Setiap kali menyebut nama itu... pasti akan aku sertakan dengan iringan doa dan Al-Fatihah buat Arwah Ayah yang aku kasihi. Kenangan dan saat indah sewaktu beliau masih ada, sentiasa segar di dalam ingatanku. Senyumannya, suara garaunya, tawanya, gurauannya, segala aktivitinya di rumah ini.. semua itu masih segar di ingatanku. Malah kenangan terindah tika bersama Arwah sentiasa Aku ulang-ulang tanpa jemu... sememangnya aku memang rapat dengan Arwah begitu juga dengan adik-beradik yang lain. Arwah seorang insan yang cukup istimewa.... kaya dengan idea, sentiasa aktif dan ada sahaja kerja yang akan di isikannya setiap hari. Arwah juga bekas pesara 'GURU BESAR' sekolah rendah. Selepas bersara, bermacam-macam aktiviti yang Arwah isikan sepanjang hayatnya masih ada...
Arwah suka mencipta resipe baru dan luar biasa... hehee.. dan kami sekeluarga yang akan jadi 'tukang' rasa masakan beliau. Contohnya kami suka makan roti canai. Kami cakaplah roti canai yang kami makan tu kurang enak, keras, tak ada rasa, tawar dan liat. Hah! beliau mulalah mencuba membancuh adunan roti canai... Arwah cuba mencari kelainan.. beliau cuba ubah resipe adunan roti canai ...dengan rasa lemak, lembut, garing di luar dan lembut di dalam... memang menjadi! Roti canai Arwah Ayah adalah yang 'terbaik dan tersedap' yang kami pernah nikmati. Apa taknya, habis setengah tin besar minyak sapi bonda, Arwah bubuh dalam adunan roti canai tu hehee.. maunya tak lemak, lembut, garing di luar dan lembut di dalam... yummy!
Arwah juga suka bergurau-senda.. memang lucu orangnya, ada sahaja topik yang akan jadi bahan gurauannya. Sesiapa sahaja yang duduk semeja dengan Arwah memang tak bangun berjam-jamlah jawabnya. Arwah suka bercerita apa sahaja.. tentang kisah zaman kanak-kanaknya... tentang isu semasa dan apa sahaja, ada sahaja komen dan nasihatnya. Arwah suka bercucuk tanam... Arwah juga cintakan kehijauan dan lautan,begitu juga dengan aku. Agaknya segala minat Arwah boleh di katakan 90% turun atau di warisi olehku. Wallahualam.... namun.... segalanya telah tiada.... Apa yang tinggal kini hanyalah kenangan terindah yang Arwah tinggalkan buat kami semua...

'SRI DELIMAWAR' maksudnya.... SRI~Berseri ~DELIMAWAR~Lima warisan.. nama kediaman yang Arwah ciptakan dan kekal sehingga ke hari ini... Shasha masih ingat lagi, Arwah pernah berpesan... "Sekarang ni... masih lagi, Lima warisan... kalau esok, Amin dah ada anak(Anak Shasha yang sulong)... kenalah tukar nama rumah ni... sebab dah bertambah warisan kita..." yaaa... Shasha masih ingat itulah yang Arwah katakan sewaktu dia mencari-cari nama untuk kediaman yang Shasha tinggal sekarang ini... Shasha akan ingat pesan Arwah...

AYAH...
TIADA KATA YANG DAPAT AKU LUAHKAN, TIADA AYAT YANG DAPAT AKU TAIPKAN, HANYA YANG ADA.. KASIH SAYANG TULUS IKHLAS BUATMU... DOA DAN ZIKIR KU TITIPKAN BUATMU... MOGA ROHMU DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN... AMIN... YARABBALAMIN... AL-FATIHAH...