TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Thursday, May 24, 2012

Tips Untuk Persediaan Ke Uji Bakat MasterChef Malaysia Part 7


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. wahh nampaknya Gelanggang MasterChef Malaysia MUSIM KEDUA dah semakin
Berbahang! Semakin terasa bahangnya... i yang dulunya bekas peserta MasterChef Musim Pertama tu pun terasa berdebar-debar... 

Segera ingatan lalu terimbas kembali...

Hmm... banyak pengalaman pahit manis yang kuraih sepanjang di bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia Musim Pertama...

Hati ini terpanggil ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman suatu ketika dulu.... kerana ramai yang in box di blogs dan di laman Facebook bertanyakan tentang tips untuk turut serta pada peringkat pemilihan ujibakat yang bakal di adakan di serata negeri di Malaysia...


Jika anda seorang yang suka memasak
gemarkan dunia kulinari
mempunyai sedikit sebanyak tentang dunia masakan
berani menyahut cabaran
kental dari segi fizikal dan mental
cekal dan tidak takut untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan
tangkas dan kreatif
pantas dan cekap
jujur dan ikhlas
sukakan cabaran
sanggup berhenti kerja
sanggup meninggalkan keluarga *i tak rela sebenarnya*

maka anda patut menyertai ujibakat MasterChef Malaysia...

Wahh! dah macam iklanlah pulak yer tak! hehehehe

okay tanpa membuang masa meh! dok dekat sikit hakak nak bercerita dah ni yaa...

Sila baca syarat dan penyertaan uji bakat MasterChef tu betul-betul teliti. Faham kan betul-betul, yang mana tak faham tu silalah bertanya kepada pihak pengurusan, tidak mahu ada kesilapan semasa nak mendaftar tu nanti yaa..
kang ada yang datang dari jauh.. 
datang dengan semangat dan cita-cita..
bawak makanan sedap-sedap tetapi tidak memenuhi syarat.. dah frust menonggeng! banyak yang berlaku yaa.. pengalaman i masa mula-mula nak mendaftar tu.. ada jugak yang pakar di dalam dunia kulinari datang juga untuk uji bakat.. akhirnya di tolak...
dah frust...

Apa yang perlu anda lakukan selepas mengisi borang??

setelah baca apa syaratnya tu...
hah! pilihlah masakan yang ringkas, sedap, unik, dan boleh menambat tekak juri ekk..
dan yang penting masakan yang disediakan tu boleh disediakan dalam tempoh sejam selepas layak ke peringkat kedualah yaa..

yang mana terpilih sahaja yang akan berjaya ke peringkat seterusnya... setelah melalui beberapa ujian...


ini adalah gambar pertama kali i menjejakkan kaki setelah terpilih untuk ke peringkat saringan..
di Hotel Selesa Johor Baharu

Pakaian biarlah kemas dan simple...

make-up muka tu sikit yaa.. sebab nanti mereka akan shoot you untuk video so tak naklah nampak pucat aje muka tu.. grooming is important!

tolonglah jangan pakai pakaian yang berlip lap yaa.. 


sebelum di uji bakat tu.. anda di minta berposing dengan apron hitam!
muahahahaa awal2 dah pakai apron hitam hehhehe
so mereka akan snap gambar you dan makanan yang you bawak tu yaa...

*tu dulu.. tak tahulah sekarang macam mana agaknya*

dengan masakan yang you bawa tu... jika terpilih untuk ke peringkat seterusnya.. itulah juga masakan yang you akan masak depan juri.. semestinya yang sama!

so pilihlah menu dan hidangan yang you all benar-benar pakar yaa...


nampak tak tu... keluar aje dari bilik juri... nanti korang akan di kejar dengan cameraman...
wah masa tu.. gerenti you all jakon jap! hahaa.. ala-ala artis giteewwkan...
bersama kertas sekeping tu jugak.. bermakna keesokkan harinya anda berjaya untuk keperingkat kedua...
syukur Alhamdulillah.. masa tu HATI BERDEBARRRRRRRRRRRRRRRRRRR...

YAKIN DENGAN TIDAK AJE...

bila dah balik tu... usahlah buang masa.. silalah bersiap sedia..
beli bahan-bahan masak tu yang fresh.. periksa betul-betul cukup tak semuanya...

sempat lagi nak cuba memasak dua tiga kali tu hehhee..
masaklah sebelum nak bertanding esokkan hari tu yaa..
i siap buat timing dengan jam tau..
siap! memasak dan menghidang dalam tempoh 45 minit!

dan rehatlah secukupnya untuk hari esok... sembahyang dan berdoa banyak-banyak moga segalanya di permudahkan.. Insyallah...:))

good luck! hehehhhh


ini ujibakat hari kedua.. siap dah pakai apron dan topi tingi tu hehhehee
masa ni berdebar-debar hahahahhaha...
takut dah tak tahu nak kata apa...
i memang sukakan cabaran..
walaupun masa tu berbelah bagi... should i??? or NO??


ini dia hidangan yang i masakkan depan juri... dalam tempoh 45 minit siap! *yang isi dalam nenas tu dah luak kena kais dengan Chef2 juri masa tu hehehe*

siap dengan mengukir nenas tu depan juri ya cik adik dan cik kak!

i masak Gulai Tumis Udang Nenas

Wahhh!!! masa tu chef Zubir, Chef Joe.. siap puji lagi.. wah! wah!!

dan bersiap sedialah yaa.. macam-macam nanti akan di tanya...
Jeng! jeng! jeng!


ingat dah selesai ke??? ada lagi beberapa ujian...
ingat tak Anita dan Amita???
kami sama-sama menyertai uji bakat di Johor..
masa tu kami berbual sambil menanti giliran untuk ujian yang seterusnya...
DUP! DAP! DUP! DAP!


setelah melalui beberapa ujian... 

Syukur Alhamdulillah berjaya untuk keperingkat seterusnyaaa!!!!!!


 dari beribu peserta yang menyertai uji bakat MasterChef Malaysia...
hanya 40 orang sahaja yang terpilih...
mungkin selepas ini anda antara 40 yang terpilih????

GOOD LUCK!! ALL THE BEST!! yaa..:))


sanggup berpisah dengan anak-anak keluarga dan kawan selama berbulan-bulan??

Jika anda SUKAKAN CABARAN...

TERUSKAN NIAT DAN CITA-CITA ANDA... :))

SEKALI MELANGKAH... 

TIDAK MUNGKIN BERPATAH BALIK..

 INGAT TU... TERUSKAN CITA-CITA ANDA.. 


Insyallah anda pasti berjaya!

jangan takut dan jangan bimbang...

di mana ada usaha pasti akan ada hasilnya...

Yang penting... kita usaha ya tak? hehhee...

TAK CUBA TAK TAHU!

DAH CUBA BARU KORANG TAHU!

 muahahahahaaa


lepas tu kena serbu dengan peminat..

mana pergi mesti orang kenal..

ke pasar beli ikan pun orang minta tanda tangan..:))

dalam tandas awam orang sanggup snap gambar tepi pintu tandas!


di mana sahaja kena serbu!

bersalam, dan bergambar tak kira di mana berada..:)))


dah bersedia??

dan mari kita sokong kawan-kawan kita yang bakal....

meraih gelaran JUARA MASTERCHEF MUSIM KEDUA!!!

ALL THE BEST!!!


dan ini hasil usaha selepas tersingkir dari GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA...

sebuah buku resipi..

 SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH..
KLIK SINI <<<------- 

telah berada di pasaran!

SEMPAT lagi nak dapatkan buku i tu yaa. di dalamnya semua resipi yang mudah! ringkas! cepat!

Hah! memang sesuai untuk you all jadikan rujukan sepanjang berada di GELANGGANG MASTERCHEF tu nanti ****Wahh promote nampak!*** ehh dulu i bawak buku masa di Gelanggang MasterChef 2 beg besor hokey!! lebih dari 50 buah buku resipi yang tebal2 i bawak.. beli dan borong..:)) buku resipi memang banyak membantu sepanjang di sana tu nanti... :))

JIKA SHAHRIAH BOLEH!!
ANDA PASTI BOLEH!!!! I SOKONG YOU ALL GUYS!!!

TERIMA KASIH ASTRO.. TERIMA KASIH JUGA MASTERCHEF MALAYSIA!! kerana anda semua.. impianku menjadi kenyataan... Aminnn

Psttt Insyallah i akan berada di PERSADA JOHOR bagi UJI BAKAT musim kedua..

Insyallah.. JUMPA ANDA YANG HEBAT SEMUA DI SANA!!! I NAK SOKONG YOU ALL TAU!!!
TUNGGUUU!!!



Assalammualaikum...

TATA!!


Friday, May 11, 2012

Kenangan Di Gelanggang MasterChef Malaysia Part 6


Assalammualaikum.. wahh nampaknya kali ni laju sikit masukkan N3 kisah sepanjang di MCM tu kan... kalau tak dah nak berhabuk giteeww baru ku hupdate hehehhh...

Wahhh nampak tak gambar di atas tu?? hah! tu gambar ihsan masa i bercuti tahun lepas.. sebaik sahaja i tersingkir dari Dapur MasterChef!! Wahh ingat i sedih ke??? Hehhhhh bangga YoU! insan yang paling gembira tersingkir.. giteeww...


nyaman aje kan udara kat dalam gambar atas tu... itu simbolik pada N3 i kali ini.. yer kisah seram yang ingin kusambung ceritanya yang hari tu sengaja ku taip BERSAMBUNG.. pastu senyaPPP tak bersambung hahahhaa.. sibuk hokey.. pulak bila nak masukkan N3 dah tengah malam.. tak berani.. so hari ni i update N3 waktu siang so tak ler takot sangat ehehehhe.. i kan maharaja penakot! ya giteww...


Ada banyak pengalaman kisah seram sepanjang di MCM tu.. tapi i masukkan dulu cerita yang ini ekk.. kiranya i dah skip banyak kisah seram... tapi yang ni memang cukup menakotkan i...


Hokey.. sila betulkan tempat duduk anda semua.. hakak nak mula bercerita dah ni... macehh.. jangan lupa bekal kuaci.. sambil baca boleh makan-makan sekali hehehe...

Suatu hari tu... bila peserta semakin berkurangan.. ye lah tiap hari ada aje penyingkiran kan kan... Okay jadi kami telah di pindahkan ke rumah dan bilik lain... tiada yang terkecuali.. so i yang asalnya sebilik dengan Ary Malik terpaksa ler berpisah secara rela.. ahakz!

Pastukan kan...
Syukur Alhamdulillah.. kali ni i dapat lagi bilik yang cukup best! kali ni bilik yang i pindah tu.. cukup besar *bolehlah* lengkap dengan segala peralatan.. meja solek, gerobok baju, katil besar, aircond, kipas ehhh.. segala-galanya cukuplah!
dan yang bestnya tu.. hanya i sahaja yang tidak berkongsi bilik... kiranya speciallah tu.. muahahhahahah...

Okay pastukan.. pemandangan kat bilik i dari tingkap tu cukup cantik naa.. ada pokok besar.. dan ada banyak burung kat atas pokok tu.. asyik berciap aje.. leka i taw...

bagi  i minum air jap.. 


Sambung cerita.. pastukan...
maklumlah i ni jenis manusia yang memang suka bersendirian dan sukakan suasana yang sepi tanpa gangguan...

So bila dapat bilik yang best lagi sunyi tu kan kan...
Wahh mulalah i hias bilik tu macam bilik i kat rumah *walaupun tak sama* hehehhh..

So malam bila nak tidur tu.. i bukak langsir luas-luas.. tingkap tak ku tutup.. biar aje macam tu... dengan harapan sambil nak terlelap tu menikmati suasana malam dengan bulan bulat mengambang.. kebetulan malam tu.. bulan bulat naa.. Subhannallah!!



Pastukan.. macam biasa bila nak tidur tu i akan pasang CD Surah Yasin... dengar sambil terlelap sehingga keesokkan harinya...

Padahalkan malam tu sebelum tidur i sempat baca Surah Yassin selepas solat Isyak kebetulan masa tu tak ada shooting sebab cuti berpindah bilik giteeww kan kan.. so ada banyak masa terluang... sorrylah i nak berjalan rumah kengkawan.. i memang suka memerap dalam bilik.. banyak yang boleh ku kerjakan.. sambil tiap masa berdoa "CEPATLAH TERSINGKIR!!" giteeww.. serius ni hokey! 


Apasal mengeluh?? penat scroll down? dah tu i yang menaip dengan kelajuan 100 perkataan 20 saat ni lagi semput taw.. hahahhaahha!!

Selesai aje solat tu.. sambil baring i baca Ayatul Kursyi macam selalulahkan... ni kena tulis bukan nak tunjuk bagus tau ni.. 

Selesai aje baca... mata ni dok ler memandang ke bulan di luar sana tu.. sambil baring taw ni... tingkap terbuka luas.. tapi ada jaring so tak ler ternganga macam tu...

Langsir terbuai-buai di tiup angin malam... mata semakin kecik.. kecik.. dan kecik.. lepas tu terus terlelap!!!


Hengko orang tau tak.. dalam nak terlelap dan nak mimpi tu....

tetiba...... katil i bergoyang-goyang!!!
kuat sangat!! macam kena goncang-goncang giteww....
mata ni katup tapi nak bukak tak boleh.. huaaaaa....

Pastu kan.. semakin kuat bergoncang katil i tu.. sedaya upaya i cuba nak bukak mata.. nak sebut ALLAH pun tersekat kat celah tekak tu hah!

Korang tahu tak.. apa yang membuatkan katil i yang besor tu bergoyang dan bergoncang macam gegaran tsunami giteww???

Yaa.. ada 3 orang budak kecik!!!! sedang melompat-lompat atas katil i hokey!!!!!!!!!!!!!!!!

dalam payah nak menjerit sebut ALLAHUAKBAR!! tu kan.. ku gagahkan jugakkkk!!!
sekuat tenaga yang ada... agaknya masa nak tidur tu ada air sembahyang lagi... so kekanak hantu tu cuma dok melompat kat tepi i aje...!!!

ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tercungap! cungap! nafas i masa tu.. dan budak-budak yang badannya ku nampak.. muka berbalam-balam aje tu lesap hentah ke mana!!!

jangan cakap itu hanya mainan mimpi i okey!!!

cadar katil i berkerumut! *bekas kena pijak*

sekarang nak cakap haper???


i tak dapat lelapkan mata malam tu.. nak tutup tingkap pun takot!!! peluk QURAN sepanjang masa.. baca Ayatul Kursyi dalam hati.....

esoknya shooting dengan mata kuyu.. menguap tak sudah!! i dok riuh bercerita dengan semua... yang korang dok syiok menonton kat depan TV best sangat kan kan....:)))

dan rupanya.. bukan aje malam tu i kena kacau...

KISAH BERSAMBUNG!!!


kali ni lebih dahsyat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ko tunggu! ko tunggu!!

Tunggulah sampai i ada masa terluang nak post N3 kisah seram ni ek...

semestinya nak kena tunggu siang hari... ni pun berapa kali terkejut sebab ada burung hinggap kat celah tingkap i tu muahahhaa...

psstt.. pesanan ringkas dariku.. jangan lupa tutup tingkap tau!! hehehheh...

psstt.. dan bukan i sahaja yang kena kacau.. ramai lagi.. dan sekarang tidak lagi Huhuuhuhu...

Jumpa lagi!!

TATA!!!


Wednesday, May 9, 2012

Kenangan Di MasterChef Part 5


Assalammualaikum.. Apa khabar semua.. ya bertemu kembali kita dengan kisah dan kenangan sepanjang berada di Gelanggang MasterChef Malaysia...

Mintak maaf ler bebanyak sebab dah lama blogs i ni tak berupdate.. Al-maklumlah semenjak dua menjak ni sibuk sangat... so bila ada kelapangan sedikit ni... semestinya akan i sharekan pada semua.. tak giteeww.. don't worry kepada sesiapa sahaja yang follow kisah i di MCM tu... jangan risau.. ada lagi sejuta BAB yang nak ku ceritakan! perghh.. mungkin kalau cenggini punya cara masukkan N3 sebulan sekali.. mungkin tahun 2020 baru tamat! mintak-mintak ALLAH SWT panjangkan usia i dan berikan kesihatan yang baik.. so dapatlah ku tamatkan kisah sepanjang di MCM tu yaa...


Okay N3 kali ni i nak share dengan you all kisah masa i bertarung di dapur rumah seorang celebrity yang tak asing lagi.. ya pandai... yang pakai apron tu dah semestinya i.. hehehh sebelah i tu Chef Ridz... dan sebelah Chef Ridz tu pulak...suami kepada Sazzy Falak... *psst nama suami dia i terlupa!* ampun hahahahaa...


Masa ni baru tiba dan kami berbual mesra dengan tuan rumah.. Sazzy memang peramah dan sesiapa yang cakap dia sombong tu.. anda tersilap besar.. sangat baik dan lemah lembut sahaja bicaranya. Dan beliau sangat cantik.. comel dan kecik aje.. tak sangka ada baby girls kembar lagi hokeh! comel naa.. sorry gambar tak dapat i nak share.. :)) kalau teringin tengok ajelah dalam majalah ekk... pastu kan... Rumah Sazzy memang cantik.. masa tu i kena interview.. wartawan tanya.. cantik tak rumah Sazzy.. dan i jawab dengan jujur.. i suka toilet dia.. cantik naa.. tak caya pergi ler tumpang toilet Sazzy kalau nak tahu hehhehehehhhh...



Nampak tak yang duduk berderet dan secara berhimpit tu??? yaa... dari kiri Abang Wahidan, Daniel, Amitha, Leena, i dan Deena... apa yang kami bualkan masa tu... apa yang Sazzy Falak dan keluarganya terhingin nak makan dan apa yang masakan yang sememangnya beliau dan keluarga gemari... Ingat tak lagi masa tu Challenged yang kumpulan merah dapat?? Yaa.. French Cousine...


i selaku ketua kumpulan merah telah mengaggihkan tugasan mengikut kepandaian kengkawan i... so agih secara adil dan saksama.. tak ada pilih bulu dan tiada paksa memaksa... secara sukarela yaa.. dan itu memang cara i... kerja is kerja...:))


leka dengan tugasan yang di berikan.. dan i sentiasa memantau kebersihan... itu memang amalan i sejak dulu... nampak aje i riuh dan suka gelak.. tetapi jika sedang melakukan tugas.. i am a very serious person...:))


sentiasa berkerjasama... me and Deena..:))


me and Daniel..:))


Chef Ridz sentiasa memantau.. nampak tak cameraman yang terjulur-julur tu.. hah! jangan laa nak mengelat! ada 3-4 cameraman yang sentiasa memantau apa yang kami buat hokeh..:))
Jika ada yang tanya.. Kekok tak sha berkerja depan camera??
Jawapan jujur dariku... Semestinya tidak.. dah terbiasa... 24 jam depan camera! 5 bulan lebih hokeh di hadap dan di kelilingi oleh cameraman.. kacak pulak tu peh! hahahhaha


Masa plating tak boleh ramai-ramai.. pendek cerita kalau sorang buat plating.. sorang tu jelah... tak nak nanti hiasan atas pinggan tak sama.. lagipun sebab tak banyak.. kalau ramai yang makan memang 2-3 orang yang akan bantu buat plating.. nampak tak tangan i tu... wahhh... kononnya.. cewaahhh

Okay lebih dari tu i tak nak cerita.. rasanya semua ada tengokkan apa yang berlaku selepas itu??? kelam-kabut sedikit.. tapi i dan kengkawan maintain cool.... i love my friends...:)) cayang kat semua yang terlibat masa episode di rumah Sazzy Falak... hanya kami sahaja yang tahu apa yang berlaku... kenangan manis yang tidak mungkin kulupakan sampai bila-bila....


Okay sambung cerita sikit lagi.. al-maklumlah setiap hari sentiasa ada jadual shooting tidak pernah tidak.. kalau ada cuti sehari pun.. pagi ada interview so masa rehat sangat terhad... ni nak cerita ler ni.. you all tahu tak.... kan tiap-tiap hari shooting... so bila malam balik dah penat, selesai semua tanggungjawab tu terus ler merehatkan badan.. terus ler terlena..... bila terjaga tu kekadang tu tengah malam *walaupun kami selalu balik lewat pagi* mesti terjaga dan terbayang-bayang camera dok beratur depan mata i hahahhahaa.. wahh dalam kelat-kelat mata tu kan.. sempat gak senyum.. kengkonon depan camera! hadoii itulah kenangan manis yang tak dapat lupakan... sehinggakan bila dah balik rumah tu pun kan.. dalam seminggu tu masih lagi terjaga tengah malam.. dok ingat tengah shooting dan ada cameraman banyak naa depan i... wahhh.... giteeww... sekarang tidak lagi! hokey..:)) segalanya telah kembali normal!! Syukur Alhamdulillah.. HoraYYYY!! << poyo!

Sambung lagi nanti ekk... bagi i fikir nak masukkan N3 apa.. lepas ni.. so tunggu!! Salam ceria dariku.. muahzzz..

TATA!!

Thursday, April 26, 2012

Kenangan Di MasterChef Part 4


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua... terima kasih kerana masih sudi bertandang di blogs luahan hatiku ini ekk.. yer masih lagi di bawah tajuk... Kenangan sepanjang berada di MasterChef Malaysia.... 

Masih banyak lagi yang belum i kisahkan.. banyakkkkk sangat kisah pahit dan manis sepanjang berada di sana tu ekk.. so macam biasa.. i pilih gambar yang ada dalam simpanan i.. sila maklum.. gambar agak terhad kerana hari terakhir baru kami semua dapat bergambar dengan kamera memasing... so gambar kurang jelas dek kerana kami semua masa tu terlalu gembira sakan! so gambar agak blurr dan kelam kabut hahaa... mau tak suka! dah tamat ler katakan.. tamat segala ujian sepanjang berada di Gelanggang MasterChef yer tak...Syukur Alhamdulillah..:))


Kenal tak siapa yang berkepit dengan i kat atas tu??? siapa yang tak kenal yer tak?? Yaa Ary Malik.. seorang pelakon yang sememangnya dah terkenal dan tidak perlu i kenalkan lagi.. tapi beruntungnya i kerana  dapat berkenalan mesra dan untuk pengetahuan you all.. i dan Ary Malik.. i panggil Ary Kak Ary.. so i dan dia memanglah paling rapat di dalam gelanggang MCM... kami tidur sebilik.. sekatil.. berkongsi bilik air.. dan bilik yang kami tinggal tu perhhhhh.. besar, luas dan bilik airnya pun... besar... dan yang beruntungnya hanya kami berdua sahaja yang guna toilet tu okeh..*Master Bedroom* di mana terpaksa i rahsiakan.. hehee...


Di mana-mana challenge kami sentiasa bersama.. secara kebetulan.. so susah senang bukan sahaja sebagai rakan sebilik.. tetapi rakan seperjuangan semasa bertarung di dalam MCM... 

Kali ni i nak cerita tentang kisah seram! memandangkan blogs luahan hati i ni semakin ramai yang sudi add.. terima kasih teman semua yaa... muahhzzz..


Ary Malik & i di kacau hantu!!!


Hah! tu diaa.... bukan gimik dan bukan cerita karut! ini memang kisah benar dan sebenarnya.. Insyallah tidak akan ku tokok dan tidak akan ku tambah sikit pun ekk.. so sila betulkan tempat duduk anda semua.. yang mana penakot tu... sila ler baca di waktu siang... jangan lupa ambil wuduk!


One day... masa tu dah pagi... kami semua balik lepas shooting tu mesti akan pulang dan tiba ke rumah selalunya paling awal pun jam 1 pagi! selalunya 3-4 pagi pun ada! korang tahu tak! masa tu you all sedang nyenyak tidur.. dan mungkin juga kepenatan dok mengomen kat laman Facebook MCM  << Masterchef Malaysia>> short form MCM oke.. hehehee...so now you tahulah MCM tu apa ekk... macehh...

So tiap kali lepas shooting tu kami akan pulang dengan keadaan stress dan kepenatan yang sukar nak i ceritakan di sini.. tu lain episod i cerita ekk...

Bila balik aje.. samada i akan mandi dan solat dulu.. ataupun Kak Ary yang akan mendahului i hahaa.. so kami memang sentiasa bertolak ansur...bukan yang macam you all tengok kat tv tu... nampak macam berparapppPPppp manjang.. kami semua okeh! di tegaskan okeh! drama aje tu ekk. bagi you all menghadap depan tv pastu.. buh komen best2 belaka  kat wall FB MCM...:))

Siap aje mandi, solat semua tu.. macam biasa dok ler bersembang dulu... dok gelak! tak pulak melalak ekk..padahal bila nampak katil.. kami memasing mesti teringat kat keluarga... so... bila nak tidur tu... sembang sambil baca buku.. Kak Ary nak tidur mesti pasang lagu kat telinga dia.. memacam lagu tau.. kekadang tu i share jugak sebelah earpeace.. bila lagu sedih malas nak ku dengor takut sedih.. giteww...

So masa tu i tengah nyenyak tidur... ZZzzzz... Kak Ary tetiba kejut i! goyang2 badan i macam nak rak! i pun terkejut... "Why??" "Sha boleh tak tolong baca ayatul Kursi??? please.. tolong kak Ary.." i yang dok terpinga-pinga ni dok ler membaca... cuak jugak.. tapi takut nak tanya sebab nanti i pulak yang suruh kak Ary bacakan tepi telinga i hahaha... *Kak Ary full moon masa tu ekk* so i pun bacalah...

Esoknya... bila dah tiba kat lokasi shooting.. i pun tanya kak Ary kenapa semalam tu??? so dia pun cerita.. dia cakap ada seorang perempuan dok usap tangan dia... dan tarik tangan dia.. ajak keluar.. mula-mula muka manusia.. lepas tu... muka... Huargghhh.....dan bukan sekali kena kacau! banyak kali dan kali heeeeiii seram!! << takut nak taip sebab masa i masukkan N3 ni dah jam 2 am okeh.. i pun tak tahu hentah apa tebiat boleh pulak i pilih N3 merapek tapi benar ni ekk.. so lepas tu.. i pun mulalah cuak aje bila balik kat bilik tu... i ni memang raja segala penakot!!!


So kisah tu berlalu macam tu aje... sampailah one day tu.. masa tu i masuk dalam toilet... nak cuci baju... tengah dok cuci-cuci baju tu kan.. tetiba i ada dengar suara anak kucing mengiau.. i buat bodo aje.. tak ku pedulikan sebab masa tu siang hari..so i tak TAKOT PON! heh! cuci ler cuci lagi.. ehh.. makin kuat bunyi anak kucing mengiau... i tutup paip air... so telinga ni dok ler mendengor... betul ke bunyi anak  kucing???

Miauwwwww.... Miauww.. ehh.. betullah bunyi anak kucing! i dok teliti.. masuk kat dalam bilik tidur i ke ekk???? i bukak pintu.. tak ada.. so i sambung cuci baju... bunyi lagi anak kucing... peh! masa tu... i tutup air.. ku tinggalkan jam tu gak! korang tahu bunyi anak kucing tu kat mana????? atas siling!!!! dok kat atas kepala i dalam bilik air tu.. dan bilik air i tu tak ada siling!!! tapi batu! sebab dua tingkat!!! Huargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....<<<kisah bersambung.... sekarang ni masa i menaip N3 ni dah pukul... 2:15am so.. i takot! tunggu siang nanti i sambung lagi.. rasanya kisah seram ni.. sepanjang pengalaman i di sana tu.. lebih dari 10 bab! so tunggu!


Tu gambar atas tu... hari last! i dengan make-up artis i... Elise namanya.. cute... dan dia menangis masa i tersingkir hahaa.. dia nangis i dok gelak ala-ala noty! ko... mau tak suka dapat jumpa keluarga tak giteeww...

Sambung sikit aje ekk.... baju yang tak siap kucuci tu.. akhirnya kami yak ni... Shahriah dan Ary Malik telah mencuci baju secara beregu di dalam kamar mandi itu hokeh!... sekian bersambung...

TATA!!

Thursday, April 5, 2012

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA ~ 3

KENANGAN DI GELANGGANG MASTERCHEF MALAYSIA
PART ~ 3


Assalammualaikum... okay dah tiba Part 3 dah yaa.... agaknyalah kan kalau i dok masukkan N3 sepanjang di MCM rasanya sampai Part 300 pun tak habis cerita lagi hehee... tak per... i akan cuba share story dengan you all sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit... 

Okay kali ni i edit beberapa keping gambar.... masih dengan baju yang sama hehehe.. hari tu i dah ceritakan.. masa hari akhir baru boleh snap gambar.. so sila ingat sampai bila-bila eyerkk... okay pilihan i kali ni gambar... ermm... okay i pilih yang ni lah...


Kenal tak siapa tu? hehhe.. tu ler Chef Zubir.. comel aje orangnya.. rendang tak berbuah gitewww... hidung dia bulat terletak.. rambut boleh tahan banyak *syyy... baca pelan-pelan nanti Chef dengar* peramah orangnya... loghat memang kedah mai ekk.. ehh Kedah ke Perak Ekk??? adoyaii i ni bab loghat memang tak teror hehheeh.. kalau Chef Zubir baca N3 i ni aje memang ekk.. hi! Chef! How are you???  tetiba kan kan... hahaha...

Okay Chef Zubir adalah salah seorang Chef Fav i.. sepanjang berada di MCM... orangnya bolehlah tahan peramah... suka buat kelakar... suka ketawa... sekali dia gelak sampai meleleh air mata! ingat kes Imelda masa Hui Ting tersingkir tu hahhaa.. masa tu Chef siap cakap.. "Janganlah depa dok keluaqkan shoot masa i nangis tu" hah! tu diaa.. sekali keluar ko! masa tu kita orang gelak macam nak rak! tu belum lagi kes masa i masak 'PUDING ROTI CINTA' hahaha.. ingat lagi tak you all???


Hah! gambar kat atas tu.. tu lah kenangan masa i buat PUDING ROTI CINTA... aduhaii pengsan!!! kalau di ingat-ingat sekarang ni tau.... gelak sampai tergolek masa tengok episod tu... perghh.. tak sangka betul i sungguh berbakat!!! hahahaa

 yer masa tu i dok kona baring, pusing sana sini.... cerita pasal puding roti CNTA.. sebab nak cover story puding yang HANGUS! tu ekk.. nak tahu pasal apa?? pasal i takut kena tengking dan marah dengan Chef ler hahaha.. so sekarang korang tahulah yerk... hentah macam mana i boleh dapat idea nak kona sampai macam tu sekali pun tak tahulah aduyaiiii... hmmm... tapi yang you all tak tahu.. sekarang i bagi tahu.. masa Chef tengah bagi komen tentang 'PUDING ROTI CINTA' i yang hangus tu kan kan.. Chef Zubir gelak sampai keluar air mata okeh!!! masa tengah shoot tu terpaksa CUT! sebab Chef Zubir dok gelak dan mintak tisu! muahahaa.... tak sangka kan.. sampai cenggitu sekali kehebatan dan penangan 'PUDING ROTI CINTA'. Kengkawan yang lelain macam mana??? mau taknya.. satu MCM Kitchen gamat dia orang dok gelak! cett... i pulak macam mana??? i tetap maintain cool.. mujur tak kena tengking masa tu! muahahahha... masa tu... i jerit kuat-kuat dalam hati... YahOooooOoooo.. tak kena marah.... tapi kan kan....

Jangan cakap banyak!!! hambik ko apron hitam!!!! Apron penyingkiran muahahhaa... ehhh.. tak per.. i memang suka pakai Apron hitam.. korang ada??? muahahaa.. aduhaiii.....


Hah! satu lagi nak story ni kat you all....


Tu... bila kena panggil kat depan tuuu... ingat lakonan ke??? hahaha.. ketaq lutut oke... apa yang Chef komen positif ke negatif ke.. ko masa tu hangguk dan geleng ajelah yaaa... jangan nak tunjuk ko lebih pandai atau bagi alasan yang memang tak masuk dek akal! kang aje memang kena ler jawabnya! Jangan memain nampak aje Chef Zubir tu comey tomel naa.. sekali dia tengking!!!! pengsan korang tau tak!!! 


Okaylah tu kan kan... pengalaman yang orang lain tak ada.. tapi i ada.. korang ada??? hahaha... apa pun nak ucapkan jutaan terima kasih buat Chef Zubir yang selama berada di gelanggang MCM tak jemu memberi tunjuk ajar dan komen yang sungguh memberangsangkan.... tq so much CHef!!! *sambil tangan tabik hormat kaki hentak kuat-kuat* pengsan tahap 6!!

Sesiapa yang teringin nak merasa air tangan Chef Zubir bolehlah datang ke Restoran Beliau yang bertaraf 5 bintang!!! klik sini untuk info yaa.... >>>LAMAN GRILL silalah buat tempahan... Restoran Fine Dining yaaa... bukan ala-ala gerai mamak biasa kita makan tu okeh... terbaik i tell you... ehem! i pun belum lagi ke sana... Insyallah akan ke sana satu hari nanti ya Chef! jangan lupa bagi diskaun hebat! errr... Free tak boleh ke Chef??? dah tolong promote ni hehhehhhhh..... *senyum malu giteewwww*

Okaylah.... nanti i sambung cerita... bagi i edit gambar dulu yaa...:)))

TATA!!!