TEKAN 'SIGN IN' TARRA!! TQ SO MUCH!

Monday, November 22, 2010

My Chocolate's








MY ChoCoLate's
Bismillah...


Assalammualaikum, Semuanya...:):) Doaku semoga hari ini dan hari-hari seterusnya akan menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan buat kita semua. Moga Usaha, doa dan impian kita akan di makbulkan Oleh ALLAH SWT... Amin... Amin... Yarabbalalaminn...

My ChoColate's


My Chocolate's...
Yummy!!! sebut aje nama Candy's terus cair air liur ekk... heehee... Tapi 'Chocolate's' yang ini berlainan dengan 'Chocolate's' yang biasa kita makan tu ekk... 'Chocolate's' yang Shasha maksudkan itulah 'Pemanis' Shasha di dunia ini ekk... 'PERMATA HATIKU'...
Anak lelaki yang Sulong... Aminmustaqiim Shah~16 Tahun. Aemir Muhammed Shah~15 Tahun. Azellea Nellysha/Princess Nellysha~7 Tahun. Semuanya membesar dibawah jagaan Shasha dan suami, semenjak mereka semua di lahirkan kedunia. Menjadi seorang ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar bukanlah sesuatu yang mudah tugas yang di sandang sebagai seorang Ibu. Banyak cabarannya... semua Ibu dan Bapa ada cara masing-masing membesarkan anak-anak kesayangan. Begitu juga dengan Shasha dan Suami. Shasha lebih rapat dan ada cara tersendiri membesar dan mendidik anak-anak yang sedang membesar tu. Lebih-lebih lagi dua orang anak yang sedang meningkat remaja, tumpuan dan pengawasan lebih buat mereka berdua, termasuklah yang kecil sekali tu ekk... Tapi hari ini Shasha nak share cerita tentang anak-anak bujang Shasha tu ekk... 'TIPS PENTING' yang Shasha amalkan sejak dulu sepanjang membesarkan mereka berdua... kiranya 'PETUA' ler ni ekk... baca aje ya, tak sesuai jangan ikut tauu... masing-masing ada cara tersendiri betul tak?




'KASIH SAYANG', 'KEIKHLASAN',
'SALING HORMAT-MENGHORMATI',
'SENTIASA BERKOMUNIKASI',
'SERING MENEGUR', 'MEMANTAU', 'MEMUJI', 'GANJARAN',
'DIDIKAN AGAMA', 'MENDENGAR & MEMAHAMI', 'MEMAAFKAN'
dan banyak lagi..
.


Al-maklumlah berbagai gejala sosial yang tidak elok di luar sana. Shasha sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa memegang prinsip 'NO SECRET AT ALL'... ahah... 'TIADA RAHSIA' antara Shasha, anak-anak. 'AWASI SETIAP AKTIVITI ANAK-ANAK' ATAU 'TEROPONG' apa yang mereka lakukan di luar sana atau di sekolah, sentiasa di pantau. Tapi janganlah kita 'EKORI' mereka setiap masa. Lama-lama mereka akan bosan dan mulalah mencari 'AKAL MENIPU' untuk mengelak diri mereka di jejaki oleh kita. Memadailah kita kenal siapa kawan-kawan mereka, berkomunikasi dengan kawan-kawan anak kita. Agar kawan-kawan Anak kita akan rapat dan anggap kita macam Ibu dan keluarga mereka sendiri. Elakkan mereka berjumpa di luar selepas habis waktu sekolah. Jika nak berbual, belajar atau main bola, games atau apa sahaja aktiviti, ajak kawan-kawan anak kita tu datang ke rumah. 'JINAKKAN' mereka (Agar mesra dengan kita, dan anggap kawan-kawan anak kita macam anak kita sendiri) Benarkan mereka bergaul dan habiskan waktu bersama, jangan pulak join sama ekk... mereka juga memerlukan 'PRIVACY'... syarat jika kawan-kawan anak tu datang ke rumah, pasti Shasha akan 'Briefing' dulu.... ayat yang Shasha biasa katakan ekk... "Buatlah apa sahaja, jika nak makan dan minum ambil sahaja di dapur (atau hidangkan buat mereka lebih mudah). Syarat di rumah ini, tak boleh merokok, tak boleh mencuri, tak boleh bercakap lucah, menonton cerita lucah, maki hamun dan... jangan buat bising ekk...." tu dia... Shasha cakap terus-terang, tak akan berselindung. Awal-awal lagi dah letakkan syarat. Yang mana boleh ikut, mereka akan kekal datang bertandang lagi dan lagi... yang memang tak boleh ikut syarat yang Shasha tetapkan tu, hmm... sekali tu ajelah nampak batang hidungnya. Apa pun sekurang-kurangnya, kita telah melakukan sesuatu yang betul dan bermanfaat kepada semua pihak, anak-anak sendiri dan kawan anak kita tu ekk... selesai satu perkara...


Antara tips yang Shasha amalkan sejak dulu lagi... 'Sporting', 'I'm Your Good Friends', 'Loves Your Parents', 'Follow My Rules and Your Wish Will Come True'... cewah, cewah... bunyi macam best gitu ekk... Biarkan anak-anak mesra dengan kita, berkongsi cerita apa sahaja, kita kenalah sporting, dengar dulu apa cerita mereka, yang mana baik kita puji, yang tak elok kita tegur dan terangkan kenapa tak boleh ikut atau buat macam tu. Jangan di bentak atau terjerit-pekik, berlembut ketika bercakap, berserta pujian dan contoh yang elok kita berikan. Sentiasa rapat dan ambil kisah tentang mereka, jika ada perubahan.. contohnya mereka sugul atau tiba-tiba tak ada mood atau bad mood. Cepat-cepat bertanyakan kenapa? jangan di biarkan mereka begitu sahaja. Ingat... 'KITALAH MENTOR' mereka selain 'Guru di sekolah'... 'Sporting'... bab ni paling best. 'Spoting' bukan sebarangan 'Sporting' ekk... 'Sporting' bertempat... jangan bagi muka pada mereka. Segalanya bersyarat dan berpada-pada. Contohnya jika mereka 'INGIN' kan sesuatu... jangan mudah mengangguk atau mengatakan 'YA' letakkan 'Syarat' atau 'Follow the Rules'... Cotohlah ni ekk.. katalah kalau mereka nak 'VCD Lagu Terbaru'... Shasha akan jawab macam ni... 'Apa yang Amin boleh tolong Momma untuk dapatkan VCD Lagu tu?".... tunggu apa anak akan jawab. Kalau jawapannya memuaskan hati... contohnya... "Amin akan tolong Momma kemaskan laman, hujung minggu ini." Masa tu... berlakonlah macam sedang berfikir... berbaloi ke tidak hehehe... biasanya Shasha akan jawab... "Okay, tengok dulu, kalau bersih laman tu, may be Amin akan dapat, may be not." Dan biasanyalah... Anak-anak akan jawab macam ni... "Gerenti Momma puas hati punya!" heee... masa tu jangan senyum, buat muka serius sikit ekk... (Jangan Bagi muka, biar mereka sedar, bukan mudah nak meminta itu dan ini, amalkan 'Sistem Bata' heee...)... tentang 'TOP-UP' atau 'TAMBAH NILAI HAND PHONE' ahah... bab ni... percaya tak, kalau Shasha cakap, duit untuk 'TOP-UP' hand set anak-anak Shasha hanya RM5 sebulan... dan tidak lebih dari itu... jelaskan di sini, dalam 'SPORTING' ada 'TEGAS' tu belum bab lain tu... pergi sekolah berjalan kaki... tak macam kawan-kawan anak-anak Shasha, mewah betul, ke sekolah siap ada motorsikal sendiri. Ada lesen ke tu? duit belanja sekolah? sehari RM2... kalau ada buat salah, kena denda ekk... duit sekolah akan di potong... dan itu juga benar... ~Wallahulam~



'MEMAHAMI & SALING MENGHORMATI'.... Apa hobi anak kita? Apa mereka suka lakukan bersama kawan-kawan di masa lapang atau cuti sekolah? Bertanyalah pada anak, berbual tentang hobi mereka, apa mereka suka... jika hobi mereka tu simple dan tidak melanggar syarat.... cuba penuhi.. yang ini masuk bab... 'MEMAHAMI'... jika kita memahami apa kehendak mereka, mereka juga akan memahami apa kehendak atau syarat kita. Contohnya, anak suka bermain bola di padang sekolah bersama kawan-kawan. Belikan sebiji bola... dengan syarat main di laman depan rumah sana tu, agar mudah kita pantau mereka semua. Tak perlulah mereka main bola di padang sekolah waktu cuti sekolah atau masa lapang. Memadai di rumah sahaja... taklah kita susah-susah hati nak risaukan mereka bila tiada di depan mata tu ekk... selesai satu perkara...


'PUPUK KASIH SAYANG DAN SALING BERKERJASAMA'... segalanya bermula dari rumah. Kasih sayang dari kedua Ibu dan Ayah sangat penting buat anak-anak. Kasih sayang yang di pupuk sejak mereka di lahirkan kedunia lagi. Ibu dan Ayah adalah insan paling rapat dengan anak-anak. Mendidik dengan sepenuh kasih sayang (bukan kasih sayang yang melampau)... tetapi kasih sayang yang tulus dari hati... dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anak kita harus tegas dan jangan sampai anak-anak mengambil kesempatan di atas kasih sayang yang kita curahkan. Terangkan kepada mereka, tentang peranan kita sebagai Ibu dan Ayah, jelaskan kepada mereka kenapa mereka harus TAAT kepada ALLAH SWT, patuh kepada Ibu, Ayah, Guru malah semua manusia yang ada di dunia ini, baik yang tua atau yang muda. Jangan di tengking atau membentak ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan memaki hamun, jika kita lakukan itu kepada mereka, hilang rasa hormat mereka kepada kita, malah dendam dan kebencian akan hadir di dalam diri anak-anak kita.

Jika anak melakukan kesilapan, kita tegur dengan baik dan berlembut dengan mereka, jelaskan yang mana benar dan elok di ikuti. Jika mereka melakukan sesuatu yang 'Membanggakan' atau melakukan 'Kebajikan'... ringankan mulut memuji anak-anak kita, atau berilah sedikit 'GANJARAN' kepada mereka. Tak salah memberikan sedikit ganjaran, terangkan kepad mereka 'GANJARAN' itu bersamaan atau sama dengan 'BERSEDEKAH'.... jika kita selalu bercakap dan ringan mulut terangkan apa jua perkara kepada anak-anak, Insyallah anak-anak akan menghormati kita dan sentiasa memberikan kerjasama kepada kita... bukankah mudah jadinya...

'Sharing is Caring'.... kongsi apa sahaja kegemaran anak-anak... contohnya bab makanan... kalau mereka suka makan Burger, French Fries, Pizza atau apa jua masakan yang mereka suka. Masakkanlah untuk mereka...

Ini juga salah satu tips untuk memupuk kasih sayang, segalanya bermula dari rumah... memanglah mudah makan di luar, pakai order, makan lepas tu bayar. Cerita hanya habis di situ sahaja... kalau kita masak untuk mereka di rumah, masak bersama-sama ajak sekali mereka tolong semasa kita memasak tu ekk.. selain mereka dapat belajar memasak, berbuallah apa sahaja cerita... tentang makanan kegemaran mereka, makanan kawan-kawan mereka, kenapa mereka suka... reka satu topik yang menyeronokkan... lebih santai dan memang menimbulkan kesan yang sungguh positif... tak percaya cubalah ekk...

Apa yang Shasha paparkan di sini hanyalah sekadar berkongsi cerita sahaja, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri. Diri ini bukanlah sempurna dan terbaik dalam menguruskan tentang hal anak-anak. Kita merancang dan berusaha buat yang terbaik buat anak-anak dan keluarga, Tuhan yang menentukan segalanya. Doaku agar kebahagiaan ini akan kekal selama-lamanya, di jauhkan dari sebarang dugaan terutama tentang anak-anak yang sedang meningkat remaja tu ekk.. di jauhi dari segala gejala sosial yang tidak elok di luar sana, di jauhkan dari pengaruh yang buruk, YA, ALLAH.... YA, TUHANKU... KAU LINDUNGILAH ANAK-ANAKKU DARI SEMUA MUSIBAH... JADIKANLAH MEREKA ANAK-ANAK YANG SOLEH, BERGUNA KEPADA MASYARAKAT DAN MASA DEPAN ANAK-ANAKKU DI BAWAH JAGAANMU... AMIN... AMIN... YARABBALALAMIN....



Sekian sahaja cerita dan kisah tentang CHOCOLATE... PERMATA HATIKU YANG AKU KASIHI...'
'

Coretan dari... Aku... seorang Ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak... dan kebahagiaan buat mereka semua...
I LOVE MY KIDS~MY FAMILY~FOREVER...



No comments:

Post a Comment