TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Wednesday, May 9, 2012

Kenangan Di MasterChef Part 5


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. ya bertemu kembali kita dengan kisah dan kenangan sepanjang berada di Gelanggang MasterChef Malaysia...

Mintak maaf ler bebanyak sebab dah lama blogs i ni tak berupdate.. Al-maklumlah semenjak dua menjak ni sibuk sangat... so bila ada kelapangan sedikit ni... semestinya akan i sharekan pada semua.. tak giteeww.. don't worry kepada sesiapa sahaja yang follow kisah i di MCM tu... jangan risau.. ada lagi sejuta BAB yang nak ku ceritakan! perghh.. mungkin kalau cenggini punya cara masukkan N3 sebulan sekali.. mungkin tahun 2020 baru tamat! mintak-mintak ALLAH SWT panjangkan usia i dan berikan kesihatan yang baik.. so dapatlah ku tamatkan kisah sepanjang di MCM tu yaa...


Okay N3 kali ni i nak share dengan you all kisah masa i bertarung di dapur rumah seorang celebrity yang tak asing lagi.. ya pandai... yang pakai apron tu dah semestinya i.. hehehh sebelah i tu Chef Ridz... dan sebelah Chef Ridz tu pulak...suami kepada Sazzy Falak... *psst nama suami dia i terlupa!* ampun hahahahaa...


Masa ni baru tiba dan kami berbual mesra dengan tuan rumah.. Sazzy memang peramah dan sesiapa yang cakap dia sombong tu.. anda tersilap besar.. sangat baik dan lemah lembut sahaja bicaranya. Dan beliau sangat cantik.. comel dan kecik aje.. tak sangka ada baby girls kembar lagi hokeh! comel naa.. sorry gambar tak dapat i nak share.. :)) kalau teringin tengok ajelah dalam majalah ekk... pastu kan... Rumah Sazzy memang cantik.. masa tu i kena interview.. wartawan tanya.. cantik tak rumah Sazzy.. dan i jawab dengan jujur.. i suka toilet dia.. cantik naa.. tak caya pergi ler tumpang toilet Sazzy kalau nak tahu hehhehehehhhh...



Nampak tak yang duduk berderet dan secara berhimpit tu??? yaa... dari kiri Abang Wahidan, Daniel, Amitha, Leena, i dan Deena... apa yang kami bualkan masa tu... apa yang Sazzy Falak dan keluarganya terhingin nak makan dan apa yang masakan yang sememangnya beliau dan keluarga gemari... Ingat tak lagi masa tu Challenged yang kumpulan merah dapat?? Yaa.. French Cousine...


i selaku ketua kumpulan merah telah mengaggihkan tugasan mengikut kepandaian kengkawan i... so agih secara adil dan saksama.. tak ada pilih bulu dan tiada paksa memaksa... secara sukarela yaa.. dan itu memang cara i... kerja is kerja...:))


leka dengan tugasan yang di berikan.. dan i sentiasa memantau kebersihan... itu memang amalan i sejak dulu... nampak aje i riuh dan suka gelak.. tetapi jika sedang melakukan tugas.. i am a very serious person...:))


sentiasa berkerjasama... me and Deena..:))


me and Daniel..:))


Chef Ridz sentiasa memantau.. nampak tak cameraman yang terjulur-julur tu.. hah! jangan laa nak mengelat! ada 3-4 cameraman yang sentiasa memantau apa yang kami buat hokeh..:))
Jika ada yang tanya.. Kekok tak sha berkerja depan camera??
Jawapan jujur dariku... Semestinya tidak.. dah terbiasa... 24 jam depan camera! 5 bulan lebih hokeh di hadap dan di kelilingi oleh cameraman.. kacak pulak tu peh! hahahhaha


Masa plating tak boleh ramai-ramai.. pendek cerita kalau sorang buat plating.. sorang tu jelah... tak nak nanti hiasan atas pinggan tak sama.. lagipun sebab tak banyak.. kalau ramai yang makan memang 2-3 orang yang akan bantu buat plating.. nampak tak tangan i tu... wahhh... kononnya.. cewaahhh

Okay lebih dari tu i tak nak cerita.. rasanya semua ada tengokkan apa yang berlaku selepas itu??? kelam-kabut sedikit.. tapi i dan kengkawan maintain cool.... i love my friends...:)) cayang kat semua yang terlibat masa episode di rumah Sazzy Falak... hanya kami sahaja yang tahu apa yang berlaku... kenangan manis yang tidak mungkin kulupakan sampai bila-bila....


Okay sambung cerita sikit lagi.. al-maklumlah setiap hari sentiasa ada jadual shooting tidak pernah tidak.. kalau ada cuti sehari pun.. pagi ada interview so masa rehat sangat terhad... ni nak cerita ler ni.. you all tahu tak.... kan tiap-tiap hari shooting... so bila malam balik dah penat, selesai semua tanggungjawab tu terus ler merehatkan badan.. terus ler terlena..... bila terjaga tu kekadang tu tengah malam *walaupun kami selalu balik lewat pagi* mesti terjaga dan terbayang-bayang camera dok beratur depan mata i hahahhahaa.. wahh dalam kelat-kelat mata tu kan.. sempat gak senyum.. kengkonon depan camera! hadoii itulah kenangan manis yang tak dapat lupakan... sehinggakan bila dah balik rumah tu pun kan.. dalam seminggu tu masih lagi terjaga tengah malam.. dok ingat tengah shooting dan ada cameraman banyak naa depan i... wahhh.... giteeww... sekarang tidak lagi! hokey..:)) segalanya telah kembali normal!! Syukur Alhamdulillah.. HoraYYYY!! << poyo!

Sambung lagi nanti ekk... bagi i fikir nak masukkan N3 apa.. lepas ni.. so tunggu!! Salam ceria dariku.. muahzzz..

TATA!!