TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Monday, November 22, 2010

My cANDy'S





















My CanDY's


Bismillah... Assalammualaikum! Semua... Doaku moga perjalanan hidup kita di permudahkan oleh ALLAH SWT... Amin... Amin... Yarabbalamin..

My CanDY's

My Candy's...
Azellea Nellysha ~ 7 tahun. My Candy's My Princess Nellysha... Seorang yang lincah, kaya dengan idea, periang, manja, kuat merajuk dan suka membaca buku cerita, penuh dengan dunia Fantasi... sama macam Mommanya heheee... Kehadirannya benar-benar menghiburkan hati kami sekeluarga. Sejak dulu lagi Shasha memang teringin sangat nakkan anak perempuan... maklumlah anak yang Pertama dan kedua tu semuanya HERO... lasak dan berdikari. Bezanya anak perempuan dengan lelaki ni, yang perempuan boleh pakai skirt dan boleh main Barbie Dolls. Kalau anak lelaki main bola dan gasak-gasak aje manjang heheee... apa pun Shasha sayangkan mereka semua, langsung tidak membeza-bezakan kasih sayang yang diberikan. Cara didikan mereka juga lebih kurang sama, berlembut dan banyak berkomunikasi dengan mereka. Dengan cara itu hubungan dengan anak-anak akan bertambah mesra dan Shashalah tempat mereka mengadu segalanya.

'Dunia Kanak-Kanak Saat Yang Paling Membahagiakan'
Shasha akan pastikan Princess Nellysha dan anak-anak yang dua lagi tu menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan penuh ceria, berwarna-warni dan segalanya cukup istimewa buat mereka layari sepanjang usia kanak-kanak mereka. Agar segala kenangan manis sepanjang zaman kanak-kanak mereka akan menjadi suatu cerita dan kenangan yang paling manis dan terindah. Bermacam-macam cara boleh kita aturkan buat mereka. Antaranya, sentiasa ikuti perkembangan anak kita. Mereka akan membesar dan kehendak mereka akan berubah mengikut usia. Berperingkat... dari sukakan permainan yang gebu dan lembut, mereka akan beralih ke permainan yang lebih mencabar, contohnya puzzle, legos dan macam-macam lagi. Sebagai seorang Ibu Shasha sentiasa menyokong apa sahaja kehendak mereka (bukanlah melampau-mengikut kemampuan). Tidak perlu mainan yang mahal-mahal atau berjenama. Berbagai mainan yang murah sekarang boleh di dapati di kedai-kedai, kenalah berjimat dan bijak ketika membeli 'TOYS' sebab mereka akan mudah jemu dan akhirnya terbiar begitu sahaja. Jangan membazir dan kenalah pandai memilih dan budget ekk... Bila ada masa lapang, Shasha akan turun padang sekali, bermain sekali ekkk... main 'Mak-Mak' hehehe... masa bermain dengan anak kita tu, selitkan sekali unsur-unsur agama dan nasihat. Terangkan kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Secara tak langsung, mereka akan belajar dan cara itu paling bagus sekali untuk kita berinteraksi dengan anak-anak. Daripada kita membebel tak sudah, anak mudah bosan dan jemu. Mereka masih kanak-kanak lagi, fikiran mereka masih cetek... apa yang mereka tahu... 'Fun' and 'Fantasi'... jangan sesekali memaksa anak-anak dengan cara kekerasan ekk... Selami jiwa kanak-kanak, letakkan diri kita di tempat mereka... dulu pun kita pernah melalui zaman kanak-kanak kan?

"MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"

Kata pepatah yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kita. Belikan buku cerita, majalah atau apa sahaja bahan bacaan yang berguna dan yang penting menarik dan bersesuaian dengan peringkat atau usia anak-anak. Buku cerita tentang Agama, moral dan berbentuk pengajaran bagus untuk membentuk sikap dan pemikiran anak-anak yang masih kecil. Mereka mudah memahami dan perlahan-lahan kita terangkan kepada mereka, jelaskan kenapa dan berikan alasan kenapa. Shasha selalu bacakan buku 'BED TIME STORY' kepada anak-anak, semuanya ekk... sebelum mereka masuk tidur, tentang Agama, cerita dongeng yang penuh dengan nasihat atau Kisah NABI-NABI. Aktiviti yang terbaik untuk memupuk minat anak membaca buku ekk... (yang dah besar panjang tu taklah di bacakan bed time story hehehe...)


"ANAK DARA KENA PANDAI MENGEMAS"
Ingat lagi... ayat tu ayat power mak kita dulu masa kita kecik-kecik ekk.. hah, sekarang turunkan pulak pada anak dara Shasha heheee... Liat nak di suruh? jangan paksa mereka ekk.. jangan jerkah atau di tengking ketika mengarah atau mengajar anak tu... kita letakkan diri kita ke dalam diri anak kita tuu ekk.. Anak-anak kecil ni suka di manja dan di belai, betul tak? So kenapa nak marah-marah dan garang tak bertempat? Mudah aje ekk... Shasha biasanya akan biarkan Princess Nellysha bermain, mengecah atau apa sahaja yang dia buat di bilik 'MINI OFFICE' dia tu ekk... Tetapi sebelum dia nak main tu Shasha akan sentiasa pesan macam ni... "LEPAS MAIN KEMAS YA, SAYANG. GEGIRL KENA PANDAI MENGEMAS, KENA BERSIH... BARULAH CANTIK." Kiranya 'Ayat Power' Shasha lah tu ekk... memang berkesan. Selesai aje bermain, Princess Nellysha akan kemas semula buku-buku dan permainannya, kembali semula ke tempat asalnya. Kenalah mulakan dari mereka kecil lagi ekk... barulah kena dengan kata pepatah... "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"...

"BEST FRIENDS"
Princess Nellysha selalu cakap... "MOMMA YOU'RE MY BEST FRIENDS." Senyuman sentiasa terukir setiapkali dia berbisik di telinga Shasha ekk... Syukurlah, diri ini di iktiraf oleh anak sekecil itu. Macam mana nak jadi 'BEST FRIENDS" pada anak-anak? mudah aje ekk.. berceritalah apa sahaja dengan anak-anak, kongsikan cerita masa zaman kita kanak-kanak dulu, bandingkan dengan zaman kanak-kanak mereka sekarang ni. Contohnya tentang sambutan 'MAJLIS ULANG TAHUN MASA KITA KECIK" ceritalah dengan anak kita, macam mana dulu masa kecik-kecik kita sambut Ulang Tahun. Tokok tambah cerita yang best sikit hehhe.. penuh cabaran. Letakkan satu 'MATLAMAT' jika anak-anak ingin sambut 'MAJLIS ULANG TAHUN' mereka. Berikan syarat pada mereka, contohnya kalau nak buat Majlis ulang tahun boleh, tetapi dia kena turun padang sekali. Kena tolong dan bantu buat segala persiapan untuk majlis ulang tahun mereka. Contohnya persiapan, Goodies Bag (cenderahati buat teman/keluarga yang hadir), Kek Hari Jadi, Hidangan hari jadi dan segala persiapan dan hiasan contohnya belon dan reben. Rancangkan segalanya dengan anak kita, suruh mereka catat sendiri di buku nota. Apa yang disediakan dan apa yang perlu di beli. Selepas itu kita lakukan bersama-sama. Kalau Ibu-Ibu yang tak ada masa tu, macam-macam cara boleh di buat ekk... contohnya, ajak anak kita tu pergi tempah kek di kedai, tolong masak di dapur, atur pinggan di atas meja dan macam-macam lagi cara yang ringkas untuk kita ajak mereka kongsikan saat indah... sempena tarikh lahir mereka tu. Jika usia anak yang bakal di sambut itu 7 tahun, tahun depan anak itu akan menyambut hari lahir yang ke 8... jadi... raikan tarikh keramat itu dengan kenangan yang paling manis dan terindah buat mereka kenang suatu masa nanti, di kala mereka dewasa kelak. Dan masa tu anak-anak kita pasti juga akan kongsikan dengan anak-anak mereka juga ekk... kes turun-temurun ler ni ekk hehehe....~Wallahualam~

"FUN TIME"
Memang Fun ekk... bila dah rancang segala persiapan bakal menyambut 'MAJLIS ULANG TAHUN' anak kita tuu... ajaklah anak kita turun ke dapur sekali. Biasakan anak-anak agar biasa dengan dapur, jadi dah besar esok tak lah mereka kekok ekk... demi kebaikan bersama dan masa depan anak kita juga. Skill penting bagi orang perempuan ekk.. mesti pandai memasak. Lontarkan pandangan kita jauh ke hadapan sana... bayangkan suatu hari nanti anak-anak kita juga akan dewasa dan berumahtangga macam kita. So pengorbanan yang sedikit itu akan bernilai suatu nanti hari nanti ekk.. Luangkan masa buat anak-anak, kalau kita tak mulakan, mereka tak akan pernah merasa ekk... cubalah dari sekarang Insyallah anda akan rasakan kelainannya. Siapkan bahan-bahan untuk membuat kek Ulang tahun contohnya... arahkan anak supaya bantu kita sukat tepung dan gula. Pecahkan telur, masukkan bahan di dalam adunan sehinggalah segalanya selesai. Jangan lupa terangkan pada anak kita tu.. apa itu tepung, apa fungsi telur dalam adunan, apa itu koko dan jelaskan satu-persatu. Anak-anak akan gembira, malah semakin teruja untuk melihat bagaimana rupa kek Ulang tahun hasil dari tangannya sendiri. Masa tu jangan lupa selitkan betapa pentingnya kebersihan, kenapa kena pakai Apron, kenapa kena cuci tangan dulu... secara tak langsung kita dah turunkan pelbagai ilmu yang berguna kepada mereka. Tak percaya? cuba ekk... anda akan lihat anak-anak akan mulai suka membantu dan suka mencuba sesuatu yang baru bersama dengan kita... masa tulah baru terasa 'BEST FRIENDS' atau tidak hehehee...

"KEBAHAGIAAN ANAK-ANAK ADALAH KEBAHAGIAAN KITA JUGA"
Melihat senyuman manis terpamir di bibir anak-anak, adalah pengubat segala duka buat kita semua. Tidak susahkan nak melakukan semua itu? Zaman kanak-kanak hanya sementara, isikan hari-hari mereka dengan penuh pengisian dan pengertian yang cukup bermakna, agar mereka akan nikmati dan kenang zaman kanak-kanak mereka semua dengan segala kenangan yang cukup manis, paling indah buat mereka kenang apabila mereka dewasa kelak. Sebagai Ibu dan penjaga, kitalah yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh mereka. Kita yang mencorakkan kehidupan mereka, Jika kita berikan yang terbaik buat mereka, Insyallah... segala usaha kita akan membuahkan hasilnya, walaupun ada kata pepatah mengatakan 'SETANDAN PISANG TIDAK SEMESTINYA ELOK'.. jadikan kata-kata itu sebagai perangsang buat kita untuk berusaha, berdoa agar anak-anak kita akan di bentuk mengikut acuan yang kita inginkan. YANG TERBAIK... semua Ibu Bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Tetapi cukupkah dengan menghantar anak-anak ke sekolah dan pusat tusyen, maka selesai sudah tanggungjawab kita sebagai Ibu Bapa? renung-renungkanlah...

"DIDIKAN AGAMA, DIDIKAN PALING SEMPURNA"

Seawal usia 5 Tahun lagi Princess Nellysha sudah di hantar ke Taska Agama, pada sebelah petang. Waktu begitu terhad dan padat buatnya, kerana sebelah pagi dia akan di hantar ke Tadika Cina, sebelah malam pula dia akan mengikuti kelas Tusyen. Sering juga dia merungut kerana kepenatan. Sayu juga hati bila melihat wajahnya sering muram atau bad mood. Teringatkan kata pepatah ada mengatakan "BERSUSAH-SUSAH DAHULU, SENANG KEMUDIAN" dan di gandingkan pula dengan kata pepatah, 'MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"... di tambahkan pula "ZAMAN KANAK-KANAK HANYA SEKETIKA CUMA".... Alhamdulillah... Insyallah... tahun depan 2011 Princess Nellysha akan naik ke Darjah 2 Sekolah Agama, sekarang dah pandai mengaji dan lancar membaca dan menulis jawi. Tahu apa itu Syurga dan Neraka, tahu dan faham apa itu Islam... (asas hukum, halal dan haram) Dan yang paling best sekarang ni dia pulak jadi penasihat Abang-abangnya, jika berkasar atau berbalah... Cool aje dia sound abang-abang dia ekk..."Ustazah cakap kat Nelly kan.. Kalau kita suka bergaduh dan bermusuh, nanti ALLAH marah, kena masuk API NERAKA, API NERAKA PANAS TAU... cepat minta maaf... Kalau kita bermaafan, Insyallah kita akan masuk SYURGA..." Hati ini sebak... betapa pentingnya "DIDIKAN AGAMA" buat anak-anak kita... didikan yang paling sempurna di dunia ini... ~Wallahualam~


"HARI INI TIDAK MUNGKIN SAMA DENGAN SEMALAM ATAU ESOK"
Renungkan sejenak... berapa usia anak kita sekarang ini? Cuba ingat semula, dua hari lepas apa yang kita lakukan bersama mereka? Kenangan terindah bersama mereka? Berapa patah perkataan kita berkomunikasi dengan mereka setiap hari? berapa jam kita luangkan masa buat mereka? kali terakhir kita ucapkan kata 'Sayang dan rindukan mereka? Usap dan kucup pipi mereka? Usap rambut mereka?.......................................... "HARI INI TIDAK AKAN SAMA DENGAN SEMALAM ATAU ESOK"... masa beredar, bumi berputar... sayangi anak-anak kita, selagi hayat kita ada, berikan sepenuh kasih sayang dan tumpuan buat mereka. Sokonglah mereka, pimpinlah mereka, berada dekat dengan mereka setiap masa bukan hanya di kala sakit atau demam.... Anak... mereka adalah "PASPORT' buat kita satu hari nanti.... 3 perkara Amalan kita akan di terima bila kita mati... 1, AMAL DAN JARIAH 2, ILMU YANG BERMANFAAT 3, DOA DARI ANAK-ANAK YANG SOLEH.... renung-renungkan... ~WALLAHUALAM~

No comments:

Post a Comment