TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Sunday, November 21, 2010

Kisah... Fantasi & Realiti...

Bismillah...

Assalammualaikum! Doaku semoga Apa jua yang teman-teman lakukan hari ini akan di rahmati Oleh ALLAH SWT... Amin... Amin... Yarabbalalamin...

Fantasi & Realiti

'Fantasi dan Realiti'... Sifatku sejak dari kecil lagi memang suka benar berfantasi... suka berangan-angan untuk menjadi seorang yang 'terkenal'... Cewah,Cewah, kedengaran macam 'gila glamour' gitu ekk... cita-citaku sewaktu masih kecil sering diketawakan oleh Abang, nak tahu apa cita-cita Shasha masa kecil dulu??? ada dua cita-cita Shasha yang semua orang tak tahu, sekarang ni nak pecah tembelanglah ni.. heee... Syyy... baca sini, habis sini... ekk... malulah... okay.. cita-cita Shasha masa kecil dulu nak jadi... jadi erkk... 'PRAMUGARI' dan 'MODEL' IKLAN' alaa... macam dalam TV tuu... perghh... manalah tak kena gelak dan dikutuk Abang Shasha ekk... (ada Shasha kisah? tak ekk.. Shasha memang jenis selamba..) Ketinggian langsung tidak melepasi had yang di luluskan, keadaan fizikal masa tu... aduhaii malas nak ceritalah. Cute bangat.. hahaha... Istaghfar banyak-banyak ekk...
Mungkin juga Shasha 'teringin' nak jadi 'PRAMUGARI' sebab... suka melancong agaknya. Suka melihat keindahan ciptaan yang MAHA ESA... Shasha sukakan kehijauan... sukakan laut... suka warna-warni, sukakan ketenangan. Tentang nak berangan nak jadi 'MODEL' tu pulak, agaknya masa kecik-kecik dulu... susah, nak merasa pakaian yang baru dan berjenama memang jarang sekali dapat merasa. Nak merasa kasut baru pun nak kena tunggu Hari Raya, barulah dapat tukar kasut yang lama tu, kekadang tak sampai 3 bulan entah kemana lesapnya kasut tu ekk hahaha... apa taknya masa kecik dulu 'kubang parit berlumpur' tu pun pakai kasut Raya. Bayangkanlah ekk.. betapa 'baiknya' Shasha masa kecik-kecik dulu tu ekk. Tu belum cerita lagi buat 'cat walk' atas titi kelapa dengan kasut tumit tinggi. Perghh... setakat ni kita simpan dulu cerita 'cat walk atas titi kelapa' tu ekk...
Berbalik kepada topik 'Fantasi & Realiti'. Bermula dengan angan-angan atau suka berfantasi di kala bersendirian. Seringkali hati ini berbisik dan mula membayangkan sesuatu yang tidak mungkin atau sukar untuk menjadi 'REALITI'. Antara 'Fantasi' yang sering Shasha angankan... Shasha nak jadi macam 'CINDERELLA' yaa.. Cinderella dalam cerita dongeng kanak-kanak tu ekk... sukaaaAAAAA.. sangat baca buku tu. Beratus kali Shasha akan baca, baca dan baca berulang-ulang kali. Sampai sekarang ni pun tak pernah jemu, nak tahu kenapa? Pada pendapat Shasha... kisah dongeng 'CINDERELLA' tu best...bayangkan dari seorang anak tiri yang dicaci dan didera... tiba-tiba 'POP di pendekkan cerita... dapat kahwin dengan Putera Raja, kacak pulak tu, tinggal pulak di Istana. hehee...Ingat lagi Arwah Ayah dulu pernah gelar Shasha dengan gelaran 'PISANG BERANGAN' memang...lah kuat berangan..berfantasi Semua keluarga terapat memang kenal peel semulajadi Shasha ni ekk... apa nak buat... itulah 'KELEBIHAN' yang ALLAH SWT kurniakan kepadaku...:):)




'Fantasi & Realiti'.... Nak jadi 'PRAMUGARI' tak kesampaian... sebab 'rendang' aje Shasha ni hehee... nak jadi 'MODEL IKLAN' pun tak kesampaian.... keadaan fizikal yang 'RENDANG+GEMPAL' masa tu... so... tinggallah ianya menjadi suatu 'Fantasi' yang tidak dapatku jadikan 'Realiti' (kalau magic boleh tinggi lampai macam model! perghhh.. memang Fantasi! heehhee). MENYESAL??? ermm... tak juga.. cuma sedikit terkilan, semuanya dah berlalu... dan kini semua cerita itu menjadi kenangan paling terindah di dalam diary hidupku.
'Fantasi & Realiti'... Bumi berputar, masa berlalu... Aku kian dewasa dan 'Fantasiku' kian menjadi-jadi... ada sahaja yang kuangankan... nak jadi 'Chef' laa... nak jadi 'Penyanyi' laa... hah jangan gelak ekk... itulah realitinya... 'Fantasi' yang sampai sekarang pun tak menjadi 'Realiti'... menyesal? tak pun... sekarang ni boleh menyanyi dalam bilik air, memasak apa sahaja di rumah untuk keluarga tersayang... 'Realiti' lah jugak namanya tu ekk... think positive
'Fantasi & Realiti'... Aku Kian dewasa, matang pun yaa jugak agaknya ekk... mula memikirkan tentang masa depan yang lebih serius... mulalah tuu... bermula dengan sebuah kertas kajang dan sebatang pen biru... mulalah mengarang... cerita apa tak ingat. hehehe... sebab banyak karyaku yang di tulis semuanya berakhir di dalam tong sampah. sebab frust tak di terima oleh mana-mana publisher... Menyesal??? awalnya.. YAA... dah kalau memang minat membaca dan menulis... eehhhh... tak serik-serik, beli pulak PC... dengan alasan... mungkin sebab tak ada PC, hasil karyaku kurang 'MEMBERANGSANGKAN' cewahhh, alasan, tuuu ekk... hehehe...




'Fantasi & Realiti'... Fantasiku... untuk menjadi seorang 'NOVELIS'... nampaknya... tetap juga berada di alam 'Fantasi'... huk...huk...:(:(:( hasil karyaku... hampir 5 kali di tolak! perasaan ketika itu??? Eleh, mestilah frust, takkan nak ketawa kot.. CAMPAK...semuanya ke dalam tong sampah... dengan perasan MARAH??? errmm... taklah... dalam keadaan SAYU... SEBAK... di dalam hati berdetik... 'I'M NOT A LUCKY PERSON'.... huk...huk...:(:(...sekejap aje sedihnya tu... yakin... 'REZEKI MASIH BELUM ADA'... think positive... hidup di teruskan lagi... masih tak jemu masih mencari cara untuk menjadikan 'Berfantasi'...'FANTASIKU' itu sebuah 'REALITI'... tanpa jemu... terus 'BERDOA DAN BERIKHTIAR'....





'Fantasi & Realiti'...'Pucuk Di Cita Ulam Mendatang'... berakhir juga 'Fantasiku'...akhirnya... 'Fantasiku' ingin menjadi seorang 'Novelis' menjadi 'Realiti'... berkat doa dan tidak pernah berhenti berikhtiar.... maka... di hujung namaku bertambah dengan gelaran... 'NOVELIS'... SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIS... sendiri yang tambah ekk.. bukan 'Gila Glamour' Tetapi penghargaan buat diriku sendiri... 'Fantasi' ku ingin menjadi terkenal macam 'model majalah'... akhirnya menjadi 'Realiti' masuk juga di dalam majalah MINGGUAN WANITA... berkisar tentang penulisanku... (walaupun bukan jadi model 'cat walk' hehee...)
Selang beberapa tahun... 'Fantasiku' teringin nak jadi 'PRAMUGARI' ingin terbang di awan biru tak kesampaian... Tapi... kali ini aku 'Berlayar di Kaca TV' secara 'live'...
TV RTM 1~Rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 22hb Julai 2010~Ditemuramah oleh Tuan Ramlee Awang Mursyid~Karyaku yang bertajuk ~ SERIBU RINDU UNTUKMU~ Syukur ALHAMDULILLAH... Syukur kepada YANG MAHA ESA... sedikit yang 'KUFANTASIKAN' namun... berlipat kali ganda 'BONUS' yang di KURNIAKAN OLEHNYA... SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGASIH, ALLAH MAHA MENDENGAR. SETIAP DOA BERSERTA IKHTIAR DAN TIDAK PERNAH PUTUS ASA... INSYALLAH KEJAYAAN AKAN MUNCUL DI HADAPAN KITA SEMUA, YAKINLAH~WALLAHUALAM~






SHARING IS CARING :
'FANTASI & REALITI'... angan-angan itu perlu... tanpa angan-angan, kita akan hidup tanpa 'MATLAMAT'... dan ingat... angan-angan yang tidak di usahakan untuk menjadi 'Realiti' akan terbiar begitu sahaja, Akan menjadi... 'FANTASI' yang TAK PASTI'... renung-renungkanlah... always think positive, sucikan hati buang yang keruh ambil yang jernih, Kisah lalu, jadikan sempadan buat kita berjaya di masa hadapan. Insyallah ~Wallahualam~

**akan ada lagi topik menarik, kisah tentang
'Me, My Novels, My Dreams, My Missions, My Story.... INsYALLAH... jangan jemu ekk... al-maklumlah Shasha ni suka bercerita... kiranya Excersize Otak dan Mulut. hehhee... you take care, muahhh..:)