Assalammualaikum... dan selamat sejahtera...
Apa khabar semua? lama tak update blogs i yang satu ni kan.. bukan tak ada cerita.. kalau ikutkan tiap saat ada aje ceritanya.. nak... nak musim cuti sekolah ni kan..
anak-anak berkumpul di rumah..
seronok betullah! tak lah sepi rumah ni.. kalau tak... hmm.. bunyi jarum jatuh pun dengar :D
Okay musim cuti sekolah ni.. setakat ini i belum lagi bawa anak-anak bercuti panjang..
kalau setakat bawak berjalan shopping mopping tu biasa ajelah kan.. tengok movie ke.. tu pun kalau tak cuti sekolah tetap jelajah anak-beranak..
Plan nak bawak anak-anak bercuti memang dah ada.. cuma masa je yang tak ada.. Pak Habibi tak ada cuti setakat ini sebab terlampau busy dan jangan harap nak cuti di hujung tahun macam ni.. semua kengkawan Pak Habibi berderet dah apply cuti..
tak pe.. tak pe.. i 2 hari dah boleh bercuti dengan anak-anak di tempat menarik... hanya cuti2 Malaysia sahaja. di mana? destinasi dah ada 2-3 tempat... tengoklah.. semestinya akan i kongsikan di blogs CUTI-CUTI i tu... itu pun masih banyak tempat menarik yang i tak sempat lagi nak share.. edit gambar tu yang makan masa sedikit.. tak pe.. pelan-pelan :D
Okay... kali ni i cuma nak share aktiviti harian anak-anak termasuk mak bapak anak-anak i :D
nak tahu apa yang kami buat di rumah?
bosan ke tidak dok memerap kat rumah tu???
meh! i story kat you all ehh... bosan ke tidak duduk memerap kat rumah i tu :D
Tuuu dia.. Abang Amin.. sorry ler yaa.. gambar secara serang hendap! barulah real :D
menghadap lappy.... sepanjang masa.. *setelah melunaskan kerja rumah yang di jadualkan untuk dia*
jangan memain.. bukan dia sesorang aje tu tau... kalau i snap gambar ke kanan sikit.. mesti you all akan nampak i.. molek je.. dok tersandor.. yaa.. sama juga... menghadap PC.. lappy2 tak main.. :))
sorry gambar agak blur.. sebab masa nak snap gambar ni.. lagilah secara serang hendap!
kepala Abang Aemir... tengah dok leka study... :D
kalau dia tahu gambar dia i snap..
alamatnya lepas tu dia baca buku bawah katil! muahahahaa...
lama tak story pasal dak kerempeng ni kan kan..
Hmm.. dia ni yang paling puas berjalan sakan..
seminggu dok tidur rumah sepupu belah pak habibi..
seminggu dok tidur rumah sepupu belah i..
berjalan sakan..
ni baru ada di rumah..
tu dah kebosananlah tu.. dok main pemenan jeman kekanak dia :D
pun jadi.... yang suka sakat dia.. hmmm siapa lagi.. Abang Aemir tu ler..
tengah budak tu syiok leka main sesorang.. tetiba dia datang...
"Nelly.. Momma panggil.."
adik yang tak berdosa tu berlarilah cari i kat opis..
"ABANG AEMIR!!!!!"
satu rumah bergegor dia menjerit.. bila masuk opis i.. i tengah dok leka.. menaip...
"Bila masa Momma cari Nelly?"
lepas tu berkejor satu rumah.. mujur lantai batu.. kalau papan??
rasanya memang dah lama bobos ke tanah! muahahahahaaaa :))
Okay kisah Nelly ni panjang cikit i nak melapor... kisah ni memang dah lama.. rutin Nellysha sejak dulu..
nak tau apa?
Meh! tengok :D
okay nampak tak teddy bear sebesar alam tu?
Hah! tu teddy Bob.. nama teddy Nelly...
besor satu katil dia..
tiap kali bangun pagi dia akan kemas katil dia sendiri..
Teddy Bob tu dia akan buh atas katil.. sebab malam bila tido teddy bob tidur kat tepi katil dan bukan atas katil sebab tak muat! :))
pastu dia susun bantal bucuk dia yang kupam tu... next tu.. kuda bacen dia.. nama Cuppy.... dan hujung sekali... Rabitty.. *rabit* dia...
dah dia susun memolek.. pastu dia selimutkan segala perabah yang dia susun tu yaa. tuan-tuan dan puan-puan... dengan selimut tebal.. kekadang dengan sweater dia yang keler purple tu :D
maka tidurlah segala 'peliharaan' dia tu di siang hari...
dia lesap buat hal sendiri :))
Gambar secara zoom..... :D
keler terpaksa di Grey kan sedikit.... sebab i takut you all terjojol tengok keler bantal bucuk nelly yang kupam tu perghhh...... sekarang kalau tidur rumah sepupu dia.. dia cuma bawak Cuppy, Rabbitty dan ada sekor lagi menatang.. tak ada dalam gambar :))
hadoii....gasak ler nak aii....
ni kalau dia tahu i share gambar 'peliharaan' dia ni aje memang!
syy... tolonglah rahsiakan yaa... macehhh :D
dan inilah hobi i masa lapang.. bila menaip tak ada idea..
FarmVille.. tahu kan? yaa game di FB....
bukan i sorang je.. kami berkongsi minat yang sama....
siapa??
Siapa lagi Papa Nellsha lah! muahaha...
SoOooo.. memerap di rumah memang menyeronokkan!
berada di samping anak-anak.. wah! itu yang TERBAIK!
okay dah! sambung nanti yaa...
selamat bercuti dan bersantai bersama keluarga tersayang..
Jaga diri.. senyum selalu..
Assalammualaikum...
TATA!!
No comments:
Post a Comment