TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Monday, September 24, 2012

Sepetang Di Pantai Oh! Nyaman giteew


Assalammualaikum... ;)

Dah lama Big Momma tak share kisah-kisah anak-anak :D

23hb September 2012 tepat jam 5:30 petang i ajak Abang Amin dan dak kerempeng Nellysha ke tepi pantai dekat je dengan rumah i..

kalau drive cuma 5 minit je. Dah lama tak ke pantai.. di mana? alah dekat je dengan rumah i.. orang kampung ler katakan... google pun tak nampak pun ;)


i ke tepi pantai dengan tujuan nak mencari kulit siput... :D

maklumlah sekarang ni i dalam busy nak menyudahkan kerja penulisan i tu... nak hilangkan stress i berkebun...tanam pokok bunga.. mengecat perabot lama dan memacam lagilah yang i buat bila tak ada idea nak menulis teew :)

So i kutip kulit siput tu sebab i nak tokok tambah hiasan ler kononnya untuk taman mini i tu..



Abang Aemir tak ikut sebab sibuk study dah nak exam lah katakan... :D

so kami bertiga sahaja... cuaca redup je masa kami tiba. adalah dalam sepasang pasangan sedang di lamun cinta dok berendut kat bawah pokok. :)) nampak i dan anak-anak semua terus blah!
laaa kenapa blah? i tak ganggulah.. nak kutip kulit siput je :))

*tangan tu bukan tangan i, tangan abang amin :))*


sampai aje.. terus ler i agih-agihkan beg plastik.. 

"kena penuhkan.. kalau tak kita tak balik!" :))


i snap gambar guna handset je.. ;))


post terkini dari abang amin.. rambut yang botak dah tebal!
i cakap gunting.. amin cakap dia nak bela biar panjang!

i cakap apa tau...

"Please lah Amin.. nampak macam orang demam!" :))


lepas kutip kulit siput.. i terjumpa port baik punyer..
nampak aje rendah tu.. tinggi weh!
ehhh.. ku panjat ngko aii... hobi dari kecik sampai laa.. pheewwitt... tutup mate! :D


so duduklah i atas dahan tinggi tu... pandangan ku halakan ke tengah lautan yang luas..
sambil di sapa angin petang yang sepoi-sepoi bahasa gitewww


dok atas dahan tu best.. boleh tengok nelly dari jauh nun... main pasir :D


i perhatikan je.. nelly dok sengseng seluar panjang dia tu.. 
dulu  masa i kecik-kecik tinggal kepala aje.. badan, kaki, tangan semua dah ada dalam air laut!
hebat tak hebat mak kau nellysha aii.... :))


dahan pokok tempat i duduk tu best!
bawah dahan tu ada lorong... i like...


nelly  kejar buih ombak kononnya... :D


tak sampai sesaat lepas tu terus mencangkung!


Abang Amin main lempar kulit siput.. alah yang kalau di baling dia kulit siput tu dok lalu atas air je..
i memang pakar bab ni masa kecik2 dulu... sekarang hampeh! campak aje tenggelam dalam air laut! :))


selang beberapa saat. kononnya terduduk :))
peh!


masa ni.. macam2 yang i fikirkan..
malas aje nak taip kat sini... ;)


hasil kutipan kulit siput... ada 3 plastik..
plastik maidin lagi Youu :D


terjumpa kayu reput hanyut.
i kutip bawak balik...
amin tanya i nak buat apa?
i jawab.. adalah! ;)


Masa nak balik tu.. memang akan lalu sini..
nampak tak parit tu?
menyimpan sejuta kenangan masa zaman i kekanak dulu..
nak tahu apa?

nanti i story ehh.. sabor..

sekian sahaja...


Assalammualaikum..

TATA!!

Saturday, September 22, 2012

Sedang Giat Mengerjakan 'Mangsa Lama'




Assalammualaikum... :)

Sesekali tukar cara, tengok gambar baru bercakap :))

Gambar perabot lama di atas itu adalah 'MANGSA LAMA' yang bakal ku 'HIDUPKAN SEMULA'

dah di kerjakan pun... hampir siap! tinggal 50% nak menokok tambah... ;)

Mulai sekarang kepada sesiapa yang berminat atau pun kurang minat... silalah singgah ke blogs Hobi i tu yaa.. dan perasan tak, sejak kebelakangan ni i sering update blogs?

Nak tahu kenapa?

kurang kerja?? :))

i sentiasa busy.. inilah salah satu cara i nak hilangkan STRESS i bila giat bergelumang dengan dunia penulisan i... streesssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.....

so dari menjerit dan meraung tak tentu pasal.... i cari 'mangsa' rutin masa lapang i bila dah kehabisan idea nak menaip manuskrip! :))

JANGAN LUPA FOLLOW MY DIY PROJECT'S tu yaa... ;)


Friday, September 21, 2012

Temel Dan Teera... Monti pilih bulu!


Assalammualaikum... :)

Gambar terkini anak-anak i yang berbulu tu..

petang tadi lepaskan dari kandang.. semua melepak..

wah! kepenatan nampak! :))


Temel...

muka tu cedihh aje... kenapa???

sebab Buntat dah ada BF baru? huhuu


Teera... sentiasa serius..

tak pernah nampak muka dia senyum! :))


AloloOooo monti.... manja giteww.. susah nak snap gambar dia asyik dok berguling!

apa pun.. kita tunggu ajelah ekk..

monti pilih Temel? atau Teera??

Sebenarnya Monti pilih bulu!

bulu apa??

agak-agak??

sekian sambung nanti..

Assalammualaikum..

TATA!!



Thursday, September 20, 2012

Idea, Mood dan Kerja Sama Naik!



Assalammualaikum... ;)

Sekarang ni sedang sibuk menyiapkan kerja penulisan i tu.

Idea membuak-buak... jari-jemari laju aje kalau menaip. :D

Tapi kan lain macam benarlah kali ni i kalau menyudahkan kerja penulisan i tu..

banyak gangguan! makhluk halus? hessshhh bukan... :))



sedang menaip tu kan.. idea mencurah-curah.

Tetiba aje.. ada gangguan...

 tangan tu tergatal nak google sana.. google sini!

tak pernah sebelum ni macam ni tau :))

lepas tu bila dah google sana sini...

hah! mulalah kepala hotak tu dah kelain!

memacam sekarang ni yang i rasa...

 macam bersemangat nak kerjakan...bukan sikit banyak benda yang nak ku kerjakan! hurmmm.. tapi tak terbuat. :D

contohnya... :D


nak kemas kinikan kebun mini i tulah..

nak tanam itu dan inilah...

nak cat itu dan inilah...

serius! idea memang tengah banyak!

tapi sayangnya terikat dengan kerja penulisan i yang bertimbun..

tak pe.. tak pe.. pelan.. pelan..

i akan cuba selit dan cilok baik punyer!

dah tu je nak cerita :D

sambung nanti ehh...

Assalammualaikum...

TATA!!

Buntat Cool Forever!


Assalammualaikum...

Ingat lagi kat Buntat? kucing tepi rumah i yang selalu curik masuk lepak atas sofa i keler merah tu? 

Hah! tu dia.. ni bukan dah tak ada cerita dah ni.. ni kisah hangatlah ni..

:))


Gambar terkini buntat!
20 September 2012 <<siap tarikh tu yang tak tahan :))

Molek aje dok melepak bawah meja batu i tu kan kan..

jangan ko lepa! aje memang dia masuk terus ler meluru ke sofa i yang keler merah tu!

i pun heran apasal sofa merah tu yang dia suka benor?

bukan lama naa dapat duduk..  i nampak aje siaplah!

kejar satu rumah! ehhh tak nak lari keluar pulak tu!

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :))

terus meluru ke tong sampah dapur!

mak ahhh macam ni punya kucing pun ada!

apa pun Buntat memang cool!

jangan tak tahu ekk.. kucing kampung ada 3-4 ekor dok usha dia sekarang ni. :))

dah tu jerk.. sambung nanti..

Assalammualaikum..

TATA!!

Tuesday, September 18, 2012

Cinta 3 Segi???? MioowwrrrrRRrrrr


Assalammualaikum.. :)

MioowwRrr.................................... rRrrr....


adakah cinta 3 segi????? ;))

Antara.....

Cara-male *Temel* :D

Monti ;)

Teera-Mitsu :D



dari hari tu ini aje si Temel dan Monti punya actions bila di lepaskan dari kandang!

jangan pandang-pandang...
jangan jeling-jeling... *sila menyanyi bila baca ayat ini* :D


Perghhhh.... :D


emboii....

apa yang you all bayangkan???


Sekian laporan kali ini...

Assalammualaikum..

TATA!!


Monday, September 17, 2012

Bila Mata Bertentangan, Menantu Pilihanku! Mioowwrrrrr


Bila mata bertentangan mata... amboiii.. tu dia si Temel dan pasangannya..

psst.. nampak tak kotak tu?

Ada tanda HALAL lagi you! :))


cute tak menantu berbulu i tu?



manja giteew kan kan? :D


sangat manja dan lemah lembut kucingnya.. *nak taip orang tak boleh!* :))


MiooOoRrrRRrrrrrrrrrrrrrrrrrr....


menantu i yang berbulu tu namanya MONTI!!!!

bukan montel okeh! :))

nak tahu siapakah besan i?

insan yang begitu mulia meminjamkan anaknya kepada i?

tunggu N3 seterusnya.. kenal-kenal dulu dengan MONTI i tu ehhh.... ;)

Sekian... MioowweeeRRrrrrrrrrrr

Assalammualaikum...

TATA!!