TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Monday, August 6, 2012

Rambutan Bakar? Atau Rambutan Terbakar TAMAT ya, giteew


Assalammualaikum... :D Wahh berjeman nak menghabiskan kisah lagenda buah rambutan terbakar i ni kan.. :)) Tu belum lagi sambungan kisah kenangan di gelanggang Masterchef.. rasanya kisah yang tu makan tahun kot :))

Okay ini kisah penamat.. jangan ko tanya-tanya sambungan kisah rambutan terbakor ni yerk..

Yang mana baru nak mengikuti... cecewahh ayat kemain lagik! :D
Yang mana baru nak membaca kisah rambutan terbakor tu.. baca dulu yang ini >>



dah siap sedia? hakak nak nyambung kisah lagenda ni :D


dah kena marah dengan Pak Habibi sebab nangkap gambar dia kat selah pokok rambutan tu kan.. i pun berjalanlah lagi ke dalam kebun sana tu hah.. wahhh ada banyak buah cempedak berjuntai-juntai.. walaupun dalam gambar tu cuma ada sebiji aje yang terjuntai.. percayalah memang banyak dan i terjakon seketika cecewaahhh... ya giteeww :D


dak kerempeng dah tergaru-garu!
banyak nyamuk dan gatal kena lalang kering.. wahh masa tu tangan gatal aje nak membuat unggun lagi :))


tetiba Nellysha menjerit!
"Momma! ada asap! ada asap!"

masa tu i cool aje.. 

"Nelly ni asap pun jakon!"

wahhh giteeww sekali i berbunyi.. tangan dok snap gambar buah cempedak tu yerk..:)


tetiba bunyi kertis-kertis...
macam bunyi lalang terbakor!!!


Gulp!


GULP!!!! GULP!!!!


masa ni i dah panic giler!!
terus jerit panggil BOMBA! Pak Habibi!!!
nak pitam pun ada masa tu..
muka i sure kalau you all tengok.. sure biru keler! :D


"Jangan sampai terbakar pokok durian tu dah lah yaa.."

Cool aje ngko suara Pak Habibi masa tu...

GULP!!!


alamakkkk!!!! TolOoonGGgggggggggggggggggggggg!!!

nampak tak pokok durian yang besar kat hujung tu?
hadoii masa tu tak sampai 5 minit api marak!
di tiup angin!
masa tu memacam i rasa....

"Habislah aku...."

*Cakap dalam hati masa tu* :D


masa ni... i, nellysha, pak habibi dan abang aemir..
ambik batang ubi yang ada daun sekali tu dan tepuk-tepukkan atas lalang kering yang masih marak menyala tu... ehh korang paham tak??
alaaa yang macam dalam discovery channel tu hehehehe :D


api berjaya di kawal...
i bimbang api tu sampai ke tanah jiran sebelah.. habislah kalau terbakar..
confirm i masuk suratkhabar sebab jiran i laporkan pada jabatan BOMBA! :))


sekelip mata tak sampai 10 minit... rentung!
kalau ada ubi kan best :D


nampak tak apa yang ada kat celah dahan kering tu???


rambutan terbakar :D
dan bukan itu sahaja...


durian terbakor ngko aiii!!!
masa ni.. mata jeling2 pandang2 pak habibi...

"Nelly cepat tutup dengan daun kering durian terbakor tu!"

ngko aii Nelly cakap macam ni..

"Alaaa Papa dah nampak dah..."

@__________#

Ohh.. kisahnya <<< suara ala-ala batery low...
tettt... tetettt... tett... :))


"Momma yang ini selamat! lega Nelly!"

ngko lega durian sebiji selamat yerk?

Emak ngko ni dah tak tercakap apa dah.. SENYAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

sampai hati Pak Habibi.. bukan dia nak hulur air kelapa seteguk dua buat hilangkan panik bini dia tu kan kan..


sebiji lagi selamat... terselit celah pokok durian...:)
pheww lega..:)


lepas tu dalam hati cuak tak sudah.. muka pucat lesi.. nak jeling Pak Habibi pun tak sudi :))
 balik tu menonong aje... ehhh... ternampak pulak pokok pandan.... :D


hasil sepanjang berada di kebun rambutan terbakar...
Pak Habibi mengomel tak sudah.. kerja dia terbantut sebab i dah bakar setengah kebun..

i jawab kontot aje..

"Tak sengajalah cayanggg..nak halau nyamuk je... bukan nak bakar pun.... aduyai ponnya..." pasti menyengih macam ni >>> :D :D :D


padang jarak padang terkukur :D

ehh tetiba Pak Habibi berbunyi..

"Tanam ubi dengan pisang elok benar ni..dah lapang dah..."

Cehh.. tak sia-sia i TER.... bakarkan kan kan :D


sekian sahaja kisah rambutan TERBAKAR..
sebarang persoalan yang bermain di minda anda semua.. silalah turunkan di bawah kotak komen..
pujian sangat di alu-alukan muahahahahhaa :D


Moral of the story...
ada rumput kering di rumah?
tiada tukang mesin rumput?
buntu dengan semak-samun?
call me! hanya dengan sebatang mancis sahaja.. sambil mengambil gambar buah cempedak... kebun anda atau laman anda akan lapang..:))

sila jangan ikut kisah di atas tu yerk.. jangan sekali-kali bermain dengan api.. serik giler dah ni :D
dalam kurungan setakat ini.. tak janji :D



Jumpa lagi.. 

Assalammualaikum...

TATA!!