TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Thursday, May 24, 2012

Tips Untuk Persediaan Ke Uji Bakat MasterChef Malaysia Part 7


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. wahh nampaknya Gelanggang MasterChef Malaysia MUSIM KEDUA dah semakin
Berbahang! Semakin terasa bahangnya... i yang dulunya bekas peserta MasterChef Musim Pertama tu pun terasa berdebar-debar... 

Segera ingatan lalu terimbas kembali...

Hmm... banyak pengalaman pahit manis yang kuraih sepanjang di bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia Musim Pertama...

Hati ini terpanggil ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman suatu ketika dulu.... kerana ramai yang in box di blogs dan di laman Facebook bertanyakan tentang tips untuk turut serta pada peringkat pemilihan ujibakat yang bakal di adakan di serata negeri di Malaysia...


Jika anda seorang yang suka memasak
gemarkan dunia kulinari
mempunyai sedikit sebanyak tentang dunia masakan
berani menyahut cabaran
kental dari segi fizikal dan mental
cekal dan tidak takut untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan
tangkas dan kreatif
pantas dan cekap
jujur dan ikhlas
sukakan cabaran
sanggup berhenti kerja
sanggup meninggalkan keluarga *i tak rela sebenarnya*

maka anda patut menyertai ujibakat MasterChef Malaysia...

Wahh! dah macam iklanlah pulak yer tak! hehehehe

okay tanpa membuang masa meh! dok dekat sikit hakak nak bercerita dah ni yaa...

Sila baca syarat dan penyertaan uji bakat MasterChef tu betul-betul teliti. Faham kan betul-betul, yang mana tak faham tu silalah bertanya kepada pihak pengurusan, tidak mahu ada kesilapan semasa nak mendaftar tu nanti yaa..
kang ada yang datang dari jauh.. 
datang dengan semangat dan cita-cita..
bawak makanan sedap-sedap tetapi tidak memenuhi syarat.. dah frust menonggeng! banyak yang berlaku yaa.. pengalaman i masa mula-mula nak mendaftar tu.. ada jugak yang pakar di dalam dunia kulinari datang juga untuk uji bakat.. akhirnya di tolak...
dah frust...

Apa yang perlu anda lakukan selepas mengisi borang??

setelah baca apa syaratnya tu...
hah! pilihlah masakan yang ringkas, sedap, unik, dan boleh menambat tekak juri ekk..
dan yang penting masakan yang disediakan tu boleh disediakan dalam tempoh sejam selepas layak ke peringkat kedualah yaa..

yang mana terpilih sahaja yang akan berjaya ke peringkat seterusnya... setelah melalui beberapa ujian...


ini adalah gambar pertama kali i menjejakkan kaki setelah terpilih untuk ke peringkat saringan..
di Hotel Selesa Johor Baharu

Pakaian biarlah kemas dan simple...

make-up muka tu sikit yaa.. sebab nanti mereka akan shoot you untuk video so tak naklah nampak pucat aje muka tu.. grooming is important!

tolonglah jangan pakai pakaian yang berlip lap yaa.. 


sebelum di uji bakat tu.. anda di minta berposing dengan apron hitam!
muahahahaa awal2 dah pakai apron hitam hehhehe
so mereka akan snap gambar you dan makanan yang you bawak tu yaa...

*tu dulu.. tak tahulah sekarang macam mana agaknya*

dengan masakan yang you bawa tu... jika terpilih untuk ke peringkat seterusnya.. itulah juga masakan yang you akan masak depan juri.. semestinya yang sama!

so pilihlah menu dan hidangan yang you all benar-benar pakar yaa...


nampak tak tu... keluar aje dari bilik juri... nanti korang akan di kejar dengan cameraman...
wah masa tu.. gerenti you all jakon jap! hahaa.. ala-ala artis giteewwkan...
bersama kertas sekeping tu jugak.. bermakna keesokkan harinya anda berjaya untuk keperingkat kedua...
syukur Alhamdulillah.. masa tu HATI BERDEBARRRRRRRRRRRRRRRRRRR...

YAKIN DENGAN TIDAK AJE...

bila dah balik tu... usahlah buang masa.. silalah bersiap sedia..
beli bahan-bahan masak tu yang fresh.. periksa betul-betul cukup tak semuanya...

sempat lagi nak cuba memasak dua tiga kali tu hehhee..
masaklah sebelum nak bertanding esokkan hari tu yaa..
i siap buat timing dengan jam tau..
siap! memasak dan menghidang dalam tempoh 45 minit!

dan rehatlah secukupnya untuk hari esok... sembahyang dan berdoa banyak-banyak moga segalanya di permudahkan.. Insyallah...:))

good luck! hehehhhh


ini ujibakat hari kedua.. siap dah pakai apron dan topi tingi tu hehhehee
masa ni berdebar-debar hahahahhaha...
takut dah tak tahu nak kata apa...
i memang sukakan cabaran..
walaupun masa tu berbelah bagi... should i??? or NO??


ini dia hidangan yang i masakkan depan juri... dalam tempoh 45 minit siap! *yang isi dalam nenas tu dah luak kena kais dengan Chef2 juri masa tu hehehe*

siap dengan mengukir nenas tu depan juri ya cik adik dan cik kak!

i masak Gulai Tumis Udang Nenas

Wahhh!!! masa tu chef Zubir, Chef Joe.. siap puji lagi.. wah! wah!!

dan bersiap sedialah yaa.. macam-macam nanti akan di tanya...
Jeng! jeng! jeng!


ingat dah selesai ke??? ada lagi beberapa ujian...
ingat tak Anita dan Amita???
kami sama-sama menyertai uji bakat di Johor..
masa tu kami berbual sambil menanti giliran untuk ujian yang seterusnya...
DUP! DAP! DUP! DAP!


setelah melalui beberapa ujian... 

Syukur Alhamdulillah berjaya untuk keperingkat seterusnyaaa!!!!!!


 dari beribu peserta yang menyertai uji bakat MasterChef Malaysia...
hanya 40 orang sahaja yang terpilih...
mungkin selepas ini anda antara 40 yang terpilih????

GOOD LUCK!! ALL THE BEST!! yaa..:))


sanggup berpisah dengan anak-anak keluarga dan kawan selama berbulan-bulan??

Jika anda SUKAKAN CABARAN...

TERUSKAN NIAT DAN CITA-CITA ANDA... :))

SEKALI MELANGKAH... 

TIDAK MUNGKIN BERPATAH BALIK..

 INGAT TU... TERUSKAN CITA-CITA ANDA.. 


Insyallah anda pasti berjaya!

jangan takut dan jangan bimbang...

di mana ada usaha pasti akan ada hasilnya...

Yang penting... kita usaha ya tak? hehhee...

TAK CUBA TAK TAHU!

DAH CUBA BARU KORANG TAHU!

 muahahahahaaa


lepas tu kena serbu dengan peminat..

mana pergi mesti orang kenal..

ke pasar beli ikan pun orang minta tanda tangan..:))

dalam tandas awam orang sanggup snap gambar tepi pintu tandas!


di mana sahaja kena serbu!

bersalam, dan bergambar tak kira di mana berada..:)))


dah bersedia??

dan mari kita sokong kawan-kawan kita yang bakal....

meraih gelaran JUARA MASTERCHEF MUSIM KEDUA!!!

ALL THE BEST!!!


dan ini hasil usaha selepas tersingkir dari GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA...

sebuah buku resipi..

 SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH..
KLIK SINI <<<------- 

telah berada di pasaran!

SEMPAT lagi nak dapatkan buku i tu yaa. di dalamnya semua resipi yang mudah! ringkas! cepat!

Hah! memang sesuai untuk you all jadikan rujukan sepanjang berada di GELANGGANG MASTERCHEF tu nanti ****Wahh promote nampak!*** ehh dulu i bawak buku masa di Gelanggang MasterChef 2 beg besor hokey!! lebih dari 50 buah buku resipi yang tebal2 i bawak.. beli dan borong..:)) buku resipi memang banyak membantu sepanjang di sana tu nanti... :))

JIKA SHAHRIAH BOLEH!!
ANDA PASTI BOLEH!!!! I SOKONG YOU ALL GUYS!!!

TERIMA KASIH ASTRO.. TERIMA KASIH JUGA MASTERCHEF MALAYSIA!! kerana anda semua.. impianku menjadi kenyataan... Aminnn

Psttt Insyallah i akan berada di PERSADA JOHOR bagi UJI BAKAT musim kedua..

Insyallah.. JUMPA ANDA YANG HEBAT SEMUA DI SANA!!! I NAK SOKONG YOU ALL TAU!!!
TUNGGUUU!!!



Assalammualaikum...

TATA!!


12 comments:

  1. Woahahahaaaa..... Teringin nak join masterchef...... Tapi tak berani.. Keh3.. Mungkin kalau ada masterchef siri ke-3 saya nak join. Kot? Hehe....

    ReplyDelete
  2. Amin A. R alamak! nape tak berani!!! masa nilah nak tunjuk bakat... jangan takut... dulu akak pun tak berani dan takut.. sekali dah lepas memang tak toleh belakang lagi dahhh... akak sokong Amin.. Go! Go! Amin!!! yeahhhh << over laa pulak hahahaha

    ReplyDelete
  3. bila ayu nak bergambar dengan dirimu wahai kak Sha??

    harap2 lepas nie yang join MC kalangan blogger.. hehehhehe.. kita leh tumpang support

    ReplyDelete
  4. Salam Ayu cayang muahh muahh muahhhhhhhhhh

    bila2 masa saja dik... akak akan berada di Persada Johor untuk sokong semua peserta dari Johor! meh! meh!

    ReplyDelete
  5. Hahahhahaha....macam kak sha cakap la, kena bersedia melepaskan ape yang sepatutnya. Belom bersedia lagi. Baru nak mulakan kerja baru.... Tunggu musim seterusnya pulak.. :D

    ReplyDelete
  6. akak sha...hehe tq :)..dapat tips tapi neves la kak...camano nih..nak masak ape pon xtau..nanti kite junmpe ye kak :) nak sgt jumpe akak.....

    ReplyDelete
  7. Azilla Insyallah.. cool aje..jangan cuak buat yang terbaik.. pilihan masakan juga yang terbaik ringkas dan sedap tau!

    Jumpa nanti Insyallah... :))

    ReplyDelete
  8. hye kak...thanks bagi tips yang berguna sangat-sangat...memang susah nak cari tips. n last alhamdullilah dapat tips dari akak...hanie x da pengalaman langsung dalam bab masak2 ni...cuma masak untuk kat rumah jer..teringin plak nak join audition ni..

    ReplyDelete
  9. Wahhh,,,best2nyerr.... bilaaa lahh agakknyerr nakk dapatt msukk dlm masterchef nihh kann..... :-)
    Bilaa agaknyaaa...ujibakat musim ke3.... saya mahuu cubaa..... :-)

    ReplyDelete
  10. kak sy nak tanya, dalam masakan ada tak pakai bahan perasa seperti ajinomoto? sebab mcm yg sy tengok slalu dlm masterchef macam tak da guna bahan perasa ajinomoto...

    ReplyDelete