TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Tuesday, July 3, 2012

Aktiviti Hangit Abang Amin di PLKN... Party Dengan Lampu Picit????


*Semua gambar lampu picit credits to uncle Googles :D*

Assalammualaikum.. apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah sihat semua nampaknya :)

Okay, ikut kan i memang busy sangat nih! banyak aktiviti dan event yang perlu i sertai. Dengan motto.. apa salahnya masukkan satu dua cerita kat blogs Truly Me ni kan kan.. memandangkan... gambar tak perlu di edit dan main pakai copy paste.. i like :D


Ni kisah Abang Amin lagi ler ni ekk.. masa tu dia masih lagi di Kem PLKN... datang terpaksa dan pulang dengan sejuta kenangan manis.. ya giteww... SANGAT!! :)

Walaupun i tidak turut serta dalam PLKN tu, tetapi dah memang jadi rutin i.. sentiasa berkongsi cerita apa jua dengan anak-anak kesayangan i tu.. so bila jumpa Abang Amin aje mesti kami akan borak panjang lebor... semua cerita yang Abang Amin kisahkan kat i tu.. hah! nanti i conteng dalam diary i.. so bila ada kelapangan i masukkan dalam blogs.. untuk kenang-kenangan tak gitu? ya gitewww :D


So satu hari tu... Abang Amin sms kat i.. biasalah bila tiba hujung minggu ajekan i akan jengah dia di kem.. :)

Tetttt... Tiiittt.... Tottt... <<< bunyi bib sms masuk :))

i pun bacalah msg abang Amin tu ekk.. ;)

"Momma... tolong bawakkan lampu picit, cookies, pepsi, muffin dan bla... bla... bla..."

So i pun beritahulah Pak Habibi i tu ekk....

"Amin pesan suruh bawak lampu picit dan bla.. bla.. bla.." << i :)

"Lampu picit??? nak buat apa? aik dekat kem dah tak cukup lampu ke?" <<Pak Habibi i :))

"Mungkin untuk perkemahan kot?"<< i :)

So.. membawa ler segala perabah yang Abang Amin pesan tu... so masa jumpa Abang Amin tu.. i pun bertanyalah...


"Lampu picit untuk buat apa Min?" << i :)

"Err.. best Ma! last week kawan Amin dalam dorm buat surprised birthday party!" << Abang Amin

GULP!!

GULP!!

PARTY!!!

"Party?? so apa kena mengena dengan lampu picit ni?"

Masa tu i dah grrr jugak... ingatkan dia pesan lampu picit tu nak sebab cikgu dia mintak! kisahnya berparty dengan lampu picit! cehhh... :)) mau taknya Ngko aii.. Pak Habibi sanggup belikan lampu picit baru LD lagi buat Abang Amin.. kononnya masa nak suluh dalam hutan.. tak terlanggar tunggol! hadehhhh :))

Abang Amin berceritalah ekk.. tanpa perasaan yang ibunya ni hampir nak tersembol bijik mata...sebab terkejut dengar cerita menarik Abang Amin dan kengkawannya di dorm! perghhhh... :D

"Masa tu dah malam.. Amin masa tu nak buat air... masa tu tidur lewat sebab esok tak ada aktiviti. Masa Amin tengah masak air tu... tetiba lampu bilik dorm padam! Terkejut Amin! Ingatkan blackout!"

*masa ni si ibu mendengar cerita Abang Amin dengan mulut ternganga dan mata terjengil gitu... sebab suspen kononnya* :D

"Tiba-tiba bunyi riuh dan bising! rupanya.. birthday kawan Amin..."

*Masa ni Abang Amin tengah mengunyah pizza pepperoni, siapa yang terlepas cerita sebelum ni sila geledah sendiri* <<sempat lagi tu! :))

"Pastu.. semua kerumun dan keroyok kawan Amin yang birthday boy tu... pukul dengan bantal ramai-ramai! dan henyak dia... seronok...."

"Amin pun buat sama ke?"

"Mestilah.. best Maa.... siap simbah kawan Amin yang birthday boy tu dengan air mineral lagi! sampai basah kuyup!"

GULP!
GULP!

*masa ni ibu Amin telan air liur sampai kering! :)) dan gelak pun yer jugak! rasa nak join pun ya jugak! :))

"Pastu semua kawan-kawan Amin keluarkan makanan masing-masing.. makan ramai-ramai best Maa.. pastu.. ada 2-3 orang kawang Amin.. ala yang bulat aje hah!  tuuu... tuuu.."

kebetulan.... :D

*sambil tunjuk kawan dia yang kebetulan lalu kat wakaf tempat kami duduk berpiknik kat kem PLKN tu. Dalam hati berkata... *ohh.. memang bulat dan cute!* :D


"Kawan Amin yang bulat tu.. On lampu picit guna kanan kiri tangan dia.. dan gelek-gelek kat atas katil dengan lampu picit! kami ramai-ramai bersila kat atas lantai sambil makan dan minum, so malam tu ramai-ramai party!!!"

GULP!
GULP!

"Party dengan lampu picit?? Ohh.. jadi sms Momma nak lampu picit pasal nak ber party ler yerk????"

*Masa ni i dah Grrrrrrrrrrrrrrr... Pak Habibi senyum senget!*

"Haah! malam ni dah plan nak buat lagi party! ni makanan yang Momma bawak ni Amin nak kekah ramai-ramai kat dorm! Siap ada muzik tau Maa... best! ramai-ramai joget!"

ini kali tak GULP!

tapi hampir...

PENGSAN!!!!!!!!!!!!!!!!

tak pe.. tak pe.. i pun dulu pernah dok asrama.. malah lebih hebat dari Abang Amin!

Kiranya Abang Amin party dengan lampu picit dan dengar muzik guna HP.. dulu i.. hehhehee... siap bawak mini compo celah bahu hokeh! ala-ala pikul dah macam haper! :))

Tu dulu... dulu punya kisah... cerita sini habis sinilah ekk.. :))

"Warden tak marah ke???"

Musykil jugak ni ;)

"Taklah.. Amin dan kawan-kawan buat party tak bising... cuma makan lepas tu shuffle.. muzik pun dari handset so tak kuat sangat..."

Kisahnya.... si ibu terangguk-angguk.. terus membayangkan situasi sebenar di kala itu.. terus ada idea nak masukkan dalam manuskrip baru i muahahahahahha :))

"Berapa handset pakai? so muzik slow ajelah yaa..?"

"Dalam dorm ada 21 orang... so on muzik handset dalam 12!"

ko bayangkan 12 handset bukak lagu pastu joget reramai dalam dorm??? dengan kawan Abang Amin yang bulat tukang jadi 'Disko Lighting' dengan lampu picit siap gelek2 atas katil! dan yang lain bersimpuh atas lantai menikmati hidangan muahahahaa :))
tak kuat ko kata nak????? ;))

Hmmm.... lama jugak i pejamkan mata membayangkan budak bulat tu dengan lampu picit! :))

Apa pun semua tu hanya tinggal kenangan manis buat Abang Amin dan kengkawannya di Kem PLKN... moga satu hari nanti... semua kenangan itu akan mereka ingat dan jadikan satu bahan cerita apabila mereka bertemu suatu hari nanti.. maklumlah selepas tu semuanya dah terpisah... kembali ke destinasi memasing..

Tiada lagi.. party lampu picit.... :(

Sekarang Abang Amin dah masuk kolej... :) kehidupan pun dah berubah sebagai pelajar.... no more PLKN... :( sedih lah pulak ni.. hmmmm... :D



Sekian sahaja kisah kali ini.. 

Aktiviti Hangit Abang Amin di PLKN...

Assalammualaikum.. Jumpa lagi :D

TATA!!