurungan setakat ini.. tak janji :D



Jumpa lagi.. 

Assalammualaikum...

TATA!!