TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Friday, August 10, 2012

Kisah Choc Chips Deena..MCM 2011


*photos credit to uncle googles*

Assalammualaikum :)

sempat juga mengupdate blogs kesayangan i ni kan kan.. okay kisah ini berlaku tahun lepas..
masa tu kami semua baru sahaja kembali untuk 'PERINTAH BERKURUNG'
masa tu masih lagi musim raya.. almaklumlah kami semua kembali ke Gelanggang MCM pada hari raya ketiga!!! sampai laa i teringat-ingat.. cian anak-anak berhari raya tanpa ibunya sekalikan..
kalau tak dah boleh collections duit raya ramai-ramai :(
Tetapi kini tidak lagi :D

Okay ingat lagi masa tu... kami semua kembali dengan memasing membawa biskut raya.. i aje bawak berbalang-balang rasanya yang paling banyak bawak biskut raya kot.. sebab boleh di agih-agihkan pulak kepada kengkawan semua tu kan...


Okay masih ingat lagi kat Deena kan? ala yang comey dan cute giler tu!
adik kesayangan i sepanjang ada di MCM..
i panggil dia Deena Bom! Bom! sebab dia cute!
menyahut pulak tu bila di panggil :))


Okay satu malam tu masa kami semua sedang bersantai depan tv, masa tu tak ada shooting.. so i macam biasa akan berkepit dengan buku.. selak manjang bukan ku baca pun.. kepala asyik teringat kat keluarga di rumah huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tetiba Deena sibuk di dapur.. dapur we all tu jenis open concept.. ala2 moden house giteww..
Deena hentah apa di bikin... sibuk sesorang..
So i yang sedang dalam dilema tu dok ler meneman dia di dapur..:)

"Deena Bom! Bom! buat apa dik?"

Masa tu Deena tengah sukat tepung dan gula..

"Deena nak buat Choc Chips Cookie. Chewy and Gooey."


So i ni jadi pemerhati ajelah ya... menolong memang tidak!
tak kuasa.. membuatlah Deena sambil kami berbual.. rumah kami besar tau.. ada 3 bilik.. i sebilik dengan Ary Malik.. Deena dengan Amita...
wahh macam orang bujang kami masa tu.. rumah tu pulak eksklusif tetiba terasa macam kami semua ni pegawai yang di tugaskan berkrusus :)) semuanya lengkap ber-aircond.. toilet je yang tak de aircond :))

Pung! Pang! PEng! TiNGG!!

siap ler Choc Chips Cookies Chewy & Gooey Deena :D


Gambar beskot tu lebih kurang macam gambar di atas tu.. kebetulan pulak ada gambar kat googles terus i copy paste..

BIskut Deena besar PENUMBUK!!
tebal 1 1/2 inci!!!
Manis ya HAMPON!!!
Chewy & Gooey!!!
dapat lebih kurang 10 buku ke 8 buku!!
sekeping boleh kongsi 4 orang!! :))


Buh dalam tupperware muat 2 biji aje.. tu pun deena terpaksa pecah2kan kalau tak, tak muat! :))

dah tu jerk.. kenangan lalu sepanjang berhari raya di MCM 2011..

memang beskot tu sedap giler!!! tapi  i kena sulam dengan kopi tanpa gula :))

Untuk Deena kalau dia terbaca N3 i ni..

"Kak Sha rindu sangat kat Deena.. Hopefully nanti kita dapat berkumpul semula macam dulu..:)"

Assalammualaikum..

Bersambung..

TATA!!





1 comment: